Friday, December 29, 2006

SELAMAT HARI JADI BUAT ISTERIKU

Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran, buat MU:

Wahai Kasihku, Wahai Temanku, Wahai Penawar Rinduku, Wahai Inspirasiku, Wahai Teman Hidupku, Wahai yang sentiasa Ku Rindui, Wahai yang selalu Ku Sayangi, Wahai yang sentiasa Ku Cintai ...... buat MU, Wahai ISTERIKU.

Abang tidak pandai bermadah, Abang tidak mampu bersyair, Abang tidak arif bersajak.

Setia dan kesetiaan, Jujur dan kejujuran, Ikhlas dan keikhlasan, hanya itu yang mampu Abang berikan buatmu wahai SAYANG.

Sesungguhnya, itulah NADI CINTA KITA:

Tercipta perasaan
Dikelopak nan murni
penantianku kan berakhir

Mengharum bunga kasih
Dalam jambangan hati
Inginku beri kepadamu

Dalam dakapan sepi
Dalam dahaga kasih
Kehadiranmu ku tunggu

Cinta terjalin mesra
Indah menghias kalbu
Engkau permata yang bersinar

Degup nadi cintaku yang kerinduan ini
Bagai bara yang beralun...
Betapa pengertian terhadap impianku
Engkau kasih engkau sayangku abadi

Wednesday, December 27, 2006

AZAM dan KEAZAMAN

Gambarfoto anak ku yang ke 5, Adam.


AZAM TAHUN 2007


Ya, setiap orang mempunyai AZAM bila menjelang tahun baru, yang pasti kalendar bertukar, diari bertukar.


Walaupun mungkin ada diantara azam tahun 2006 tidak terlaksana sepenuhnya, namun tidak salah untuk kita meneruskan azam tersebut.

AZAM sebagai seorang AYAH:

Aku akan memastikan anak - anak mendapat kasih - sayang sepenuhnya dari diriku sebagai seorang AYAH. Aku akan memastikan anak - anak mendapat pendidikan yang paling maksimum dan cuba sedaya upaya untuk memberikan masa berharga buat mereka, berusaha untuk memberikan asas - asas agama yang mencukupi, sayang dan bertegas bila perlu.

AZAM sebagai seorang SUAMI:

Memastikan yang isteriku sentiasa senang hidup bersamaku, senyum bersama, tangis juga bersama, cuba sedaya upaya untuk memberikan kebahagiaan buat isteri tercinta, kalau dia telah "menyabung nyawa" untuk memberikan aku anak, maka aku juga perlu berkorban untuk sama - sama merasai kemanisan dalam kehidupan berumahtangga.

AZAM sebagai seorang ANAK:

Ibu dan bapa adalah insan yang bertanggungjawab "melahirkan" aku kedunia yang indah ini, perngorbanan mereka tidak akan dapat dihitung, sedaya upaya aku akan berusaha untuk membahagiakan mereka.

AZAM sebagai seorang PEKERJA:
Berusaha untuk menjadi pekerja yang baik, malah lebih baik dari semalam.


AZAM sebagai seorang MUSLIM:
Berusaha sedaya upaya untuk menjalankan apa sahaja TITAH PERINTAH dari ALLAH.


SASARAN Kewangan.
Aku akan berusaha dengan apa cara sekalipun, asalkan tidak lari dari Syari'at dan tidak melanggar undang - undang negara, untuk mengumpulkan sebanyak mungkin harta yang boleh.


Tahun 2007, aku akan berusaha untuk membawa keluargaku bercuti dan berhari raya di Singapura, tanah tempat kelahiranku.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, aku memohon petunjuk dari MU, semoga aku sentiasa berada dilandasan yang benar, hanya kepada MU aku memohon perlindungan, dan hanya kepada MU akun mengharapkan KEJAYAAN. AMIN.

Tuesday, December 26, 2006

KALENDAR 2007

Kalendar 2007 telah mula terpasang dimana - mana, samada diletakkan diatas meja, atau digantung ditempat yang bersesuaian.
Tahun ini, ada dua kalendar terletak diruangan tempat kerja ku, satu kalendar dibeli, iaitu kalendar kuda, satu lagi diberi oleh ALAF 21 Sendirian Berhad.
Kedua - duanya begitu berharga, namun Kalendar pemberian ALAF 21, begitu bermakna buat diriku dan Kelab Peminat Novel ALAF 21.
Apa - apapun kalendar hanyalah "penunjuk tarikh", yang terpenting adalah "pengisian" didalam tarikh itu.

Thursday, December 21, 2006

Just a JOKE

Can Study continue STUDY
Can't Study go to work FACTORY
Cannot rely on CHARITY

Earn a little SALARY
Just enough having for daily ROTI
Go to work no wira but taken LRT

Colleagues formerly like FRIENDLY
Daily treated to drink KOPI
Now gradually get CRAZY
Behind me say i'm LAZY.

Boss has no SYMPATHY
Working always must HURRY
Saying i not enough BUSY
Often asking me do OT
Midnight going back by TAXI
Taxi surcharge KILLING ME
Now i pokai and NO MORE MONEY

Borrow from chettia kena EXTRA FEE
Coz money is never FREE

Boy/girl friend go STEADY
Serious and then get MARRY
Ceremony and PARTY
joker friends give PANTY
No money sure no HONEY
10 months later be DADDY
Wife at General Hospital birth a BABY

Monthly pay back RHB
Earn not enough FEEL GUILTY
Jump down suicide and MATI
No money 4 funeral how to BURY
Because MALAYSIA BOLEH semua JADI

3 THINGS & FAILURE

3 THINGS

Three things of life once gone never comes back
-* Time, words & opportunity

Three things of life must not be lost
-* Peace, hope & honesty.

Three things of life are most valuable
-* Love, self-confidence & friends

Three things of life are never sure
-* Dreams, success & fortune

Three things make a Man/Woman
-* Hard work, sincerity & success

Three things of life that destroy a Man/Woman
-* Wine, pride & anger



FAILURE

Failure doesn't mean - You are a failure, It means - You have not succeeded.

Failure doesn't mean - You accomplished nothing, It means - You have learned something.

Failure doesn't mean - That you have been a fool, It means -You had a lot of faith.

Failure doesn't mean - You've been disgraced., It means - You were willing to try.

Failure doesn't mean - You don't have it., It means - You have to do something in a different way.

Failure doesn't mean - You are inferior. It means - You are not perfect.

Failure doesn't mean - You've wasted your life., It means - You have a reason to start afresh.

Failure doesn't mean - You should give up., It means - You must try harder.

Failure doesn't mean - You'll never make it., It means - It will take a little longer.

Failure doesn't mean - God has abandoned you., It means - God has a better way for you.

MAKLUMAT atau FAKTA

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang kita pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankansedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasadari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiaptahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang palingbanyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk - penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita

Wednesday, December 20, 2006

INTERNET

Hari Ini Dalam Sejarah.

10 JAM, HIDUP TANPA INTERNET.

DUNIA MEMANG ADA SEMPADAN !

Saturday, December 16, 2006

SELAMAT HARI JADI buat SAHABATKU

Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi, bila aku mendengar telefon bimbitku berbunyi, ...... ah, mintak-mintaklah bukan panggilan dari pejabat. Bila kulihat pada skrin, oh .... rupa-rupanya sahabatku, yang membuat panggilan, lalu panggilan itu kujawab, maka sewaktu berbual itu, berderailah ketawaku, manakan tidak, sahabatku itu sedang menghadiri kursus penulisan anjuran ALAF 21, bertempat di INTEKMA - Shah Alam, yang menjadi topik perbualan atau isu, bukanlah isu sebenarnya, sebetulnya, sahabatku itu adalah satu - satunya peserta dari Kaum Adam, aduhhhh ....dan lebih dari 30 peserta lain adalah terdiri dari Kaum Hawa.

Lalu ku bertanya, "eh ....engko boleh "handle" ke ....", "aku takut engko yang akan "dikerjakan" oleh mereka" ?.... maklumlah engko seorang je lelaki" ....

Sahabatku hanya ketawa ....."entahlah" jawabnya spontan.

Aku menyakat lagi .... "eh ...sebelum ke sana, engko minum tak kopi Tongkat Ali" ? ....

Lalu sahabatku berkata ...."aku bukan minum satu gelas, tapi satu jag ....hahahahaha "....

Ya, itulah sahabatku baik ku, yang mana, bila kami duduk "ngeteh" berdua, dan selalunya "berdua sahaja" .... ada sahaja yang kami bualkan, dari sekecil - kecil perkara hinggalah ke isu - isu besar.

Namun, bila berkumpul beramai - ramai, sahabatku itu, seperti seorang pendiam, tak banyak bercakap, ada ketikanya seperti seorang lelaki pemalu (memang peribadinya, beliau seorang yang pemalu). Sebab, kali pertama aku mengenalinya, beliau agak kaku bila berbincang, seorang yang tidak banyak bercakap, dan lebih banyak mendengar, tetapi apabila sudah lama, bersahabat dan mengenalinya, aku dapati bahawa, sebenarnya, sahabatku itu memang "satu kepala" dan begitu serasi denganku.

Kelab Peminat Novel ALAF 21 atau kata ringkasnya - ALAF21 FC, adalah Kelab yang mempertemukan aku dan sahabatku ini, beliau adalah seorang yang begitu tekun, fokus dalam melakukan sesuatu tugasan, seorang yang ceria (bila kami berdua sahaja, ada sahaja yang dibualkan), seorang yang tidak pernah jemu dalam menjalankan apa sahaja aktiviti Kelab, seorang yang boleh pada bila - bila masa sahaja, bersedia turun padang untuk menjayakan aktiviti Kelab, seorang yang tidak pernah berkira dalam urusan kewangan, dimana beliau sanggup dan bersedia untuk mengeluarkan wangnya sendiri untuk menggerakkan aktiviti Kelab, beliau juga boleh diharapkan untuk mendapatkan berita untuk Blog Kelab, dan ulasannya dalam Blog Kelab, kelihatan begitu bersahaja dan ceria, malah dari tinjauan rambang kami, mendapati bahawa sahabatku ini lebih dikenali dialam siber dari diriku sendiri sebagai Pentadbir Kelab.

Dan buat pengetahuan anda, Blog ini juga dibina, dibangunkan, dimeriahkan, diceriakan dan diubahsuai oleh sahabat ku itu, ya .... TERLALU BANYAK JASA yang dicurahkannya untuk Kelab dan kepadaku sendiri secara peribadi.

Selain dari membangunkan Blog ini, sahabatku itu juga, menjadi Pentadbir Blog ALAF 21 FC, dan dalam masa yang sama, beliau juga mempunyai Blognya yang tersendiri dan peribadi, dimana Blog Peribadinya itu begitu dikenali ramai, ceria, glamour, dan menjadi Blog yang mempunyai rating pengunjung yang tinggi setiap hari, dan dalam dunia siber, sahabatku ini lebih dikenali sebagai Mersik (didalam Blog Kelab), dan dikenali - Pokcik Mersik (didalam Blog Peribadinya).

N3, pada kali ini sengaja kupesembahkan sebegini rupa, dalam kesempatan untuk memberi PENGHARGAAN yang sewajarnya kepada sorang SAHABAT yang banyak, begitu banyak dan terlalu banyak jasanya membantu diriku dan KELAB.

TERIMA KASIH buat SAHABATKU yang bernama ROSLAN @ Mersik @ Pokcik Mersik, dan dikesempatan ini, aku mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KELAHIRAN @ SELAMAT HARI JADI @ HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY BEST FRIEND - Oh Saibah Saudara Roslan, dimana HARI JADI nya adalah pada 18 HB DISEMBER.

Friday, December 15, 2006

BUKU hasil tulisan BLOGGERS

Mamat - mamat dan minah - minah pengendali weblog ingin mempersembahkan:
JIWA KACAU

Penyelenggara: BASRI NOR MOHD.

JIWA KACAU yang satu lagi

masuk barisan

Penyelenggara: BASRI; JIGO; ATTOKZ

Tak sabar rasanya dan teruja sangat, nak dapatkan kedua - dua buku diatas !!!

Thursday, December 14, 2006

NOVEL - SRI DIAH - Nilai Sentimental

Diatas adalah muka hadapan (cover), untuk semua Novel, hasil garapan Sri Diah yang kumiliki.

MAHLIGAI CINTA adalah hasil garapan beliau yang terkini bersama rakan - rakan, sebuah novel yang bagiku, lari dari kebiasaan, atau trade mark Sri Diah sendiri.

Ya, kalau sebelum ini, hasil karya beliau banyak yang berkisar kepada kehidupan korporat dan persengketaan dalaman, kali ini, garapan beliau lebih berkisar kepada keharmonian dalam sebuah keluarga.


Kesemua novel itu masih berada didalam keadaan baik didalam simpananku, walaupun ada yang berhajat untuk meminjam, tetapi terus - terang kukatakan, bahawa aku memang keberatan untuk memberi izin, kerana bagiku, setiap buku atau novel yang kubeli, hasil dari keringatku sendiri, adalah terlalu bererti dan begitu berharga, namun aku tidak keberatan jika ada yang berhajat untuk memilikinya, maka aku tidak keberatan untuk berusaha membelikannya.

Cuba bayangkan, suatu ketika kelak, katakan ditahun 2020, buku atau novel yang kumiliki, akan menjadi begitu berharga, akan ada suatu perasaan sentimental terhadapnya.

Prinsip ini kupegang kuat, kerana aku pernah mengalami suatu peristiwa yang tidak akan dapat kulupakan, dimana, sebuah novel - HARRY POTTER, yang pertama kali diterbitkan ditahun 70'an, novel itu dihadiahkan oleh ayahanda tersayang, dibeli di Changi Airport, itulah novel berbahasa Inggeris yang pertama ku baca, cuma berada didalam simpananku selama 2 minggu, selepas itu novel itu dipinjam oleh rakan sekelasku, selepas itu terus "ghaib", peristiwa itu benar - benar melukakan hatiku, semenjak dari itu akau "bersumpah", tidak akan meminjamkan buku atau novel kepada sesiapa pun akan "harta" yang kumiliki.

InsyaAllah, selepas ini, aku akan membuat ulasan tentang novel, tetapi berpandukan kepada pemahaman dan pandanganku sendiri.


Buat pengetahuan anda, kesemua novel diatas adalah terbitan ALAF 21.

MyKad untuk anak (suatu pengalaman)

Pagi tadi aku telah pergi Pejabat Pendaftaran Negara, untuk membuat MyKad untuk anakku yang pertama, dah sampai umur dia kena buat Kad Pengenalan, dan terasa diri aku sendiri dah ada anak yang bakal remaja, yang mempunyai ayah yang sudah meningkat umur.

Jam menunjukkan pukul 7.45 pagi, aku dan anak ku telah berdiri terpacak didepan pintu masuk, namun telah ada 4 orang yang telah sedia menanti sebelum aku.

Pukul 8.00 pagi tepat, pintu dibuka, diwaktu itu adalah didalam anggaran 20 orang yang menyerbu masuk, semata - mata untuk mendapatkan nombor giliran yang terawal.

Bila sahaja aku tiba dikaunter nombor 2, seperti yang diarahkan dan tertulis dibanner , aku dan beberapa orang pelanggan menjadi keliru, kerana pegawai yang bertugas dikaunter nombor 2, menyatakan bahawa, sesiapa yang hendak memproses atau mendaftar untuk MyKad bagi anak yang berumur 12 tahun, perlu mengisi borang terlebih dahulu, setelah diisi, tunjukkan kepada pegawai bertugas, barulah nombor giliran diberikan.

Waktu itu telah kedengaran suara tidak puas hati, namun tidak diucapkan secara terbuka, maklumlah, kita berurusan dengan PEJABAT KERAJAAN.

Dan aku juga terasa kelam kabut, kerana dimana nak diisi borang, dimeja tulis, orang dah ramai berkumpul, pen yang disediakan pun cuma SEBATANG.

Selepas siap mengisi borang, aku menghulurkan borang itu kepada Pegawai dikaunter, barulah nombor giliranaku diperolehi, ya, sewaktu menunggu diluar, aku adalah orang yang keenam, tapi bila nombor giliran diperolehi, nombor giliran aku adalah - 8.

Kasihan pada seorang wanita India, yang membawa bersama anaknya, juga untuk MyKad anaknya yang berumur 12 tahun, disebabkan dia tidak tahu menulis, atau tidak tahu membaca, ataupun tidak tahu bagaimana nak isi borang, maka wanita India itu mendapat nombor 12, sedangkan, dia adalah manusia PERTAMA yang berdiri didepan pintu masuk, sejak awal pagi.

Namun, kekecewaan ku terubat juga, dengan kepantasan dan kecekapan Pegawai yang bertugas, dimana aku cuma "meluangkan masa" dalam satu jam sahaja.

Moral of the STORY:

1 - Rakyat MALAYSIA, MESTI PANDAI MEMBACA BORANG.

2 - Bagi sesiapa yang mempunyai urusan di PEJABAT KERAJAAN, PASTIKAN anda membawa PEN.

3 - Kita MEST BELAJAR bagaimana untuk menulis dengan PANTAS, supaya mendapat nombor yang terawal.

4 - Seharusnya PIHAK KERAJAAN, meletakkan syarat atau peraturan atau apa sahaja maklumandengan JELAS, contohnya, mengapa ada dua peraturan yang berbeza untuk membuat MyKad, bagi orang dewasa yang membuat MyKad baru atau atas alasan yang pelbagai, segala - galanya dilakukan oleh Pegawai bertugas dikaunter, tetapi bagi yang membuat MyKad untuk anak, maka ibu/bapa/penjaga,perlu mengisi borang ?, dan selepas borang diisi barulah nombor giliran diperolehi ?

Wednesday, December 13, 2006

NOVEL POPULAR - Seminar di DBP

Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan satu seminar tentang NOVEL POPULAR:

Tema: Novel Popular - Antara Komersialisme dengan Intelektualisme.
Tarikh: 14hb Disember 2006 (Khamis), & 15hb Disember 2006 (Jumaat).
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang (Khamis).
Masa: 8.00 pagi - 12.30 tengah hari (Jumaat).

Tempat: Dewan Seminar, Tingkat 2, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.

Perkara yang mahu diabsahkan:

. Wajarkah Kategori Novel Popular diwujudkan dalam Penilaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ?
. Wajarkah sumbangan Penulis Novel Popular diberikan Pengiktirafan dalam Penilaian tersebut? .
. Bagaimanakah tentang visi dan mutu karya genre tersebut?
Novel yang akan diperkatakan adalah:
Terbitan ALAF 21

· Tak Seindah Mimpi (Sharifah Abu Salem)
· Bagaikan Puteri (Ramlee Awang Murshid)
· Gemersik Kalbu (Anis Ayuni)
· Original (H.M. Tuah Iskandar)
· Getaran Rindu (Norzailina Nordin)
· Jendela Hati (Aisya Sofea)
· Mahligai Cinta (Sri Diah)
· Pasrah Kasih (Mazla Harris)


Lain – lain penerbitan:

Lagenda Budak Setan (Ahadiat Akashah)
Bukan Puteri Lindungan Bulan (Liana Afiera Malik)
Cemburu seorang Perempuan (Siti Hasneza Abdul Hamid)
Maafkanlah Aku (Zaharah Muhammad)
Mencintaimu (Nass Alina Noah)
Nyanyian Tanjung Sepi (Noor Suraya)
Secebis Kasih (Syamimi Aminolah)
Tunjukkan Aku Satu Bintang (John Norafizan)
Panel Pembentang

· Prof. Madya Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan (UM)
· Prof. Madya Dr. Hashim Ismail (UM)
· Mohamad Saleeh Rahamad (UM)
· Dr. Hajah Amida @ Hamidah Abdulhamid (UM)
· Prof. Dr. Sahlan Mohd Saman (UKM)
· Prof. Madya Dr. Rosnah Baharudin (UKM)
· Dr. Misran Rokimin (UKM)
· Prof. Madya Dr. Ruzy Suliza Hashim (UKM)
· Dr. Kamariah Kamaruddin (UPM)
· Dr. Haji Talib Samat (UPSI)
· Haji A. Rahim Abdullah (ASWARA)
· Hajah Zalila Sharif (DBP)
· Haji Hamzah Hamdani (GAPENA)
MASUK adalah PERCUMA.

Friday, December 08, 2006

BERKONGSI

BLOG IMAH CUMEL
Sewaktu aku berjalan - jalan @ merayau - rayau, kedalam hampir 30 buah blog, untuk mencari idea, tiba - tiba sahaja aku terjumpa dengan sebuah blog yang cukup menarik perhatianku, bukan sebuah blog seorang dewasa, tetapi sebuah blog seorang anak kecil, ya, masih dibangku sekolah, dimana si kecil ini memberikan ulasan tentang buku dan pengalamannya.

Bagiku, usaha sebegini perlu diteruskan, untuk faedah si kecil ini dimasa hadapan, dan sewajarnya diberikan perhatian, sokongan dan galakan berterusan, supaya menjadi insan yang berguna dimasa hadapan.


Bagi anda, sila layari imah cumel library, dan anda pasti teruja.

------------------------------------------------------------------------------------------------

365 hari @ Setahun / 24 jam

Sekadar terfikir, sudah lama, dalam sehari berapa lama masa yang kita berikan untuk menatap wajah ibu, ayah, isteri dan anak - anak.

Ya, dalam tempoh 365, dalam tempoh setahun, dalam tempoh 24 jam, berapa lama masa yang kita berikan untuk menatap, berbual mesra, bergurau senda, dan memberikan masa untuk ibu, ayah, isteri dan anak - anak.

Lapan jam sehari dipejabat, 3,4,5 jam, kita menghadap komputer, dirumah pula, 3,4 jam untuk tidur, dan bakinya, adakah kita benar - benar memberikan masa berkualiti untuk insan yang kita sayangi ?

Dan adakah kita "mendengar" dan "tekun dan teliti" pada setiap kata - kata yang diluahkan oleh ibu, ayah, isteri dan anak - anak, sepertimana kita "mendengar", "tekun dan teliti", kepada setiap kata - kata yang diucapkan oleh ketua dipejabat, dan mengambil berat akan kata - kata itu dan dilaksanakan segera ?

------------------------------------------------------------------------------------------------

DIARI MASA HADAPAN

Kurang dari 30 hari lagi, kita akan melangkah ke tahun baru 2007, dan sekali lagi negara akan menyambut kehadiran tetamu dan pelancong, sempena dengan tahun melawat Malaysia 2007. Setahun juga umur kita meningkat.

Diwaktu ini, dimana - mana kedai buku khususnya, DIARI telah mula dijual, juga Planner.

Adakah kita telah berjaya mencapai setiap impian kita, adakah kita telah berjaya mencapai apa yang kita hajatkan, dan apakah setiap perancangan kita berjaya mengikut apa yang disusun atur.

Ya, aku baru membeli sebuah DIARI ISLAM, dan telah kucoretkan apa yang aku MAHU untuk dilaksanakan ditahun 2007, semoga apa yang kucatatkan, akan sekurang - kurangnya menjadi panduan buat diriku, bagaimana untuk mencapai kecemerlangan, dan DIARI bukan sekadar sehelai kertas untuk ditulis dan menjadi sejarah.

------------------------------------------------------------------------------------------------

KALENDAR 2007

Setiap tahun inilah yang akan diperolehi, samada secara percuma ataupun dibeli, terlalu penting bagi setiap manusia.

Namun dalam begitu banyak kalendar, aku paling berminat dengan kalendar kuda.

Ya, bagiku inilah kalendar yang paling banyak informasi, cuti negeri, cuti kebangsaan, cuti sekolah, tarikh berpandukan hijrah dan lain - lain lagi.

Anda bagaimana ?

Tuesday, December 05, 2006

PLAZA TOL (nak komplen kat siapa ?)

Inilah adalah gambar yang aku rakamkan sewaktu melalui kawasan Plaza Tol Batu 9 (Lebuhraya Cheras Kajang).

Terdapat beberapa kelemahan dipihak Pengurusan Plaza Tol dan orang ramai, namun bagiku, kelemahan ketara adalah dipihak Pengurusan Plaza, dimana aku sempat keluar dari kenderaan, dan memerhati aliran masuk kenderaan, serta kawasan sekitarnya.

1 - Garisan PUTIH, terdapat hanya 10 meter dari tempat pembayaran, ini menyebabkan kenderaan yang akan masuk ke kawasan Plaza, tidak akan dapat memastikan dilaluan mana mereka akan atau perlu masuk.

2 - Tiada langsung kelibat Pengawal Keselamatan Plaza untuk bertugas disitu, untuk mengawal kesesakan lalulintas, ini menyebabkan semua pengguna, mengambil kesempatan untuk masuk ke mana - mana laluan sesuka hati.

3 - Sikap pengguna juga begitu mengecewakan, dimana pemandu lori 1 tan khususnya, begitu sombong, bongkak, dimana mereka langsung tidak mempedulikan kenderaan lain, khususnya kereta, kerana pada fikiran mereka, mereka adalah raja dijalanan, mereka datang dengan laju, dan terus menghimpit lain - lain kenderaan yang telah terlebih dahulu beratur panjang.

Wang rakyat dibayar kepada Peniaga Lebuhraya, tapi inilah yang kita dapat.

Monday, December 04, 2006

PENSIL

Sessi persekolahan 2007 akan dibuka kembali, begitu banyak keperluan sekolah akan dibeli @ diborong.


Salah satu peralatan yang perlu @ wajib diadakan adalah pensil.

Ya, siapakah yang tidak akan menggunakan pensil, ada ketikanya, kita lebih banyak memberi masa kepada pensil, dari kepada insan yang kita sayang, ada ketikanya kita tidak menggunakan pensil, tapi kita tetap memegang pensil.

Ops .... pensil tumpul lagi ..... meraut pensil lagi .... erm ... mana lebih tajam, antara pensil yang diraut atau tulisan yang ditulis menggunakan pensil ?

Ermmm .... zaman ini kita gunakan "keyboard (papan kekunci) la bang" .

Saturday, December 02, 2006

KATALOG TERBARU

Setiap syarikat penerbitan mempunyai rangka strategi untuk mempromosikan bahan terbitan keluaran masing - masing, tidak terkecuali ALAF 21 Sendirian Berhad.



Inilah KATALOG terbaru, yang diterbitkan oleh ALAF 21, yang telah kumiliki, penuh dengan informasi, dari latar belakang syarikat, konsep logo ALAF 21, syarikat Kumpulan, Novel, Kitab Agama, Buku Resepi, kraf dan aneka gubahan, Fesyen dan jahitan, buku - buku motivasi dan buku - buku umum dan ilmiah.

Juga bagi mereka yang sentiasa sibuk, maka diberikan cara - cara bagaimana untuk menggunakan sistem pesanan melalui pos melalui Sistem U @ Lang, dan disenaraikan juga kedai - kedai buku yang menjual bahan terbitan ALAF 21.

Bagi anda yang ingin memiliki KATALOG (secara PERCUMA) ini ataupun memesan BUKU atau NOVEL, sila pastikan maklumat yang anda berikan adalah BETUL dan TEPAT, untuk mengelakkan sebarang kesukaran yang mungkin timbul.

Ya, inilah kemudahan IT yang perlu digunakan sebaik - baiknya.

Friday, December 01, 2006

CHEF BERADU MEMASAK

Gelagat chef beradu memasak
Oleh Ellyna Ali

MAHU melihat pertaruhan antara chef dengan peserta biasa dalam program berasaskan pertandingan memasak?

Sedia Mula Masak terbitan Ambang Entertainment Sdn Bhd bersama Ciku Media Sdn Bhd yang dihoskan pengacara, pelawak dan pelakon terkenal Louisa Chong memberi anda peluang untuk melihat aksi serta pertaruhan yang cukup menarik ini.

Malaysia pula menjadi negara pertama di Asia yang mengambil konsep program berkenaan selepas ia berkembang luas ke Eropah, Australia, Itali, Kanada serta beberapa negara lain sejak diperkenalkan sekitar 1994.

Jurucakap Ciku Media Sdn Bhd, Anne Mukhtar berkata, menariknya mengenai program Sedia Mula Masak ini, ia bukan saja menguji daya ketahanan mental peserta tetapi juga selebriti chef itu sendiri.

“Selalunya dalam program masakan yang sudah sedia ada, kebanyakan chef sudah mengetahui dari awal mengenai resepi masakan yang bakal disediakan.

Malah, tidak perlu risau dengan bahan yang bakal digunakan dalam resipi masakan itu kerana semuanya turut disediakan dalam program terbabit.

“Namun, dalam program ini, situasi yang dilalui chef agak berbeza. Chef sama sekali tidak tahu apakah resipi yang perlu disediakannya.

“Chef hanya akan mengetahuinya selepas wakil peserta daripada kumpulan yang bertanding membeli-belah keperluan barangan di pasar raya Tesco yang terkenal pada harga berpatutan dan berkualiti.

“Selepas itu, chef akan dikehendaki menggunakan daya kreativiti mereka untuk menyediakan apa masakan yang bersesuaian berdasarkan keperluan barangan yang disediakan itu dalam tempoh masa 20 minit,” katanya.

Menurut Anne Mukhtar lagi, banyak aksi mencuit hati peserta dan chef yang dapat ditonton dan dilihat di dalam program ini.

Antaranya ialah persaingan setiap peserta yang mewakili dua kumpulan iaitu cili merah dan tomato hijau.

“Setiap wakilnya pula hanya dibenarkan membeli bahan masakan tidak melebihi RM20.

“Selain itu, penonton juga dapat melihat aksi serta gelagat chef terkenal tanah air yang bertungkus-lumus menyediakan menu yang menyelerakan.

“Sambil bertungkus-lumus memasak, mereka juga akan memperturunkan rahsia resipi masakan kepada penonton di rumah.

“Antara chef yang diundang menjayakan program ini ialah Chef Ismail, Sobri Mat Noor, Azrah Kamala Sashi, Florence Tan, Mavin Ong dan Norzailina Nordin,” katanya.

Seperkara unik mengenai program ini, pemenang akan ditentukan oleh penonton yang berada di studio.

Bererti penonton sendiri yang akan menjadi pengadil untuk menentukan kumpulan mana yang layak memenangi pertandingan.

Seterusnya memberi peluang kepada mereka ini memenangi baucar Tesco Store Malaysia Sdn Bhd bernilai RM 100.


Bahan berita dipetik dari Akhbar Harian Metro.


# Teringat pada siri IRON CHEF di TV8.

Wednesday, November 29, 2006

PERTEMUAN BERSEJARAH

28hb. November yang lalu, sekali lagi merakamkan sejarah, dimana aku dan saudara Roslan @ Mersik, telah mengadakan program "ngeteh". Tetapi kali ini bukan ditempat biasa - Khulafa Bistro di Seksyen 7, Shah Alam, tetapi "ngeteh" pada kali ini lebih bermakna kerana kami mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan "orang kuat" dari Geng Jurnal (GJ), iaitu Saudara Zaiful dan Saudari Faezah, bertempat di KL Sentral.

Pertemuan yang begitu bermakna dan mesra, kerana selain dari pertemuan untuk menjalinkan persahabatan dan persaudaraan, juga untuk mengukuhkan jalinan ukhuwwah diantara dua buah Kelab.

Buat makluman anda, GJ merupakan sebuah organisasi Kelab yang telah kukuh dan establish, yang mempunyai keanggotaan seramai 3,000 orang ahli, dan kebanyakannya ahlinya terdiri daripada golongan professional, yang mempunyai aspirasi dan minat yang sama iaitu membaca, dimana bahan bacaan mereka kebanyakannya adalah berbentuk ilmiah dan mencakupi pelbagai jurusan ilmu.

Secara peribadi aku dan saudara Roslan, merasa begitu terharu dan teruja, kerana tenaga penggerak utama GJ ini , sedari awal bersikap terbuka dan bersedia untuk membantu Kelab Peminat ALAF21 - (ALAF21 FC), yang mana ALAF21 FC boleh dianggap sebagai "adik", dan memerlukan bantuan dan bimbingan dari seorang "abang".

Pertemuan dan mesyuarat yang memakan masa selama 2 jam itu benar - benar dimanfaatkan oleh Kelab, pelbagai info, idea, kertas cadangan dipersembahkan oleh Saudara Zaiful tanpa sebarang sekatan dan sempadan.

Diantara Agenda penting yang dibincangkan adalah:

1 - KADERISASI.
2 - REORGANISASI.
3 - MERAIKAN AKTIVITI.

Namun yang pasti segala "isi kandungan" hasil dari mesyuarat itu hanya akan diketahui oleh AHLI ALAF21 FC bila Kelab mengadakan mesyuarat rasmi, kerana selain dari pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang, aku dan Saudara Roslan juga mendapat tips - tips yang berguna, dimana terdapat perancangan bagaimana untuk memasukkan Kelab kedalam "arus pasaran global".

Dikesempatan ini, aku ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada Saudara Zaiful dan Saudari Faezah, yang telah sudi meluangkan masa dan melontarkan begitu banyak idea kepada Kelab.

Bak kata Saudara Zaiful, "Sebuah Kelab akan kuat dan kukuh dengan KOMITMEN berterusan dari AHLI".

Friday, November 24, 2006

NORZAILINA NORDIN - CHEF & NOVELIS


Syukur Alhamdulillah, pada 21hb November yang lalu, sekali lagi aku dapat bertemu dengan seorang yang ku panggil Kak Lina. Dimana aku bertemu dengan beliau pada majlis sambutan Hari Lebaran anjuran ALAF DUA PULUH SATU.

Beliau merupakan seorang Chef dan Novelis yang terkenal, sering muncul dalam pelbagai program dikaca tv, mahupun dalam majalah, khususnya majalah atau buku masakan. Sering menjadi buruan media. Dalam bidang masakan, nama beliau sebaris dengan Chef Wan, Chef Ismail, Puan Florence dan lain - lain.

Manakala dalam bidang penulisan novel, kehandalan beliau adalah sama dengan nama - nama novelis yang tersohor diseluruh negara, seperti Anis Ayuni, Aisya Sofea, Norhayati Berahim, Ramlee Awang Murshid dan lain - lain.

Aku meminati gaya penulisan beliau, kerana garapan beliau untuk setiap novel yang dihasilkan, bukan sahaja berlainan diantara novel - novel karya beliau sendiri, tetapi berlainan juga dengan cara dan corak penulisan novelis - novelis yang lain.

Maksud ku mudah, setiap garapan beliau, pasti mempunyai segmen ilmu yang jarang diperkatakan pembaca, malahan, dari apa yang aku perolehi, beliau banyak membuat kajian terperinci tentang sesuatu perkara atau isu, dan digarap dengan penuh teliti supaya apa yang diterjemahkan dalam penulisan beliau mempunyai fakta yang tepat.

Walaupun demikian novel hasil garapan beliau tetap mengandungi unsur cinta, kasih sayang dan berpesan - pesan kepada kebenaran dan insaf kepada ketentuan Illahi.


Kepada Kak Lina, semoga sukses dalam DUA BIDANG - Penulisan dan Chef.

NOVEL - SUATU KELAINAN


PERMATA HATIKU:

Kisah benar insan seni, Mior dan Izzaidah. Antara ketabahan seorang ibu dan semangat jitu seorang ayah, setiap hari adalah perjuangan demi melihat permata hati terus bernafas tanpa rasa menderita.

Aku pasti ramai yang tertanya - tanya kemana menghilangnya kedua - dua insan yang pernah memeriahkan dunia teater khususnya, tapi adakah kita tahu, punca kehilangan mereka.

Sebuah kisah yang benar - benar menginsafkan.







ZURIAT:

Novel kisah benar ini menggarapkan pahit maung kehidupan keluarga Mohammad dan Kamariah dari Kota Bharu. Segala-galanya bermula bila Amree, anak kedua pasangan ini yang berusia sembilan tahun disahkan menghidap MLD, sejenis penyakit genetik yang boleh membawa maut pada tahun 1992.

Tidak lama kemudian, Maslina anak sulung mereka pula didapati berpenyakit serupa. Ujian darah juga dibuat ke atas tiga orang lain, iaitu Affizal, Affandi dan Marhaini. Apakah hasilnya? Alangkah tergurisnya perasaan Mohammad dan Kamariah apabila mengetahui kesemua anak mereka bakal menghidap penyakit yang sama.

Hati mana yang tidak belas melihat penderitaan anak-anak yang cacat fizikal dan mental? Pasangan suami isteri itu sering berdoa supaya dikurniakan ketabahan. Namun dugaan datang menimpa lagi. Kamariah pula dibedah kerana mengalami ketumbuhan otak pada tahun 1994.

Dalam pada itu, Pakar Kanak-kanak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, memberitahu mereka tentang kaedah pemindahan sum-sum tulang untuk menyelamatkan Affandi dan Marhaini. Malangnya, usaha untuk ke Minnesota, U.S.A. itu menemui pelbagai rintangan birokrasi. Demi anak-anak yang dikasihi, pasangan suami isteri itu tidak pernah berputus asa. Mereka terus berjuang dan usaha mereka telah mendapat liputan meluas di media massa seluruh negara.

NOVEL - ADA TARIKAN TERSENDIRI

ARCA KASIH:

Asmawi berjaya memiliki Norashikin tetapi kemunculan Sandra teman lamanya dari England secara tiba-tiba menggugat kasih mereka. Norashikin rasa tertipu dan cuba melarikan diri, tetapi mampukah dia membohongi hatinya?







Arjuna Hati:

Novel ini merupakan satu percubaan untuk menjelajah masalah dan pengalaman merentas budaya, bukan di kalangan penduduk Malaysia tetapi di antara orang Melayu dengan orang British. Yang lebih menarik peristiwa-peristiwanya berlaku di England pada Zaman Victorian dan negeri-negeri di Tanah Melayu iaitu melibatkan Pulau Pinang dan Perlis, ketika British masih dalam proses meluaskan pengaruhnya di kawasan ini.

Usaha perintis ini memberi harapan bahawa bidang novel di negara kita semakin berani menjalankan eksperimen supaya para pembaca akan terdedah kepada proses globalisasi. Sering kali novel lebih berjaya memperkaya pengalaman seseorang daripada buku sejarah kerana novel menembusi hati sanubari manusia, manakala sejarah yang biasa disampaikan secara amoral, terpencil dan tanpa emosi tidak dapat mewujudkan perspektif yang real.

GETARAN RINDU:

Mengisahkan perjalanan hidup Izham, seorang jurufoto yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Fara, seorang pekerja di Perpustakaan Negara. Sebagai jurufoto, kenalan Izham ialah golongan korporat dan VIP. Tanpa disedari, Delia seorang pramugari juga menaruh hati padanya sedangkan dia adalah kekasih gelap Suffian yang juga kenalan Izham. Untuk mengelakkan Delia terus menghampiri Izham, Suffian telah merancang sesuatu dengan Tengku Kamil.

Ketika mereka menghantar Izham ke Venice untuk melakukan satu tugasan, bermacam-macam peristiwa telah berlaku. Adakah taktik Suffian dan Tengku Kamil dapat dibau oleh Izham? Haruskah Izham menerima cinta Delia sedangkan dia dan Fara semakin intim? Kenalan rapat heboh mengatakan Izham telah menghilangkan diri dan ada yang mengatakan dia telah mati. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Adakah Izham benar-benar telah mati?

MEMBACA

"Sesetengah buku perlu dijamah, yang lain dirasa. Ada juga yang langsung dikunyah dan ditelan"
~ Francis Bacon, Sasterawan.

"Pembaca yang baik akan menjadikan sesebuah buku itu bagus"
~ Ralph Walldo Emerson, Penulis.

"Adalah baik memulakan kehidupan dengan buku - buku yang bagus yang dimiliki sendiri"
~ Sir Author Conan Doyle, Penulis.

"Ada jenayah yang lebih kejam daripada membakar buku, Salah satu adalah dengan tidak membacanya"
~ Joseph Brodsky, Sasterawan.

"Satu - satunya keutamaan buku adalah pengertiannya terhadap diri anda"
~ Sir Richard Steele, Ahli Politik.

"Dunia bukan sahaja dipenuhi dengan penulis kelas keempat tetapi juga pembaca kelas keempat"
~ Stan Barstow, Sasterawan.

"Agar anda tidak dilupakan, tulislah sesuatu yang baik untuk dibaca atau lakukan sesuatu yang bagus untuk ditulis orang"
~ Benjamin Franklin, Saintis.

"Saya tidak pernah mengalami stres yang lebih dari sejam setelah mula membaca"
~ Charles deMontesquieu, Ahli Falsafah.

"Tidak ada hiburan yang semurah daripada membaca, atau keseronokan yang lebih berpanjangan"
~ Lady Mary Wortley Montagu, Penulis.

"Membaca adalah untuk minda sepertimana senaman untuk tubuh badan"
~ Joseph Addison, Sasterawan.

"Satu - satunya keutamaan buku adalah ertinya ia terhadap diri anda"
~ Sir Richard Steele, Ahli Politik.

"Membaca itu adalah bicara sepi"
~ Walter Savage Landor, Sasterawan.

Monday, November 20, 2006

NOVELMAN

Telah acap kali aku ditegur, "hai baca novel ?".

Ya, aku baca novel.

Umurku hampir mencecah 40'an, telah berkeluarga dan mempunyai 5 orang anak.

Persoalannya, kenapa mereka bertanya ?

Adakah kerana faktor usia ?
# kebanyakan yang bertanya tidak tahu usia ku yang sebenar.

Adakah kerana aku mempunyai ramai anak ?,
# kebanyakan yang bertanya tidak tahu, aku ada berapa ramai orang anak.

Adakah kerana aku seorang lelaki ?
# Ya, tetapi adakah suatu yang aneh, pelik dan ajaib, bila lelaki membaca novel ?

Aku merasakan inilah mentaliti rakyat Malaysia yang sebenarnya.

Sebuah masyarakat yang kurang membaca, kurang mengkaji secara ilmiah, tapi bukan semuanya.

Aku, malah tidak merasa malu untuk membaca novel dimana sahaja ada waktu senggang, malah aku akan terus membaca, tetapi bukan sahaja novel, malah, semua jenis bahan bacaan, khususnya yang ilmiah, malah aku tidak gentar untuk membicarakan apa sahaja topik, dan berhujjah dengan sesiapa sahaja.

Tetapi, yang pasti aku tidak membaca novel picisan, aku juga memilih, aku hanya membaca novel yang berkualiti, yang ada segmen ilmu, yang membicarakan tentang kehidupan masyarakat dan massa.

Mana lebih baik, antara membaca novel yang mempunyai sisipan ilmu pengetahuan, dengan membaca majalah yang "membogelkan" tubuh manusia ?. Ya, inilah soalan yang kuberikan buat mereka yang sering "memperlecehkan" minat aku.

Ya, inilah juga alamat Blog aku

Thursday, November 16, 2006

Penilaian Prestasi Kerja


Inilah saatnya, inilah waktunya, inilah musimnya dan inilah detik yang ............

Ya, bila tiba hujung tahun, sudah menjadi amalan bagi yang berkerja "makan gaji".

Penilaian Prestasi anda akan diperkatakan, dipersoalkan, dipertanggungjawabkan, dan segala macam benda yang tidak baik akan didedahkan.

Maka berlakulah dialog, yang ada ketikanya, begitu panas.

Tahun ini, aku berhadapan dengan "dialog" yang agak hambar, kerana apa ?

Kerana aku sudah lama "hilang keyakinan" dengan Penilaian Prestasi Pekerja.

Sebabnya mudah, perkara yang sama akan diulang saban tahun, perkara yang sama akan diungkit saban tahun, bayangkan, selama 365 hari kita berkerja, dan pada satu hari sahaja anda melakukan kesilapan, maka kesilapan yang satu itu sahaja yang menjadi ingatan.

Bak kata pepatah masyarakat Rom: "Rom dibangunkan ribuan tahun, tapi musnah hanya dalam sekelip mata" !.

Wednesday, November 15, 2006

Aliran Wang Masuk



Tugas yang tidak pernah ada istilah "penamat".

Tugas yang tidak pernah ada istilah "beres"

Tugas yang memerlukan ketekunan.

Tugas yang memerlukan kesabaran.

Tugas yang memerlukan keprihatinan

Tugas yang memerlukan pengorbanan.

Tugas yang jarang diperkatakan, tapi membawa masuk wang ke Perbendaharaan Negara.

Friday, November 10, 2006

TANDAS AWAM

Selepas aku bangkitkan isu KAHAK @ BERKAHAK, ramai teman - teman sepejabat yang memberikan maklumbalas yang begitu memberangsangkan, walaupun isu itu kedengaran menggelikan, memualkan dan rasa macam nak muntah, sekurang - kurangnya, ada beberapa orang teman sepejabat yang sudah mula berubah sikap mereka, sekarang sudah mula memahami akan perasaan insan lain yang sedang bertugas, cuba bayangkan, sudahlah bahagian pantry agak terbuka, ada sinki disitu, kalau berludah pun boleh dengar dengan jelas, inikan pula bila seseorang itu BERKAHAK, meja makan pula disebelah, tentu mengganggu perasaan dan selera mereka yang sedang menjamu makan atau minum.


Jadi bagi sesiapa yang masih belum faham dengan perasaan insan lain, khususnya dipejabat, kalau nak BERKAHAK tu, masuk dulu kedalam tandas, tutup pintu tandas, dan buanglah KAHAK anda, insan lain dan teman sepejabat pasti akan menghargai perbuatan anda.



Kali ini, aku sekali lagi membawakan isu yang tidak pernah selesai, iaitu penggunaan TANDAS, khususnya TANDAS AWAM, aku percaya, Kerajaan telah membelanjakan atau kata kasarnya - MENGHABISKAN WANG RAKYAT, semata - mata untuk mendidik rakyat supaya bijak menggunakan kemudahan awam ini.

Entah berapa juta dibelanjakan untuk berkempen, merayu, dan mendidik rakyat.

Pendapatku mudah sahaja, "susah sangatkah nak bersihkan tandas, selepas digunakan ?".


Bukannya kita terpaksa "bersihkan najis orang lain". Apa yang perlu dilakukan adalah, selepas selesai "hajat" kita, basuh apa yang perlu, tarik "flush" !. SELESAI.

Bak kata beberapa orang teman yang begitu marah dan kecewa dengan keadaan tandas awam khususnya: "susah sangat ke ?", "yang aku tak faham, macam mana diorang bxxxk, bersepah kiri kanan, lubang tandas tu kan besar, apa ... diorang b...k sambil bersandar kat dinding ke ?" ... "kalau kat rumah tau pulak jaga kebersihan tandas" ! dan berbagai komen dan kemarahan yang diluahkan.

Wednesday, November 08, 2006

SIMBOL SYAITAN


Adakah kalian nampak apa yang yang dilakukan oleh dua makhluk diatas ?

Ya, mereka sedang menunjukkan isyarat atau simbol SYAITAN.

Aku tidak hairan jika mereka menunjukkan isyarat tersebut, tetapi yang aku merasa amat hairan, bilamana umat Islam juga mengikut cara, corak dan rentak makhluk tersebut bersama - sama penyokong mereka, yang terdiri dari pengikut SYAITAN.

Hingga kini, aku tertanya - tanya, apakah HUKUM nya melakukan perbuatan tersebut, dan aku juga belum pernah mendengar atau membaca sebarang kenyataan dari Ulama' atau pihak berkuasa dalam agama berhubung perlakuan tersebut.

GASTRIK


Semakin ramai yang menghidap penyakit GASTRIK pada hari ini, penyakit ini berpunca dari beberapa sebab, amalan pemakanan yang tidak seimbang, tidak makan pada waktunya, memakan makanan yang mengandungi terlalu banyak bahan perisa dan perwarna, merokok, mengambil bahan minuman berkarbornat dan berkafein.


Gastrik akan muncul selepas jarak waktu yang tertentu, maksudnya, GASTRIK tidak akan menyerang serta - merta, selepas kita melakukan perkara diatas, tetapi akan "diam" selama beberapa tempoh, dan bila matang, barulah ia datang, maka seseorang pesakit itu akan sukar untuk pulih.


Inilah yang aku alami sekarang, walaupun telah melakukan ENDOSKOPI, iaitu pembedahan kecil, yang dilakukan dengan memasukkan wayar melalui rongga mulut. Wayar tersebut mempunyai tiga talian - 1) Wayar penyuluh (bertujuan untuk mencerahkan kawasan dalaman dan mencari tompok gastrik), 2) Gunting (alat ini akan memotong dan "menelan" bahan gastrik), 3) Filem.


Nak bercerita lebih, aku bukannya Doktor, tapi yang pasti, hari ini adalah hari yang paling tidak selesa, walaupun sakit tetapi aku memaksa diriku untuk berkerja, bukannya tergolong dalam golongan orang yang terlalu rajin, tapi beban tugas yang terlalu banyak.


Hanya ubat penahan sakit yang mampu untuk menampung kehilangan tenaga akibat sakit.


Moral of the story: MAKANLAH MAKANAN YANG SEIMBANG, DAN MAKAN PADA WAKTUNYA.

Monday, November 06, 2006

DUGAAN di Bulan SYAWAL

Sejak pulang dari berhari raya dikampong, hinggalah ke hari Khamis, anakku yang kedua, berumur 9 tahun mengadu sakit perut yang berpanjangan, ke hospital sudah, ke klinik sudah, namun tidak nampak tanda akan pulih, sakitnya sekejap datang dan sekejap hilang.
Akhirnya, aku terpaksa membawanya ke Hospital, pada malam Juma'at yang lalu, ini berikutan sakitnya yang kelihatan lebih teruk, bahagian abdomennya, langsung tidak boleh disentuh.
Dari jam 9 malam hinggalah ke jam 12.30 pagi keesokannya, barulah nombor gilirannya tiba, maklumlah, bahagian KECEMASAN, bak kata orang "kalau tak putus kepala, atau putus tangan, jangan harap dapat masuk awal"
Tapi aku juga tak salahkan pihak Hospital, kerana pada malam itu, pesakit punyalah ramai, dan yang kritikal juga tidak boleh dikira lagi.
Alhamdulillah, kakitangan Hospital menjalankan tugas mereka dengan penuh kesabaran dan bersikap profesional, walaupun aku terlalu letih dek kerana menunggu, namun akhirnya, terlerai juga dengan keramahan dan senyuman yang dilemparkan oleh petugas Hospital.
Sewaktu Dr. yang bertugas menyatakan bahawa pihak Hospital terpaksa menahan anakku diwad, aku tidak terkejut, kerana sudah menduga sedari awal, dan segala persiapan telah dibuat, khususnya untuk aku "tidur" bersama - sama anakku.
Pemeriksaan terperinci dilakukan ke atas anakku, dari ujian najis, ujian urine, hinggalah ke ujian darah selama 3 hari aku "menginap" di Hospital.
Alhamdulillah, semuanya ok, cuma laporan yang ku perolehi menyatakan bahawa, ususnya kemungkinan dijangkiti kuman, dan telahpun dibersihkan / dinyahkan.
Dikesempatan ini juga, aku ingin merakamkan ucapan Terima Kasih kepada semua sahabat dan rakan, yang telah menghubungiku, dan ada yang menghantar sms, dan emel, mendo'akan kesejahteraan buat anak ku.

Wednesday, November 01, 2006

KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Rasanya ramai yang sering berhadapan dengan perkara ini, tapi tidak boleh berbuat apa - apa, telinga mendengar, hati berkata - kata, tapi mulut terkunci rapat, tanpa dapat meluahkan apa yang terbuku didalam hati....


Apakah itu ?

Pernahkah anda berdepan dengan situasi itu ?

KAHAK, BERKAHAK, BERLUDAH, LENDIR BERWARNA PUTIH, LENDIR BERWARNA HIJAU, LENDIR BERWARNA PERANG, DAN LENDIR PELBAGAI WARNA.

Tak sampai hati nak letak tajuk BERLUDAH @ BERKAHAK, tapi tajuk diatas sudah menggambarkan, yang orang yang BERLUDAH dan BERKAHAK (membuang kahak), ditempat tertentu memang TIADA KESOPANAN dan KESUSILAAN.

Situasi 1 - Di Masjid.Saya pasti ramai diantara kita yang berwuduk, dan sewaktu berwuduk itu, pasti ada yang akan berludah dan BERKAHAK dengan kuat, dan cuba bayangkan, lendir kahak itu "melalui" saluran atau longkang kecil dihadapan anda, perkara ini nampak kecil dan bukan satu isu, tapi ADAKAH ANDA SELESA ?

Situasi 2 - Di warung makan.
Sedang anda menjamu selera, tiba - tiba seseorang itu batuk kecil dan terus BERKAHAK (membuang KAHAK), dengan nada yang boleh didengari dengan jelas, APA PERASAAN ANDA ?

Situasi 3 - Di tempat AWAM.Seorang BERKAHAK (membuang KAHAK), dengan bunyi yang jelas kedengaran, APA TINDAKAN ANDA ?

Akhirnya, anda sedang melalui satu jalan, dimana terdapat "beberapa kawasan tompokan KAHAK" disitu, APA YANG ANDA FIKIRKAN ?

Maaf saya pohon, kerana membawa satu perkara yang agak melemaskan, menggelikan, meloyakan, memualkan, dan mungkin anda terasa bagai nak muntah dengan n3 pada kali ini.

Tapi itulah yang kita hadapi, dan kita TIDAK DAPAT BERBUAT APA - APA.

Melainkan mereka yang sakit dihospital.

Moral of the story ~ "BERADABLAH BILA BERADA DITENGAH MASYARAKAT"

Tuesday, October 31, 2006

Talian KASIH


Telefon bimbit berbunyi, lalu rakan lelaki aku melihat nombor pemanggil pada skrin, dengan kening yang dan dahi yang berkerut seribu lalu terus menjawab, dan dalam nada serius, serta suara yang agak kasar:





Rakan Lelaki: "ha..."
Pemanggil: ?
RL: "bila.."
Pemanggil: ?
RL: "nantilah....abang tengah sibuk ni ..."
Pemanggil: ?
RL: "ok, ok"!.

Panggilan diputuskan, lalu aku bertanya, siapa tu ?

Rakanku menjawab: "bini aku".

Aku diam membisu, hmmmm .... beginikah caranya seorang suami menjawab panggilan dari isterinya ?

Kalau sebelum berumahtangga, seorang lelaki itu boleh menjawab panggilan dari teman wanita atau tunang dengan lembut, romantik, penuh kasih sayang, kenapa bila sudah bertahun - tahun berumahtangga, cara menjawab panggilan dan intonasi perlu diubah ?

Kalau sebelum berumahtangga, seorang lelaki itu boleh berbual lama dengan teman wanita atau tunang, kenapa bila sudah berumahtangga, panggilan it mesti dipendekkan ?

Maaf, n3 ini agak condong kepada mengkritik kaum lelaki, dan maaf juga, aku belum pernah mengalami situasi sebaliknya, bila si isteri pula yang menjawab panggilan, tapi terimalah n3 ini sebagai indeks petunjuk untuk menjadi bahan renungan bersama.

Thursday, October 26, 2006

TEMAN BLOGGERS sentiasa diingatan.

Sewaktu n3 ini ditulis, hari raya telah masuk hari ketiga, sambutan Alhamdulillah begitu meriah, seawal jam 9 pagi, usai solat Aidilfitri, terus sahaja aku dan seluruh kaum kerabat mengadakan program ziarah dan mengunjungi sahabat handai yang terdekat.

Sewaktu program kunjung - mengunjungi itulah, aku terfikirkan sahabat - sahabat internet, sahabat - sahabat yang masih dialam maya, dimana ada yang pernah bersua, dan masih terlalu ramai yang belum pernah bertemu secara langsung, hatta ada yang tidak kuketahui, dimanakah lokasi mereka.

Sebenarnya, sedari awal, sewaktu aku melangkah ke alam maya, kealam internet, atau lebih tepat ke dunia Blogger, aku telah berazam untuk menggunakan teknologi ini untuk berinteraksi secara jujur, disamping untuk berkenalan dengan pelbagai rencam manusia, untuk pelbagai perkara yang baik dan makruf.

Kerana itulah, aku tidak mahu untuk merahsiakan identiti diriku yang sebenar, aku lebih banyak "menceritakan" tentang keluarga dan anak - anakku, tentang kerjaya, tentang pola pemikiran, tentang aktiviti dan sebagainya, bagi diriku, biarlah mereka yang mahu menjadi sahabatku, mengenali diriku yang sebenar.

Asas pemikiranku cukup mudah, sekali aku menipu, maka kepercayaan insan lain kepada diriku akan hilang, begitu juga dengan kata - kata, "dunia ini kecil sahaja".

Dikesempatan ini, seperti diperenggan pertama ayat ini, aku teringatkan sahabat - sahabat Bloggers yang masih dialam siber, seperti nieys, CT, violet, mamajambu, huda, Nur Raina Afsana, mamaerra, Ms_Berry, Qaseh, infa, zura, retna, zaiful, kasih, dan ramai lagi.

Hakikatnya, walaupun aku telah berusia, namun dalam dunia Blog, aku masih terlalu baru, dan mereka lebih jauh lebih berpengalaman, itu yang kuperlukan.

Monday, October 23, 2006

ESOK - 1hb Syawal @ 24hb Oktober

ESOK HARI RAYA, ESOK HARI RAYA, ESOK HARI RAYA !!!

Suara Takbir

Dengar beduk berbunyi.
Sayup bergema disubuh sunyi.
Memanggil kepada muslimin.
Segera berbakti kepada Illahi.

Suara azan menyahut.
Terdengar sayup memecah sunyi.
Memohon restu dengan bakti.
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci.

Terdengar suara takbir.
Memuji nama Illahi.
Rasa dalam kalbu.
Tenteram dan aman selalu.

Kini tiba masanya.
Hati gembira di Hari Raya.
Bertemu sanak dan saudara.
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

HARI INI - 30hb Ramadhan @ 23hb Oktober


Hari ini adalah hari terakhir, umat Islam berpuasa.

Aku masih berada dihadapan PC, rasa tidak perlu nak buat apa - apa lagi, sebabnya, segala persiapan telah dibuat, cuma selepas berbuka sahaja, aku akan membantu isteriku untuk masak nasi untuk dibuat nasi himpit, kerana itu adalah makanan kegemaran aku sekeluarga, dengan rendang ayam, atau rendang daging dan dicampur dengan kuah kacang.

SEMALAM - 29hb Ramadhan @ 22hb Oktober


Persiapan akhir seluruh umat Islam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri atau Hari Lebaran.

Bekas kuih - muih, balang plastik dan kaca, dikeluarkan dari almari, kepenatan berpuasa seolah - olah hilang dalan suasana ceria dan kerancakan untuk menyambut hari raya.

Baru aku tersedar tentang sesuatu ... pada awalnya, aku bercadang untuk menyediakan 2, 3 jenis kuih - muih sahaja, tetapi bila diatur .... ya rabbi .... semuanya ada 8 jenis, itu belum masuk dodol dan lemang .....

Ah ... tak kisahlah, raya setahun dua kali saja, lagipun bukannya berbelanja sakan sampai habis wang dipoket, rasanya apa yang aku buat pun masih dalam kawalan dan tidak boros.

DUA hari yang lalu - - - 28hb Ramadhan @ 21hb Oktober

Selamat Hari Jadi .... buat ku.

Sebiji kek dibeli oleh anak - anakku, dengan ucapan "Untukmu Abah".

Hmmmmm .... tanpa ku sedar, umur semakin meningkat, anak - anak semakin membesar, yang sulung berumur 11 tahun, kalau dulu, hanya isteriku sahaja yang akan membeli kek untuk ku, sekarang anak - anak dah pandai membeli untuk ayah mereka.

Walaupun harganya tidaklah mahal, tapi berkat dari "kerjasama" diantara mereka, dan wang yang diperolehi itu adalah wang belanja sekolah yang dikumpul selama bulan Ramadhan, menyebabkan dadaku terasa sebak, aku tidak dapat menitiskan air mata dari gugur, lalu aku memeluk seorang demi seorang anak - anakku, terasa kasih yang setulus iklas itu lahir dari hati sanubari mereka.

Kepada pengunjung, aku mohon maaf sebab tidak dapat menyiarkan gambar kek tersebut, sebab aku tidak mempunyai kamera untuk merakamkan gambar kek dan detik - detik yang cukup membahagiakan diriku.

TIGA hari yang lalu - - - 27hb Ramadhan @ 20hb Oktober


MALAM TUJUH LIKUR.



Abangku dengar-dengar ku berkata
Malam ini kita sambut tujuh likur
Hanyalah tinggal tiga hari saja lagi
Kita akan menyambut hari raya

BEGITULAH kehebatan Malam Tujuh Likur hingga dijadikan lagu seperti dinyanyikan penyanyi duet terkenal 1960-an, A Ramlie dan Maria Bachok.


Malam Tujuh Likur adalah istilah yang cukup sebati dengan masyarakat Melayu hingga diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Bagaimanapun, tidak dinafikan ramai hanya pandai menyebut, tetapi tidak memahami pengertiannya


Dari segi bahasa, likur adalah bilangan antara 20 dan 30. Tujuh Likur pula bermaksud 27 menyebabkan ramai menganggap malam Tujuh Likur ketika Ramadan sebagai malam ke-27 Ramadan.


Sudah menjadi kebiasaan, sejak beberapa tahun yang lalu, setiap kali tibanya malam tujuh likur, selesai mengerjakan solat tarawih, aku akan membawa isteri dan anak - anakku untuk berkeliling kampong, untuk melihat kemeriahan suasana sekitar, ya ... untuk melihat skill dan kreativiti masyarakat untuk memasang pelita atau lampu punjut, dan membentuk pelbagai corak, rasanya tidak salah untuk kita mengadakan aktiviti atau pertandingan merekabentuk pelita atau lampu punjut ini.

EMPAT hari yang lalu - - - 26hb Ramadhan @ 19hb Oktober


Anak - anakku merayu, memujuk, hingga ke tahap merajuk, mereka meminta untuk dibelikan pelita.

Dengan harga dipasaran sebanyak RM2.00 hingga RM3.00, bergantung kepada rekabentuk dan saiz, rasanya bukan suatu yang membazir jika kita bersama - sama memeriahkan suasana, dengan syarat niat biarlah betul, iaitu untuk memeriahkan suasana dan bukannya sebab "nak tunjuk laluan kepada malaikat".


Cukuplah ala kadar, lalu kubelikan 5 biji saja, nampak ceria dan teruja diwajah anak - anakku, bukan sahaja anak, malah ibunya pun tumpang seronok..... yalah ... rumah lain ada lampu pelita, rumah kami pun ada juga .... cukuplah, ala kadar dan tidak membazir. Biarlah mereka berseronok dan ada hadnya.

LIMA hari yang lalu - - - 25hb Ramadhan @ 18hb Oktober

Seperti mana amalan masyarakat Islam di Malaysia, setiap bulan Ramadhan, maka satu hari akan ditentukan untuk sebuah keluarga atau sekumpulan orang yang akan menyediakan juadah "moreh" yang akan dijamu selepas selesai solat terawih.

25hb Ramadhan, bersamaan dengan 18hb Oktober, yang lalu, adalah giliran aku dan keluarga menyediakan juadah itu, selain dari amalan yang baik dan berfaedah untuk kaum muslimin, ianya juga sebagai aktiviti untuk menjalinkan ukhuwwah sesama jiran tetangga dan ahli kariah.

Bagi diriku, yang penting adalah lakukan sekadar kemampuan, dan cara terbaik adalah berkongsi dan bergotong - royong. Kerana keikhlasan dan barakah itu adalah suatu yang menjadi tuntutan dalam beramal.

Tuesday, October 17, 2006

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

InsyaAllah, pada 24hb Oktober ini, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya 'Aidilfitri, atau Hari Lebaran.

Pelbagai persiapan telah diatur dari segenap segi, dari individu, keluarga hinggalah ke peringkat negara.

Blog ini tetap akan terus bersiaran, kerana pemiliknya - Abang Long - tidak bercuti, malah pada hari raya pertama, selepas sembahyang hari raya, abang long akan masuk bertugas, almaklumlah, bekerja dibahagian Operasi, lagipun tahun lepas abang long dah raya sakan, 11 hari lamanya.


Jadi untuk memberi keadilan kepada semua, maka pada tahun ini giliran abang long pula untuk berkerja pada hari raya, nak kata sedih tak juga, sebab bukannya kena duduk dipejabat sepanjang hari, cuma datang sekejap buat pemantauan, kalau tak ada masalah, masih boleh "lari - lari" begitu, lagipun rumah tak jauh dari pejabat, dan bukannya nak pergi beraya jauh dari kawasan, dan seperkara yang paling penting, semua pergerakan dalam pemantauan Ketua .... "if you want to go for hari raya, just go for it, make sure of your safety, especially on the road, but please make sure, don't ever go out over the limit, in case if the is any urgent matter, then you can be reach easily".


Bukan satu perkara yang asing, dan tidak janggal, apabila ada staff, yang berbaju melayu pada hari tersebut.

Dikesempatan ini, diruangan ini, abang long menyusun jari memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung yang sudi ke Blog Abang Long, jika sepanjang abang long menulis ini, ada pihak yang terasa hati atas segala kata - kata dan teguran yang abang long berikan.

Akhir kata dari abang long untuk n3 pada kali ini, Sambutlah Hari Lebaran bersama keluarga tersayang, dengan penuh kegembiraan.

Amaran Keras : BERHATI - HATI DIJALANRAYA !!!

Abang Long sentiasa mendo'akan yang terbaik buat semua. Salam SAYANG.

Monday, October 16, 2006

Soalan sebelum berbuka

Setiap kali nak berbuka puasa, pasti ada sahaja perkara yang hendak diperkatakan oleh anak - anakku.

Satu hari sewaktu sedang duduk beramai - ramai dihadapan juadah berbuka, tiba - tiba anakku yang pertama telah bertanya:

Abang (anak yang pertama membahasakan dirinya dengan panggilan itu): "Abah, abah kerja kapal kan ?.
Aku: "ya, kenapa ?".
Abang: "ok, kalau abah pandai, abah jawab soalan ni".
Aku: "ok, apa dia"?
Abang: "Bila kapal tenggelam, apa yang timbul ?".

Hampir seminit jugalah aku berfikir sebelum cuba menjawab soalan tu ...

Aku: (dengan selamba aku menjawab) "pelampung"....
Abang: "salah" ...
Aku: (hairan juga ye ???) ... "krew kapal".
Abang: "salah".
Aku: (haiiii ....dua - dua jawapan salah) "buih besar".
Abang: "salah".
Aku: "tahhhh .... abah dah tak tau" .... (aku menyerah diri, sebab dah tak tau jawapannya).
Abang: "apa lah abah ni, soalan tu paling senang nak dijawab tau ...."

Aku memandang isteri dan anak - anaku yang lain dengan harapan ada yang tahu jawapannya ...

Aku: "kalau semua jawapan tu salah, apa jawapan yang betul ?".
Abang: (sambil ketawa) "jawapannya, bila kapal tenggelam, yang timbul masalah, kan masalah bila kapal tenggelam" .....

Semua orang ketawa, sebab masing - masing pun tak menduga itulah jawapannya yang begitu mudah tapi kedengaran agak kompleks.

Hai anak - anakku.

Thursday, October 12, 2006

MOTIVASI ISLAM - mudah dan praktikal (4)

JANJI TEMU

Kebanyakan dari kita pernah mengalami perkara diatas - JANJI TEMU atau TEMU JANJI.

Tapi tahukah kita, dalam kita merangka untuk melaksanakan agenda tersebut, secara tidak kita sedari kita telah melakukan satu kesilapan atau dosa (kelihatannya mudah).

Pernahkah anda menunggu disatu tempat, dari jam 9.00 pagi (seperti yang dirancangkan), hingga akhirnya jam menunjukkan angka 9.45 pagi, barulah si dia datang dengan selambanya, tanpa menyedari satu kesalahan telah dilakukan, ataupun anda sendiri yang lewat tiba, dan si dia tetap sabar menunggu kedatangan anda (dalam hal ini, saya pasti, siapa yang menunggu pasti akan memaki hamun dan keluar segala sumpah seranah).

Bagi saya orang yang tiba lewat itu:
1 - Tiada moral,
2 - Tiada perasaan,
3 - Tiada bertimbang rasa,
4 - Tiada ilmu,
5 - Tiada harga diri.

Kenapa ?, tiada MORAL, sebab orang yang bermaruah akan sentiasa tepat pada janjinya, tiada PERASAAN, sebab orang yang mempunyai perasaan akan sentiasa merasa simpati jika orang lain terpaksa menunggu kehadirannya (ada kemungkinan orang yang telah sedia menunggu itu mempunyai program atau aturcara lain pula), tiada BERTIMBANG RASA, sebab orang yang menunggu itu sudah pasti akan keletihan dan terpaksa "buang masa" secara PERCUMA dek kerana terpaksa menunggu begitu lama, tiada ILMU, usah berikan alasan "traffic jam", kerana ini menandakan bahawa anda tidak mahu ambil tahu tentang situasi jalan yang anda akan lalui, tiada HARGA DIRI, hanya mereka yang mempunyai HARGA DIRI sahaja yang akan sedar tentang TANGGUNG JAWAB mereka untuk melaksanakan sesuatu tugas.

Adakah suatu yang susah dan payah untuk kita berkomunikasi, jika salah seorang dijangka tiba lewat ?

Tips yang mudah:
1 - Sebelum berjanji temu, hubungi si dia atau sesiapa sahaja, tentang rancangan yang telah diatur, sebagai isyarat mengingatkan. Maklumkan tentang apa sahaja yang perlu.
2 - Jika salah seorang terlewat, sebelum waktu yang dijanjikan, terus sahaja hubungi dan maklumkan tentang situasi yang berlaku.

Jawapan kepada gagal kendali:
1 - beri makluman, tolong jangan matikan (off), telefon bimbit anda atau orang yang akan ditemui.
2 - jika salah seorang terlewat 10 minit dari waktu yang dijadualkan, maka pihak yang menunggu mempunyai HAK untuk membatalkan JANJI TEMU itu. (supaya dilain waktu, orang yang tiba lewat itu akan sedar tentang hak dan tanggung jawab yang perlu diunaikan).

Kerana MUNGKIR JANJI itu bukan sahaja satu kesalahan, tetapi juga satu DOSA !.


Kenapa kita tidak boleh TEPAT PADA MASA ?

Adakah kita tidak cukup perancangan hingga menyebabkan kita terlewat ?
Adakah kita tidak tahu situasi jalan, hingga menyebabkan kita terperangkap dalam kesesakan jalanraya ?
Adakah tiba - tiba ibu atau bapa meninggal dunia secara tiba - tiba (alasan ini hanya boleh digunakan dua kali sahaja seumur hidup).
Adakah tiba - tiba sahaja kenderaan anda rosak ?
Dan ADAKAH kita akan memberikan pelbagai alasan lagi untuk mewajarkan kesilapan kita yang terlewat tiba.

Tidak bolehkah kita keluar dari rumah 1/2 jam lebih awal, supaya jika berlaku sesuatu, maka kita masih sempat tiba pada waktunya.

Dalam erti kata lain, ANDAIKAN anda akan menghadiri TEMUDUGA di Putra Jaya, dan anda menetap di Klang. ANDAIKAN ibubapa atau adik beradik anda tiba - tiba mendapat kemalangan dijalanraya, dan cuma "menunggu masa". ANDAIKAN tiba - tiba pengurusan tertinggi syarikat anda memberi notis "mesyuarat tergempar" pada jam 11.00 malam.

Soalannya, APAKAH DAN BAGAIMANAKAH anda berhadapan dengan situasi begitu.

Adakah anda akan terus TERLEWAT ?

BERSIMPATILAH PADA MEREKA YANG TERPAKSA MENUNGGU.

MOTIVASI ISLAM - mudah dan praktikal (3)

ULAMA' "PILIH BULU".

Setelah beberapa lama saya memikirkan tentang tajuk yang bersesuaian, akhirnya saya merasakan bahawa biarlah tajuk itu menjadi kontroversi, asalkan umat Islam, khususnya mereka yang bertaraf Ulama' sedar tentang hakikat yang melanda.

Saya pernah bertanya dengan ramai sahabat, adakah mereka kenal si fulan dan si fulan (antara ustaz yang mengajar di daerah), sahabat saya menjawab kenal, adakah kamu rapat dengan mereka ?, jawapannya memang sudah diduga, "kenal begitu je".

Sahabat saya yang ditanya itu adalah jemaah yang rajin bersolat, dan meluangkan masa menadah kitab, namun jarak "hubungan silaturrahim" mereka masih ada jarak. Bagaimana dengan umat islam "di luar" masjid ? bagaimana dengan orang islam yang belum diberikan taufik dan hidayah untuk mendekati masjid, seterusnya mengamalkan islam dalam segenap aspek kehidupan mereka, dan yang terkini, bagaimana nak "memujuk - Mat Rem-pit" ?.

Maaf, ayat saya memang tidak teratur, sebab yang penting adalah mesej saya berjaya disampaikan, itulah matlamat saya.

Sudah lama saya memerhati batang tubuh, bayang dan kelibat, para Ulama' dinegara kita, dari pendakwah bebas, ustaz yang berkerja dengan kerajaan, ulama' dari parti pembangkang dan NGO lain, hampir semuanya sama rentaknya, mengajar, menyampaikan ilmu agama, bersalam bila habis kuliah, makan bersama jawatankuasa masjid, atau makan semeja dengan pimpinan tertinggi parti sahaja, lepas tu balik kerumah masing - masing.

Bila berjalan ke sesuatu majlis ceramah, mesti ada pengawal (mungkin sebab takut kena serang), bersalam pun nak tak nak je, muka sentiasa serius (sebab ulama' tak boleh ketawa, itu kan perbuatan fasik), kalau ada jemaah wanita dikiri laluan, maka muka tak toleh langsung kearah jemaah wanita (haram).

Pernahkah kita berjumpa dengan mereka yang bertaraf Ulama' ini, berada ditengah - tengah masyarakat ?

Dalam erti kata lainnya - TURUN PADANG ?

Saya pernah terbaca kisah pemimpin Ikhwanul Muslimin - As Syahid Hassan Al Banna, dimana beliau berdakwah hingga ke dalam kedai kopi.

Saya jarang bertemu dengan seorang ulamak yang memakai baju biasa (seperti orang awam), dan makan minum bersama orang ramai, sambil bertanya khabar, bergurau dengan orang muda, tak kira lelaki atau perempuan (jangan salah anggap, maksud saya dalam batas syariat), boleh bersemuka dengan gadis remaja (sebagai contoh), sambil bersembang, beri panduan secara lembut dan berhikmah.

Cuba lihat, bila ustaz bertemu ustaz, cara mereka bersalam cukup erat (ada grip), sambil berpelukan, dan bersentuhan pipi dengan pipi.

Cuba lihat ustaz bersalam dengan orang awam.

DAN ...
Cuba lihat bagaimana PADERI KRISTIAN menjalankan dakyah mereka, mereka akan berpakaian mengikut situasi, bergaul dengan masyarakat yang berbilang, dengan roman wajah yang sentiasa tersenyum, sentiasa bersedia menghulurkan bantuan, bertutur dengan lemah lembut, bercakap dengan orang awam seolah - olah telah lama kenal.

Pasti ada yang mempersoalkan kewajaran saya membandingkan antara Ulamak dengan Paderi.

Ya, sekarang sama - sama kita menelaah kitab sirah nabawi, Rasulullah tidak pernah membezakan darjat antara satu sahabat dengan sahabat yang lain, baginda begitu mesra dengan seluruh penghuni Mekah dan Madinah, tak kira islam ataupun kafir, bila bekerja, pakaian beliau akan kotor, makan duduk bersila bersama seluruh pejuang, beliau tidak duduk hanya dengan pimpinan sahahabat yang mulia sahaja, beliau berjenaka dengan kaum wanita, beliau berlari mengejar anak - anak kecil dan segala sifat terbilang yang lain.

Adakah kita mengenali ustaz atau ulamak ditempat kita dalam erti kata yang sebenarnya ?, adakah kita tahu nama penuhnya ?, adakah beliau sudah berumahtangga ?, dimanakah beliau dilahirkan ?, siapa ibubapanya ?, siapa isterinya ?, siapa ahli keluarganya ? dari mana beliau mendapat pelajaran agamanya ? dan sebagainya.

Adakah anda pernah mengalami semua yang saya perkatakan ?

Wednesday, October 11, 2006

MOTIVASI ISLAM - mudah dan praktikal (2)

"Itu kan janji M.E.L.A.Y.U"!

Terasa tajam menikam, menghiris, menusuk - nusuk jantung kalbu, tapi ada sesiapa yang cuba untuk mengubah perspektif ini ?

Cukup terasa, atau memang langsung tidak terasa dengan ayat diatas ?

Majoriti dari Bangsa Melayu adalah beragama Islam, dan didalam Islam sendiri terdapat ayat didalam Al - Qur'an yang berbunyi - "wal asr ....".

"Demi MASA, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan - pesan kepada kebaikan (yang HAK), dan berpesan - pesan dengan kesabaran".

Bagi saya, masa bukan lagi bernilai emas, tapi masa itu adalah NYAWA !.

Dalam kaedah bahasa Arab, bilamana terdapat perkataan DEMI, ia membawa kepada maksud, "BERSUMPAH", dan apa hubungkaitnya bila Allah, menyambungkan dan mengkhususkan perkataan DEMI dengan MASA ?

Dan lebih jauh, cuba kita renung natijahnya, bila MASA itu sendiri dikaitkan dengan orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan - pesan kepada KEBAIKAN dan KESABARAN.

Sering kedapatan, bukan sahaja orang awam yang tidak peka kepada MASA, malah hasil dari pemerhatian saya, mereka yang bertaraf ULAMA' juga tidak mengikuti akan ayat ini.

Saya percaya, ramai yang sering mengeluh, bilamana Kuliah atau Ceramah Agama, yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 malam, hanya akan bermula pada jam 9.30 atau lebih teruk lagi, ada yang bermula pada jam 10.00 malam !, kerana Ustaz yang diundang belum tiba lagi.

Begitu juga bila diadakan mesyuarat, dalam notis atau surat pemberitahuan, memaklumkan yang mesyuarat akan bermula pada jam 10.00 pagi, dan anda pula tiba pada jam 9.30 pagi, namun bila jam menunjukkan pukul 10.30 pagi, pengerusi baru nak cuba alat pembesar suara ....."hello, hello, testing 1,2,3". Adakah anda pernah merasai atau mengalami situasi begini ?

Saya masih ingat dengan peristiwa, dimana suatu ketika saya menghadiri sebuah kuliah tentang Ekonomi di sebuah Universiti, dimana penceramahnya adalah Prof. Diraja Ungku Aziz, saya sangkakan, yang mungkin beliau akan terlewat, namun ramalan saya meleset sama sekali, beliau tiba 5 minit sebelum waktu yang dijadualkan, dengan senyuman terukir, namun kelihatan beliau seolah - olah kepenatan, rupa - rupanya, beliau berlari ke dewan kuliah, kerana katanya, beliau tidak mahu terlewat, inilah dia IDENTITI, PERSONALITI dan PAKAR EKONOMI NEGARA !.

Bagi saya, Prof. Ungku Aziz, berjaya menunjukkan pertalian antara DEMI MASA, BERIMAN dan BERAMAL SOLEH, serta kaitan dengan EKONOMI.

MOTIVASI ISLAM - mudah dan prktikal (1)

"Bila dia bercakap, lihat pada matanya"!.

Saya pasti ramai yang berhadapan dengan situasi ini, suatu perkara yang mudah, tapi ramai yang tidak ambil peduli.

"Ahh, aku malas nak bersembang dengan dia, bila aku bercakap, mata dia melilau ketempat lain".
"Adakah awak faham dengan apa yang saya perkatakan tadi" ?.
"Awak memang tak ambil perhatian bila saya bercakap" !.
"haaa .... apa awak cakap tadi "?.

Itulah adalah ungkapan yang kita sering dengari, dimana - mana sahaja, dengan sesiapa sahaja.

Dari segi TUMPUAN, memang tiada konsentrasi,
Dari segi IKHLAS, boleh dicurigai,
Dari segi MOTIVASI, boleh melemahkan semangat orang yang didampingi,
Dari segi AGAMA, sunnah Nabi tidak diikuti,
Dari segi MORAL, memang tiada identiti yang boleh disanjungi,
Dari segi KESAN, tidak siapa yang sudi,
Dari segi HUBUNGAN KEMANUSIAAN, suatu ketika akan diketepi.

Tak kira dengan siapa kita bercakap atau berkomunikasi, pandanglah wajahnya, lihat pada matanya, dan insan yang lain akan menghargai kita.

Sambutan LEBARAN, antara PILIHAN dan KEWAJIPAN.

Setiap tahun isu ini pasti berbangkit, balik berhari raya kerumah ibubapa sendiri atau rumah mertua ?, atau yang duduk berdekatan pula, yang timbul adalah, malam raya dirumah ibubapa sendiri atau rumah ibubapa mertua.

Beberapa tahun yang lalu aku ada menerima rencana berhubung dengan perkara ini, dimana rencana itu ditulis oleh seorang ustazah, dimana penulisnya (ustazah), itu menyarankan kepada setiap wanita atau isteri supaya sentiasa taat kepada suami, dimana dalam perkara ini, seorang isteri itu jangan bertanya atau mohon kebenaran dari suami untuk berhariraya dirumah ibubapanya (rumah ibubapa isteri), tapi andai suami itu sendiri menyarankan atau menyatakan hajat untuk menyambut permulaan hariraya di rumah mertua (rumah ibubapa si isteri), maka itu adalah bonus atau jalan terbaik kepada seorang isteri itu.

Hujjahnya yang pertama, seorang isteri itu wajib untuk mentaati suami dalam apa keadaan sekalipun, melainkan untuk tujuan maksiat.

Anak lelaki adalah wajib untuk taat dan berbakti kepada ibunya sampai bila - bila, bermaksud, seorang anak lelaki itu tidak boleh menghampakan hajat dan permintaan dari ibunya sendiri, untuk berada dirumah pada hariraya.

Penentuan samada ibu dan bapa (isteri) itu akan mendapat habuan yang baik atau buruk dihari akhirat adalah bergantung kepada taatnya si anak perempuannya kepada suaminya.

Sekali pandang macam tak adil, tetapi itulah pengobanan yang harus dilakukan oleh seorang isteri untuk mendapat redha Allah. Tetapi sudahkah kita meneliti akan situasi atau ganjaran yang akan kita perolehi ?.

Sebagai contoh, apabila seorang anak (atau beberapa orang anak) lelaki, itu telah berkahwin, atau berkeluarga maka proses yang sama akan dihadapi, oleh ibunya, dimana anak itu akan tetap pulang kepangkuannya untuk bersama - sama menikmati kemeriahan hari raya.

Syukur Alhamdulillah, kerana aku tidak pernah berhadapan dengan situasi yang boleh "menggegarkan" ini, pertama, kerana isteriku sendiri telah dilatih oleh ibubapanya untuk melaksanakan kewajipan beragama dalam kehidupan seharian.

Aku pula, merasakan bahawa bukankah sesuatu yang baik untuk memberikan kebahagiaan kepada orang lain, khususnya kepada isteriku, yang selama ini telah banyak berkorban untukku, dimana kami akan bergilir - gilir dalam menyambut hariraya, jadi dia tidak perlu bertanya kepadaku, untuk menyambut permulaan hariraya dirumah orang tuanya terlebih dahulu, yang penting adalah kefahaman dalam asas agama, dan diikuti oleh persefahaman dalam kehidupan berkeluarga.

Lagipun, ibuku sendiri pernah berkata, "raya tak balik pun tak pe, sebab kalau balik pun, ramai orang datang, dan anak - anak pulak bukannya melekat kat rumah, hangpa pun bukannya dapat bersembang dengan aku, sibuk memanjang, jadi hari biasa kalau balik lagi bagus, banyak masa nak bersembang" .....


Lalu aku bertanya lagi: "bukan apa, kami takut nanti mak sedih pulak, kata kami anak derhaka ......".

Ibuku membalas: "aku tak kecik hati .... aku tak kisah, masing - masing ada keluarga sendiri, aku pun dulu macam tu lah dulu ...."....."

Bagi anak lelaki, RESTU ibu adalah perlu, bagi anak perempuan, IZIN suami adalah perlu.

Selamat Menyambut Hari Lebaran.

INUL, BUKU dan RAMADHAN

Menurut Bapak Dr. Haidar Bagir, Presiden Mizan Group, tingkah laku pembeli buku di Indonesia dan di Malaysia amat berbeza pada bulan Ramadhan.


Di Indonesia, bulan Ramadhan adalah bulan jualan buku paling rancak bagi sepanjang tahun. Pada bulan itu para penerbit betul-betul menuai hasil pelaburan mereka.


Pembelian buku di sana naik paling tinggi sepanjang Ramadhan di Indonesia. Malah masuk sahaja bulan Rajab, jualan buku mula meningkat lebih tinggi daripada sebelumnya.


Para penerbit di sana menawarkan pakej set-set buku dengan diskaun yang menarik kepada agen dan kedai-kedai buku.


Kedai-kedai buku pula sibuk mengadakan SALE buku. Mereka juga menyediakan hamper-hamper buku bagi para pelanggan mereka dengan diskaun yang menarik.


Menurut Dr. Haidar, trend membaca sepanjang bulan Rajab dan Ramadhan amat ketara sejak 10 tahun yang lalu. Ini disebabkan banyak penceramah popular di Jakarta menyarankan supaya ibadah membaca dilakukan dengan lebih aktif sepanjang bulan Ramadhan bagi menggantikan pelbagai aktiviti yang tidak sesuai dengan bulan suci itu.


Di Indonesia, sepanjang bulan Ramadhan, semua pusat hiburan tutup! Penari dangdut Inul pun memakai tudung dan pergi kelas mengaji pada bulan mulia itu.


Di Malaysia, keadaan adalah sebaliknya. Jualan buku Melayu pada bulan Ramadhan jatuh teruk! Orang Melayu membelanjakan wang mereka bagi membeli persiapan hari raya.


Entri ini dipetik dari http://ainonmohd.blogspot.com/ dengan izin.

Friday, October 06, 2006

Perancangan Puasa dan Hari Raya

Sahur;

Bagi daerah Klang, waktu bersahur adalah pada pukul 5.39, setakat ini Alhamdulillah aku sekeluarga tidak menghadapi masalah, kerana keluargaku yang tinggal berdekatan, sebelah menyebelah dan dalam satu kawasan berpagar, akan sentiasa memastikan yang semua penghuninya bangun untuk bersahur.

Dari segi makanan, pun tak ada masalah, sebabnya keluarga ku hanya akan makan roti, kurma dan susu panas, sekali - sekala saja isteriku akan masak nugget atau burger bersama french fries, itupun permintaan dari anak - anak, malah isteriku langsung tiada masalah pada waktu sahur, sebabnya dari segi makanan, memang tak banyak karenah, cuma masalahnya bila nak menggerakkan anak yang kedua dan ketiga.

Iftar;

Dari segi makanan, aku hanya boleh makan bubur kosong (tabur ikan bilis dan kicap), berbuka dengan kurma adalah kemestian, dan segelas susu panas, atau nescafe panas, sebab aku memang tak boleh minum air sejuk, dan anak - anakku juga dah biasa minum air milo panas, dari segi pengalaman, kalau anak kecil minum air panas, maka selera makan mereka akan bertambah.

Terawikh & Tadarus;

Alhamdulillah, tak dapat buat sepenuhnya, sekurang - kurangnya, buat sedikit pun jadilah, maklumlah, sebab nak menghadap anak nak periksa hujung tahun.


Persiapan Raya;

Pakaian telahpun siap dibeli & dibuat pada bulan 8 lagi, jadi tak lah terkocoh - kocoh disaat akhir, tahun ini warna temanya adalah hijau, jadi dari ayah, ibu dan anak - anak semuanya sedondon begitu ....


Kuih muih, selalunya akan dibeli 2,3 jenis saja, yang lain akan dibuat secara gotong - royong, jadi keluar modal sikit, tapi hasilnya banyak gitu ...

Cuti, tahun ini cuti hanya pada hari raya saja, sebab tahun lepas dah ambil, jadi bila kerja makan gaji ni, kenalah bertolak ansur ....

Rumah terbuka, akan dimaklumkan kelak ...