Monday, November 20, 2006

NOVELMAN

Telah acap kali aku ditegur, "hai baca novel ?".

Ya, aku baca novel.

Umurku hampir mencecah 40'an, telah berkeluarga dan mempunyai 5 orang anak.

Persoalannya, kenapa mereka bertanya ?

Adakah kerana faktor usia ?
# kebanyakan yang bertanya tidak tahu usia ku yang sebenar.

Adakah kerana aku mempunyai ramai anak ?,
# kebanyakan yang bertanya tidak tahu, aku ada berapa ramai orang anak.

Adakah kerana aku seorang lelaki ?
# Ya, tetapi adakah suatu yang aneh, pelik dan ajaib, bila lelaki membaca novel ?

Aku merasakan inilah mentaliti rakyat Malaysia yang sebenarnya.

Sebuah masyarakat yang kurang membaca, kurang mengkaji secara ilmiah, tapi bukan semuanya.

Aku, malah tidak merasa malu untuk membaca novel dimana sahaja ada waktu senggang, malah aku akan terus membaca, tetapi bukan sahaja novel, malah, semua jenis bahan bacaan, khususnya yang ilmiah, malah aku tidak gentar untuk membicarakan apa sahaja topik, dan berhujjah dengan sesiapa sahaja.

Tetapi, yang pasti aku tidak membaca novel picisan, aku juga memilih, aku hanya membaca novel yang berkualiti, yang ada segmen ilmu, yang membicarakan tentang kehidupan masyarakat dan massa.

Mana lebih baik, antara membaca novel yang mempunyai sisipan ilmu pengetahuan, dengan membaca majalah yang "membogelkan" tubuh manusia ?. Ya, inilah soalan yang kuberikan buat mereka yang sering "memperlecehkan" minat aku.

Ya, inilah juga alamat Blog aku

10 comments:

Zura@Kak Long said...

Abg long...Kak long minat dgn novel, tp sejak kebelakangan ini, kak long lebih byk mengadap tv pd masa lapang sebab mungkin penat, mungkin sbb novel skrg terlalu byk kisah cinta. Cuti sekolah ni nak pergi kedai buku bawak anak sedara yg tunggu result PMR nak belikan dia buku cerita yg tidak berkisarkan cinta semata2. Ada tajuk2 yg sesuai?

aarin said...

tidak salah lelaki membaca novel kerana ader sesetengah novel berkisahkan misteri yg cukup menguji minda seperti novel ramlee awang mursyid

zalisa maz said...

tidak salah membaca novel kerana novel juga boleh menajamkan minda. (Tapi kena bijak memilih) apa yang abang long katakan saya setuju. saya juga membaca novel.

kalau bawa title guru agama tidak manis baca novel,fikir sesetengah org. tetapi mereka lupa novel juga banyak yg bagus dan ada nilai agama di dalamnya.

Moral, jgn memperlekehkan penulis novel.

cahaya_hati said...

salam abg long,
sy pun minat bca novel.tp novel2 lani byk kisah cinta. bosan rsanya dengan jln cerita yg sama...rsa xbrkembang minda.

novel plg baru yg sy baca -"ayat - ayat cinta"

Anonymous said...

saya novel cinta nih susah sikit nak layan,

pezul

www.pezul.blogspot.com

ms izzah said...

salam hormat utk abg long....

wow ramainye anak abg long, psl soalan yg long tye mcm mana nak jwb bile anak tye psl mandi hadas....saya speechless sekejap,mana la nak tau mcm mana sbb saya ni pompuan....

ms izzah said...

mcm mana long boleh jumpe blog saya??? Oooooo.......mesti buka laman web readnetwork kan?

long ada anak yg xleh m'baca lg tak? Klu ada saya nak syorkan guna buku bacalah anakku utk bm,buku readeasy utk english...

then,long blh ikut step yg saya share dlm blog tu...

Tq

Mersik said...

Err bg long, kalu disuruh pilih antara membaca novel dengan ngeteh bersama pokcik mersik..rasa2nya apa yek yg dipilih? gegegege hik hik

violet said...

hehhe..bang long kalau dah minat pedulik apa orang kata..yang penting kita bahagia...nama pun novelman kan...kalau tak baca tak taulah..ahaks....

wanAmalyn said...

Abg Long,
kita kenal ngan roommate kita pun sbb dia baca novel. Masih ingat lagi novel pertama yg dia belikan utk kita... KEHILANGAN by Elias Hj Idris *sbb hero dia sama nama :D* diikuti oleh semua novel Elias... Tp skrg minat tu seakan dah mati dlm diri dia :( tp tak kisah jgn dia kacau hobi kita sudah... *wink*