Friday, November 24, 2006

NOVEL - SUATU KELAINAN


PERMATA HATIKU:

Kisah benar insan seni, Mior dan Izzaidah. Antara ketabahan seorang ibu dan semangat jitu seorang ayah, setiap hari adalah perjuangan demi melihat permata hati terus bernafas tanpa rasa menderita.

Aku pasti ramai yang tertanya - tanya kemana menghilangnya kedua - dua insan yang pernah memeriahkan dunia teater khususnya, tapi adakah kita tahu, punca kehilangan mereka.

Sebuah kisah yang benar - benar menginsafkan.







ZURIAT:

Novel kisah benar ini menggarapkan pahit maung kehidupan keluarga Mohammad dan Kamariah dari Kota Bharu. Segala-galanya bermula bila Amree, anak kedua pasangan ini yang berusia sembilan tahun disahkan menghidap MLD, sejenis penyakit genetik yang boleh membawa maut pada tahun 1992.

Tidak lama kemudian, Maslina anak sulung mereka pula didapati berpenyakit serupa. Ujian darah juga dibuat ke atas tiga orang lain, iaitu Affizal, Affandi dan Marhaini. Apakah hasilnya? Alangkah tergurisnya perasaan Mohammad dan Kamariah apabila mengetahui kesemua anak mereka bakal menghidap penyakit yang sama.

Hati mana yang tidak belas melihat penderitaan anak-anak yang cacat fizikal dan mental? Pasangan suami isteri itu sering berdoa supaya dikurniakan ketabahan. Namun dugaan datang menimpa lagi. Kamariah pula dibedah kerana mengalami ketumbuhan otak pada tahun 1994.

Dalam pada itu, Pakar Kanak-kanak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, memberitahu mereka tentang kaedah pemindahan sum-sum tulang untuk menyelamatkan Affandi dan Marhaini. Malangnya, usaha untuk ke Minnesota, U.S.A. itu menemui pelbagai rintangan birokrasi. Demi anak-anak yang dikasihi, pasangan suami isteri itu tidak pernah berputus asa. Mereka terus berjuang dan usaha mereka telah mendapat liputan meluas di media massa seluruh negara.

1 comment:

Aini said...

Saya berasal dari Singapura. Baru-baru ini, saya membaca sebuah novel yang cukup menyayat hati berjudul 'Zuriat' karya Norzailina NOrdin. Novel ini benar-benar menyentuh perasaan saya. Saya ingin sekali mengetahui perkembangan terkini keluarga malang tersebut. Daripada laman penulis, saya mendapati hanya anak bongsu mereka saja yang masih hidup. Bagaimanakah keadaan anak bongsunya kini? Juga, apa yang berlaku kepada Kamariah ? Sudahkah dia sembuh daripada penyakitnya ? Saya sanngat berharap agar seseorang boleh menjawab kemusykilan saya. Saya ingin sekali menderma dan bertemu dengan keluarga ini terutama sekali Kamariah yang saya tabik akan semangatnya yang cukup waja. Sesiapa yang tahu akan hal ehwal terkini keluarga ini, harap emel kepada saya di alamat wnorain@yahoo.com.sg Terima kasih