Monday, November 06, 2006

DUGAAN di Bulan SYAWAL

Sejak pulang dari berhari raya dikampong, hinggalah ke hari Khamis, anakku yang kedua, berumur 9 tahun mengadu sakit perut yang berpanjangan, ke hospital sudah, ke klinik sudah, namun tidak nampak tanda akan pulih, sakitnya sekejap datang dan sekejap hilang.
Akhirnya, aku terpaksa membawanya ke Hospital, pada malam Juma'at yang lalu, ini berikutan sakitnya yang kelihatan lebih teruk, bahagian abdomennya, langsung tidak boleh disentuh.
Dari jam 9 malam hinggalah ke jam 12.30 pagi keesokannya, barulah nombor gilirannya tiba, maklumlah, bahagian KECEMASAN, bak kata orang "kalau tak putus kepala, atau putus tangan, jangan harap dapat masuk awal"
Tapi aku juga tak salahkan pihak Hospital, kerana pada malam itu, pesakit punyalah ramai, dan yang kritikal juga tidak boleh dikira lagi.
Alhamdulillah, kakitangan Hospital menjalankan tugas mereka dengan penuh kesabaran dan bersikap profesional, walaupun aku terlalu letih dek kerana menunggu, namun akhirnya, terlerai juga dengan keramahan dan senyuman yang dilemparkan oleh petugas Hospital.
Sewaktu Dr. yang bertugas menyatakan bahawa pihak Hospital terpaksa menahan anakku diwad, aku tidak terkejut, kerana sudah menduga sedari awal, dan segala persiapan telah dibuat, khususnya untuk aku "tidur" bersama - sama anakku.
Pemeriksaan terperinci dilakukan ke atas anakku, dari ujian najis, ujian urine, hinggalah ke ujian darah selama 3 hari aku "menginap" di Hospital.
Alhamdulillah, semuanya ok, cuma laporan yang ku perolehi menyatakan bahawa, ususnya kemungkinan dijangkiti kuman, dan telahpun dibersihkan / dinyahkan.
Dikesempatan ini juga, aku ingin merakamkan ucapan Terima Kasih kepada semua sahabat dan rakan, yang telah menghubungiku, dan ada yang menghantar sms, dan emel, mendo'akan kesejahteraan buat anak ku.

4 comments:

yus said...

Semoga anak Abg Long segera sembuh.

nieys said...

Nasib baik semuanya dah OK.. :)

kakZ said...

alhamdulillah, dah sembuh. semoga tak dijangkiti lagi.

salam kenal, baru 1-2 minggu jengok ke belog abanglong ni. amat menarik ngan isu yang ditimbulkan dengan bahasa santai.

sharifah said...

syukurlah, semoga kita senangtiasa dilindungi dalam kesejahteraanNYA. Amin.