Wednesday, November 08, 2006

GASTRIK


Semakin ramai yang menghidap penyakit GASTRIK pada hari ini, penyakit ini berpunca dari beberapa sebab, amalan pemakanan yang tidak seimbang, tidak makan pada waktunya, memakan makanan yang mengandungi terlalu banyak bahan perisa dan perwarna, merokok, mengambil bahan minuman berkarbornat dan berkafein.


Gastrik akan muncul selepas jarak waktu yang tertentu, maksudnya, GASTRIK tidak akan menyerang serta - merta, selepas kita melakukan perkara diatas, tetapi akan "diam" selama beberapa tempoh, dan bila matang, barulah ia datang, maka seseorang pesakit itu akan sukar untuk pulih.


Inilah yang aku alami sekarang, walaupun telah melakukan ENDOSKOPI, iaitu pembedahan kecil, yang dilakukan dengan memasukkan wayar melalui rongga mulut. Wayar tersebut mempunyai tiga talian - 1) Wayar penyuluh (bertujuan untuk mencerahkan kawasan dalaman dan mencari tompok gastrik), 2) Gunting (alat ini akan memotong dan "menelan" bahan gastrik), 3) Filem.


Nak bercerita lebih, aku bukannya Doktor, tapi yang pasti, hari ini adalah hari yang paling tidak selesa, walaupun sakit tetapi aku memaksa diriku untuk berkerja, bukannya tergolong dalam golongan orang yang terlalu rajin, tapi beban tugas yang terlalu banyak.


Hanya ubat penahan sakit yang mampu untuk menampung kehilangan tenaga akibat sakit.


Moral of the story: MAKANLAH MAKANAN YANG SEIMBANG, DAN MAKAN PADA WAKTUNYA.

1 comment:

Anonymous said...

Kesiannya Abang Long...ingat anak saja yg kurang sht...Abang Long juga ya...tak mengapalah...ada hikmah utk Abang Long sekeluarga. Moga mendapat kesihatan seperti sediakala dlm waktu yang singkat ni.
salmah minta maaf ya...jika ada kata2 yg ditulis dlm blog Abang Long menyinggung hati dan perasaan yg empunya.
Take care and get well soon.