Friday, December 29, 2006

SELAMAT HARI JADI BUAT ISTERIKU

Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran, buat MU:

Wahai Kasihku, Wahai Temanku, Wahai Penawar Rinduku, Wahai Inspirasiku, Wahai Teman Hidupku, Wahai yang sentiasa Ku Rindui, Wahai yang selalu Ku Sayangi, Wahai yang sentiasa Ku Cintai ...... buat MU, Wahai ISTERIKU.

Abang tidak pandai bermadah, Abang tidak mampu bersyair, Abang tidak arif bersajak.

Setia dan kesetiaan, Jujur dan kejujuran, Ikhlas dan keikhlasan, hanya itu yang mampu Abang berikan buatmu wahai SAYANG.

Sesungguhnya, itulah NADI CINTA KITA:

Tercipta perasaan
Dikelopak nan murni
penantianku kan berakhir

Mengharum bunga kasih
Dalam jambangan hati
Inginku beri kepadamu

Dalam dakapan sepi
Dalam dahaga kasih
Kehadiranmu ku tunggu

Cinta terjalin mesra
Indah menghias kalbu
Engkau permata yang bersinar

Degup nadi cintaku yang kerinduan ini
Bagai bara yang beralun...
Betapa pengertian terhadap impianku
Engkau kasih engkau sayangku abadi

4 comments:

Anonymous said...

selamat hari jadi juga untuk isteri abg long...moga ditetapkan iman , sihat tubuh badan, rezeki seadanya...dan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Usiamu bertambah, kita masih melangkah
menyusuri jalan yang kita tidak tahu hujungnya
usaha kita untuk saling mengenal
juga tidak pernah terhenti
kerana tiap yang kita lalui
ada berbagai cara dan ragam dugaannya

Anonymous said...

moga kau dan dia dalam pelukan rahmatNya
moga kau dan dia kekal bahagia selamanya
moga kau dan dia saling mencinta
moga kau dan dia dipanjangkan usia...

~zalisa maz~

Unknown said...

Selamat Hari Jadi Isteri Abang Long... huhu.. supaya panjang umur dan murah rezeki. amin...

karl Firdaus said...

Abang Long,

Karl juga mengambil kesempatan ini untuk ucapkan selamat hari lahir untuk isteri tercinta abang Long. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Amin