Friday, October 06, 2006

Perancangan Puasa dan Hari Raya

Sahur;

Bagi daerah Klang, waktu bersahur adalah pada pukul 5.39, setakat ini Alhamdulillah aku sekeluarga tidak menghadapi masalah, kerana keluargaku yang tinggal berdekatan, sebelah menyebelah dan dalam satu kawasan berpagar, akan sentiasa memastikan yang semua penghuninya bangun untuk bersahur.

Dari segi makanan, pun tak ada masalah, sebabnya keluarga ku hanya akan makan roti, kurma dan susu panas, sekali - sekala saja isteriku akan masak nugget atau burger bersama french fries, itupun permintaan dari anak - anak, malah isteriku langsung tiada masalah pada waktu sahur, sebabnya dari segi makanan, memang tak banyak karenah, cuma masalahnya bila nak menggerakkan anak yang kedua dan ketiga.

Iftar;

Dari segi makanan, aku hanya boleh makan bubur kosong (tabur ikan bilis dan kicap), berbuka dengan kurma adalah kemestian, dan segelas susu panas, atau nescafe panas, sebab aku memang tak boleh minum air sejuk, dan anak - anakku juga dah biasa minum air milo panas, dari segi pengalaman, kalau anak kecil minum air panas, maka selera makan mereka akan bertambah.

Terawikh & Tadarus;

Alhamdulillah, tak dapat buat sepenuhnya, sekurang - kurangnya, buat sedikit pun jadilah, maklumlah, sebab nak menghadap anak nak periksa hujung tahun.


Persiapan Raya;

Pakaian telahpun siap dibeli & dibuat pada bulan 8 lagi, jadi tak lah terkocoh - kocoh disaat akhir, tahun ini warna temanya adalah hijau, jadi dari ayah, ibu dan anak - anak semuanya sedondon begitu ....


Kuih muih, selalunya akan dibeli 2,3 jenis saja, yang lain akan dibuat secara gotong - royong, jadi keluar modal sikit, tapi hasilnya banyak gitu ...

Cuti, tahun ini cuti hanya pada hari raya saja, sebab tahun lepas dah ambil, jadi bila kerja makan gaji ni, kenalah bertolak ansur ....

Rumah terbuka, akan dimaklumkan kelak ...

3 comments:

Anonymous said...

Abang long...seronoknya tinggal berdekatan dgn keluarga...
salmah pun ada migrain juga...tp x blh minum...nescafe...sbb kandungan caffeine yg berlebihan...mknan yg ada MSG lg lah menambahkan mudarat...dktr mmg nasihatkan untuk cb hindarkan. klu dia dah dtg...ya ampun...

Mersik said...

Pokcik pun rasa cam ada migrane gak. Agak2 tak makan popia, pening dia dtg..agak2 tak makan popia, pening dia datg..alahaii..siksa gitu..

Haa! Apa ?? bukan migrane aa.? Hiyaa..Abih tu, apa ?

Erks.! mengidam aaa..? kekeke hik hik gegegegege..alahaii

Anonymous said...

mersik...tu bkn mengidam....org ngidam dpt sikit ok dah...klu dah sampai hr2...lebih tuuuu...mmg sah lah kena cari jodoh suku sakat pembuat dan pembekal popia baju sirap...

abang long...baik abang long tolong jenguk2kan...parah dah kes mersik ni...

khik khik khik khik...