Tuesday, October 03, 2006

10 hari pertama.

10 hari pertama bulan Ramadhan telahpun berlalu pergi, dan takkan kembali lagi, pejam celik, pejam - celik, tak terasa masa begitu cepat dan pantas berlalu, rasanya baru sebentar tadi bercakap dengan isteri, "esok kita dah mula berpuasa", disaat ini, ketika aku mula mengarang sesuatu untuk n3, umat Islam telahpun menjalani ibadah puasa selama 10 hari.

Tahun ini, keluarga aku telah bertambah seorang lagi, si kecil tu, nasib baik tidak meragam, waktu kami berbuka, dia akan berada didalam kereta sorong, dan berada disebelah ibunya, dan bila waktu bersahur, dia tidur nyenyak.

Syukur alhamdulillah, aku dapat menjalani ibadah tanpa sebarang kesulitan, tak ada serangan "gastrik" ataupun "migrain".

Sepanjang bulan puasa ini, setakat hari ini, aku hanya berbuka dengan buah kurma dan segelas susu panas, lepas tu baru, aku "menghadap" bubur nasi (kosong), ditabur ikan bilis dan sedikit kicap, nak buat macam mana, itu sahaja makanan yang aku mampu "telan" dan terpaksa "telan". Kerana dari pengalaman aku, inilah makanan yang paling sesuai untuk tubuhku yang ada gastrik dan migrain.

Bersahur pula, aku hanya makan kurma, dan roti serta susu, lepas tu telan ubat, cukup .....

Dari sudut ekonomi, aku mampu "mengawal aliran tunai keluar" disepanjang bulan Ramadhan ini, syukur Alhamdulillah.

1 comment:

nor ash burn said...

novelman, sy klu blh nk berekonomi mcm awak jgk pd bulan puasa ni. tp klu dpt jiran2 yg hari2 hantar juadah ke rumah dn awak terpaksa balas, blh berekonomi ke? berbuka puasa di rumah ibarat berbuka di hotel lima bintang. pelbagai juadah ada. dr bubur lambok, kuih-muih, mi sampai kpd nasi briani. jgn tanya mana sy sumbat semua tu. yg sy tahu keadaan mmg parah masa puasa ni. mmg ramai nk kejar pahala beri makan kpd org yang berpuasa. tp klu dh melambak makanan, mcm mana ek?