Tuesday, October 31, 2006

Talian KASIH


Telefon bimbit berbunyi, lalu rakan lelaki aku melihat nombor pemanggil pada skrin, dengan kening yang dan dahi yang berkerut seribu lalu terus menjawab, dan dalam nada serius, serta suara yang agak kasar:





Rakan Lelaki: "ha..."
Pemanggil: ?
RL: "bila.."
Pemanggil: ?
RL: "nantilah....abang tengah sibuk ni ..."
Pemanggil: ?
RL: "ok, ok"!.

Panggilan diputuskan, lalu aku bertanya, siapa tu ?

Rakanku menjawab: "bini aku".

Aku diam membisu, hmmmm .... beginikah caranya seorang suami menjawab panggilan dari isterinya ?

Kalau sebelum berumahtangga, seorang lelaki itu boleh menjawab panggilan dari teman wanita atau tunang dengan lembut, romantik, penuh kasih sayang, kenapa bila sudah bertahun - tahun berumahtangga, cara menjawab panggilan dan intonasi perlu diubah ?

Kalau sebelum berumahtangga, seorang lelaki itu boleh berbual lama dengan teman wanita atau tunang, kenapa bila sudah berumahtangga, panggilan it mesti dipendekkan ?

Maaf, n3 ini agak condong kepada mengkritik kaum lelaki, dan maaf juga, aku belum pernah mengalami situasi sebaliknya, bila si isteri pula yang menjawab panggilan, tapi terimalah n3 ini sebagai indeks petunjuk untuk menjadi bahan renungan bersama.

4 comments:

Anonymous said...

memang lelaki yang dah berkawin suka jawab call macam tu tambahan call tu dari isteri..orang tanya pun jawab 'bini aku'..kalau tak nak kata 'isteri aku' kata 'orang rumah aku' pun kira baik sikit dari 'bini aku'...aku tengok kengkawan lelaki aku pun jawab macam tu jugak tapi kawan-kawan perempuan tak pulak jawab call dari suami diaorang sekasar itu..mungkin pun tak suka suami call tapi masih boleh cakap elok-elok dan kalau orang tanya siapa yang call paling tidak diaorang akan jawab 'cik abang aku' so sedap la sikit dari apa yang dikatakan dari lelaki..memang lelaki macam tu kot..masa belum 'dapat' memang la lembut gigi dari lidah dah 'dapat' semua terbalik....semuanya keras...lidah pun leh jadi lagi keras dari gigi tau..

Unknown said...

lelaki yg tidak tahu menghargai isteri. tetapi si lelaki tetap menuntut isteri menghargainya. sedih bukan? di manakah keadilan?

Anonymous said...

Abanglong, suka dengan n3 ini. Walaupun abang long lelaki tetapi tidak pro pada mana-mana pihak.. adil dan saksama..
:)

Anonymous said...

adakah kerana hilangnya kasih sayang atau kurangnya pemahamam...saya juga pernah terdengar yang si suami boleh tak bercakap dan bertegur sapa dengan isteri bila berada dirumah, masing2 buat hal masing2...boleh ke hidup macam tu? saya kalau tak bercakap dengan suami rasa macam nak gila....tak tahulah macam mana pandangan orang lain...