Thursday, October 26, 2006

TEMAN BLOGGERS sentiasa diingatan.

Sewaktu n3 ini ditulis, hari raya telah masuk hari ketiga, sambutan Alhamdulillah begitu meriah, seawal jam 9 pagi, usai solat Aidilfitri, terus sahaja aku dan seluruh kaum kerabat mengadakan program ziarah dan mengunjungi sahabat handai yang terdekat.

Sewaktu program kunjung - mengunjungi itulah, aku terfikirkan sahabat - sahabat internet, sahabat - sahabat yang masih dialam maya, dimana ada yang pernah bersua, dan masih terlalu ramai yang belum pernah bertemu secara langsung, hatta ada yang tidak kuketahui, dimanakah lokasi mereka.

Sebenarnya, sedari awal, sewaktu aku melangkah ke alam maya, kealam internet, atau lebih tepat ke dunia Blogger, aku telah berazam untuk menggunakan teknologi ini untuk berinteraksi secara jujur, disamping untuk berkenalan dengan pelbagai rencam manusia, untuk pelbagai perkara yang baik dan makruf.

Kerana itulah, aku tidak mahu untuk merahsiakan identiti diriku yang sebenar, aku lebih banyak "menceritakan" tentang keluarga dan anak - anakku, tentang kerjaya, tentang pola pemikiran, tentang aktiviti dan sebagainya, bagi diriku, biarlah mereka yang mahu menjadi sahabatku, mengenali diriku yang sebenar.

Asas pemikiranku cukup mudah, sekali aku menipu, maka kepercayaan insan lain kepada diriku akan hilang, begitu juga dengan kata - kata, "dunia ini kecil sahaja".

Dikesempatan ini, seperti diperenggan pertama ayat ini, aku teringatkan sahabat - sahabat Bloggers yang masih dialam siber, seperti nieys, CT, violet, mamajambu, huda, Nur Raina Afsana, mamaerra, Ms_Berry, Qaseh, infa, zura, retna, zaiful, kasih, dan ramai lagi.

Hakikatnya, walaupun aku telah berusia, namun dalam dunia Blog, aku masih terlalu baru, dan mereka lebih jauh lebih berpengalaman, itu yang kuperlukan.

6 comments:

ms_b3rry said...

kata org, blog ni cerminan diri bloggernya. :)btw, im glad to have "met" and get to know u abglong :)

mersik said...

Oooo pokcik dipondok buruk hujung kg tu lupa ke..adehhhs..

Anyway, salam dari kg aa..hik hik ( masih lagi di kg, sok lusa alik la sah alam. Leh ngeteh lagii kekekek)

salmah said...

siannnn mersik...ish ish ish
abang long...umur tua tapi muda....
muda tapi dah berumur....

zalisa maz said...

menarik en3 u kali ini. berterus terang dan nampak jujur. senang hati kiranya dapat berkawan dgn u.

eymanhykal said...

Benar kata Zalisa tu, Abang Long. Elok kita jujur. Kejujuran itu akar wibawa.

zura said...

Kejujuran itu yang amat diperlukan. Kejujuran juga menjadi prinsip kak long semasa bercerita di blog.