Wednesday, October 11, 2006

Sambutan LEBARAN, antara PILIHAN dan KEWAJIPAN.

Setiap tahun isu ini pasti berbangkit, balik berhari raya kerumah ibubapa sendiri atau rumah mertua ?, atau yang duduk berdekatan pula, yang timbul adalah, malam raya dirumah ibubapa sendiri atau rumah ibubapa mertua.

Beberapa tahun yang lalu aku ada menerima rencana berhubung dengan perkara ini, dimana rencana itu ditulis oleh seorang ustazah, dimana penulisnya (ustazah), itu menyarankan kepada setiap wanita atau isteri supaya sentiasa taat kepada suami, dimana dalam perkara ini, seorang isteri itu jangan bertanya atau mohon kebenaran dari suami untuk berhariraya dirumah ibubapanya (rumah ibubapa isteri), tapi andai suami itu sendiri menyarankan atau menyatakan hajat untuk menyambut permulaan hariraya di rumah mertua (rumah ibubapa si isteri), maka itu adalah bonus atau jalan terbaik kepada seorang isteri itu.

Hujjahnya yang pertama, seorang isteri itu wajib untuk mentaati suami dalam apa keadaan sekalipun, melainkan untuk tujuan maksiat.

Anak lelaki adalah wajib untuk taat dan berbakti kepada ibunya sampai bila - bila, bermaksud, seorang anak lelaki itu tidak boleh menghampakan hajat dan permintaan dari ibunya sendiri, untuk berada dirumah pada hariraya.

Penentuan samada ibu dan bapa (isteri) itu akan mendapat habuan yang baik atau buruk dihari akhirat adalah bergantung kepada taatnya si anak perempuannya kepada suaminya.

Sekali pandang macam tak adil, tetapi itulah pengobanan yang harus dilakukan oleh seorang isteri untuk mendapat redha Allah. Tetapi sudahkah kita meneliti akan situasi atau ganjaran yang akan kita perolehi ?.

Sebagai contoh, apabila seorang anak (atau beberapa orang anak) lelaki, itu telah berkahwin, atau berkeluarga maka proses yang sama akan dihadapi, oleh ibunya, dimana anak itu akan tetap pulang kepangkuannya untuk bersama - sama menikmati kemeriahan hari raya.

Syukur Alhamdulillah, kerana aku tidak pernah berhadapan dengan situasi yang boleh "menggegarkan" ini, pertama, kerana isteriku sendiri telah dilatih oleh ibubapanya untuk melaksanakan kewajipan beragama dalam kehidupan seharian.

Aku pula, merasakan bahawa bukankah sesuatu yang baik untuk memberikan kebahagiaan kepada orang lain, khususnya kepada isteriku, yang selama ini telah banyak berkorban untukku, dimana kami akan bergilir - gilir dalam menyambut hariraya, jadi dia tidak perlu bertanya kepadaku, untuk menyambut permulaan hariraya dirumah orang tuanya terlebih dahulu, yang penting adalah kefahaman dalam asas agama, dan diikuti oleh persefahaman dalam kehidupan berkeluarga.

Lagipun, ibuku sendiri pernah berkata, "raya tak balik pun tak pe, sebab kalau balik pun, ramai orang datang, dan anak - anak pulak bukannya melekat kat rumah, hangpa pun bukannya dapat bersembang dengan aku, sibuk memanjang, jadi hari biasa kalau balik lagi bagus, banyak masa nak bersembang" .....


Lalu aku bertanya lagi: "bukan apa, kami takut nanti mak sedih pulak, kata kami anak derhaka ......".

Ibuku membalas: "aku tak kecik hati .... aku tak kisah, masing - masing ada keluarga sendiri, aku pun dulu macam tu lah dulu ...."....."

Bagi anak lelaki, RESTU ibu adalah perlu, bagi anak perempuan, IZIN suami adalah perlu.

Selamat Menyambut Hari Lebaran.

1 comment:

salmah said...

Abang long...dlm hal ni, salmah setuju sgt. mmg seharusnya...tak perlulah berbalah nak blk kg siapa dulu di musim raya...yg penting, kekalkan suasana harmonis dlm keluarga...apabila seorang gadis sudah menerima ijab dan kabul, sekaligus mendapat gelaran isteri kepada lelaki suami...sesungguhnya...anak gadis itu sudah jauh langkahnya dari ibubapa...insyaAllah...suami yg beriman dan pekerti mulia...tidak sesekali menggunakan vito suami untuk aniaya isteri dan keluarganya.....redha suami perlu utk mendapat keredhaan Allah...betapa mulianya wanita dimata Allah dan Nabi SAW...walaupun suami bapa mendapat hak sepenuhnya terhadap keluarga, kaum ibu dan wanita mendapat penghormatan yg tidak ternilai....kita saling memerlukan.