InsyaAllah, pada 24hb Oktober ini, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya 'Aidilfitri, atau Hari Lebaran.
Pelbagai persiapan telah diatur dari segenap segi, dari individu, keluarga hinggalah ke peringkat negara.
Blog ini tetap akan terus bersiaran, kerana pemiliknya - Abang Long - tidak bercuti, malah pada hari raya pertama, selepas sembahyang hari raya, abang long akan masuk bertugas, almaklumlah, bekerja dibahagian Operasi, lagipun tahun lepas abang long dah raya sakan, 11 hari lamanya.
Jadi untuk memberi keadilan kepada semua, maka pada tahun ini giliran abang long pula untuk berkerja pada hari raya, nak kata sedih tak juga, sebab bukannya kena duduk dipejabat sepanjang hari, cuma datang sekejap buat pemantauan, kalau tak ada masalah, masih boleh "lari - lari" begitu, lagipun rumah tak jauh dari pejabat, dan bukannya nak pergi beraya jauh dari kawasan, dan seperkara yang paling penting, semua pergerakan dalam pemantauan Ketua .... "if you want to go for hari raya, just go for it, make sure of your safety, especially on the road, but please make sure, don't ever go out over the limit, in case if the is any urgent matter, then you can be reach easily".
Bukan satu perkara yang asing, dan tidak janggal, apabila ada staff, yang berbaju melayu pada hari tersebut.
Dikesempatan ini, diruangan ini, abang long menyusun jari memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung yang sudi ke Blog Abang Long, jika sepanjang abang long menulis ini, ada pihak yang terasa hati atas segala kata - kata dan teguran yang abang long berikan.
Akhir kata dari abang long untuk n3 pada kali ini, Sambutlah Hari Lebaran bersama keluarga tersayang, dengan penuh kegembiraan.
Amaran Keras : BERHATI - HATI DIJALANRAYA !!!
Abang Long sentiasa mendo'akan yang terbaik buat semua. Salam SAYANG.
2 comments:
salam aidilfitri buat abg long sekeluarga.mcm na dgn persiapan hari raya ni? ct mohon maaf andai ada salah dan silap
Salam aidilfitri..bkn kerja namanya kalau boleh kuar2 nie tetapi selalunya anak2 mahukan kehadiran ibubapa di pagi raya utk memohon maaf...
Post a Comment