Wednesday, October 04, 2006

MAGNI NOMINIS UMBRA



SEKOLAH MENENGAH KING EDWARD VII,
TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN.

MOTTO: MAGNI NOMINIS UMBRA


SCHOOL SONG
King Edward’s will live forever
As long as the Taiping Hills stand
King Edward’s will shine forever
For the glory of this land
In this year of our victory
We are proud of the days of yore
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before
The Tigers roar loud and full
Magni Nominis Umbra
The motto of our great school
Magni Nominis Umbra
Edwardians old and young tigers
Let’s unite in a song of glee
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free


Sejarah sekolah King Edward VII bermula pada Julai 1883 dengan penubuhan Central School atau Sekolah Pusat. Penubuhan ini adalah berpunca daripada perkembangan pesat perlombongan bijih timah terutama di Kamunting. Bermula cuma dengan 13 orang murid pada Julai 1883 bilangan itu bertambah menjadi 55 orang pada akhir tahun 1884.

Pada tahun 1885 sebuah gelanggang jimnastik dibina di Sekolah Pusat itu. Perkembangan Sekolah Pusat itu menimbulkan keperluan untuk bangunan dan kawasan baru yang lebih luas dan kawasan yang dipilih ialah tempat terletaknya Sekolah Rendah King Edward (1) sekarang. Bangunan-bangunan baru yang bermula pada 1904 dan siap pada 1905 iaitu menelan kos 93,000.

Mr. R.F. Stainer, guru besar kedua Sekolah Pusat telah mencadangkan nama Sekolah Pusat ditukar kepada Sekolah King Edward VII bersempena dengan pertabalan King Edward VII yang menaiki takhta England pada 1901 selepas kemangkatan Queen Victoria. Warna merah dan hitam dipilih menjadi warna bendera sekolah. Merah melambangkan keberanian dan kemegahan, hitam melambangkan perpaduan yang utuh.

Sekolah King Edward VII dirasmikan oleh Y.T.M. Sultan Perak pada tahun 1905 dimana jumlah pelajar pada masa itu ialah 434 orang.