Tuesday, June 30, 2009

KISAH SEKS (5) NAFSU MATI


Menangis kerana Nafsu.


Setelah lebih dari dua minggu berada di Singapura atas urusan kerja. Akhirnya suami aku pulang kerumah. Sepanjang suami aku berada disana, aku tidak putus - putus berdoa agar suamiku sentiasa berada didalam keadaan sihat dan selamat.


Aku masih ingat, sebelum ke Singapura, aku berada didalam keadaan haid. Ini bermakna hampir 3 minggu, suami aku tidak dapat memenuhi tuntutan syahwatnya. Tetapi, Alhamdulillah, suami aku kelihatan seperti dapat mengawal nafsunya.


Dan kejadian yang berlaku pada malam itu, tidak akan dapat aku lupakan sepanjang hayat aku. Suami aku seperti seekor kucing yang benar - benar 'kelaparan.' Namun yang pasti aku sudah kehilangan tenaga akibat urusan pejabat yang benar - benar meletihkan.


Aku sudah tidak bermaya, aku sudah terlalu letih dan hilang tenaga, aku sudah kehilangan semangat untuk melayan tuntutan nafsu suami aku sendiri.


Sewaktu suami aku mengusap rambutku, aku biarkan sahaja. Sewaktu suami aku mencium leherku, aku buat tak peduli. Sewaktu jari jemari suami aku sdang menuju ke sasarannya, tiba - tiba sahaja aku menepis !


"Abang ni ... saya penatlah ! Aku melepaskan kemarahan aku dan terus menepis tangannya dari menyentuh tubuh ku.


Aku mendengar dengusan marah suami aku. Tetapi, aku peduli apa ! Aku terlalu letih.


Suami aku terus berbaring dan membelakangi aku. Suami aku tidur dalam kekecewaan yang teramat sangat.


Esoknya, tepat jam 6 pagi. Jam loceng berbunyi dengan bingitnya. Aku terjaga dan terus masuk kedalam bilik air untuk mandi, dan terus berwuduk.


Sewaktu aku keluar dari bilik mandi, aku melihat suami aku masih 'nyenyak' tidur. Aku gerakkan tubuhnya. Masih tidak terjaga. Aku biarkan sahaja. Aku terus bersolat Subuh.


Usai bersolat, aku terus menghampiri tubuh suami aku dan mengerakkan tubuhnya. Namun, aku terasa satu kelainan yang teramat sangat. Wajahnya kelihatan pucat dan seperti ada buih dibahagian bibirnya.


Aku kaget sebentar. Tidak tahu hendak buat apa. Setelah 10 minit masa berlalu, aku masih menggerakkan tubuh suami aku, dan aku cuba mendengar degup jantungnya. Tidak ada sebarang tanda. Aku semakin resah.


Tiba - tiba aku teringat kepada seorang sahabat aku yang merupakan seorang Doktor dan tinggal selang dua buah rumah dari banglo aku. Aku menghubunginya. Sahabat aku tiba hampir 15 minit selepas itu.


Nadi suami aku terus diperiksa. Setelah beberapa minit kemudian. Sahabat aku dengan wajah tenang meminta aku supaya banyak bersabar.


Aku terus meraung semahu - mahunya ... dan terus merangkul 'tubuh' suami aku yang telah pergi buat selama - lamanya.


# Kisah ini diceritakan oleh seorang Ustazah di kawasan tempat tinggal aku dalam satu siri kuliah.

19 comments:

izman said...

Innalillah!

tentu si isteri kesal karana membuat suami kecil hati.

Anonymous said...

Huhu... betapa kesalnya isteri dia...

Luth Textile said...

kesian..

Nukilan ida said...

kesiannya

Kujie said...

kesalnya.... patut kena fahamlah dah 3 minggu tu

pB said...

takut sgt sgt

kak ila said...

masa mula baca seakan lucah, rasa nak tinggalkan je N3 abang long. benci! rasa mual,tapi mujur dibaca sampai ke anding. innalillah...

DaliaLiyana said...

kalau jd camtu...si isteri dosa tak??

attyfir said...

dah penah baca..sgt menyesal sang isteri

chekgu Bani Hassim said...

erm...
harapnye dosa si isteri diampunkan laa...

Anonymous said...

berdosa jika tidak diredhai oleh suami..

aNIe said...

Abg Long...pernah terbaca kisah ini...

Harap2 para2 isteri tak akan berbuat begitu kerana sesal kemudian tiada berguna...

cendawanintim said...

mesti kesal tak sudah...

zara aluwi said...

Kepada wanita yang bergelar isteri, redhalah dengan kehendak suami. Jangan sampai menyesal tak sudah.

Masy said...

menyesal tak sudah.. kesian suami huhuh

maza said...

perkh!

inalilah. menyegat sungguh cerita ini

huhuhu

ckLah @xiiinam said...

Aruah nenek pernah cerita kisah begini masa ckLah nak nikah dulu....


Masa tu tak faham...
Dah kawin baru faham...

Don.... said...

kesian betul....
ini la salah satu sebab kenapa suami cari perempuan lain....

Unknown said...

Oh. Rupanya entri ni dah lama dan disegarkan semula baru baru ni.