Friday, July 03, 2009

Terjemahan Muqaddam JUZ AMMA

Terjemahan Muqaddam JUZ AMMA.


Sebuah buku atau kitab terkini yang diterbitkan oleh KARYA BESTARI SDN. BHD. Sebuah kitab terjemahan kepada surah didalam Al Quran.


Surah yang dicetak begitu jelas dan terang. Kemudian diikuti dengan terjemahan didalam:


1 - BAHASA MELAYU.
2 - BAHASA INGGERIS.
3 - JAWI.


Dan diikuti dengan perkataan atau ayat yang ditulis satu persatu dan diikuti dengan nombor dibahagian bawah ayat itu untuk memudahkan pembaca mengikuti hukum tajwid.


Buku terjemahan ini begitu sesuai untuk semua golongan. Samada baru hendak membaca hinggalah kepada peringkat memahirkan pembacaan.


Diruangan ini ingin dimaklumkan bahawa. Abang long mengambil peluang untuk menyebarluaskan kelebihan yang ada pada buku ini untuk kegunaan, fadhilat dan kepentingan seluruh umat Islam.


Maka, jika ada sesiapa yang berhasrat untuk memiliki buku ini, silalah berhubung dengan Abang Long. Bagi mereka yang menetap dikawasan Klang, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Pandamaran, Bukit Tinggi, Pelabuhan Utara. Maka penghantaran adalah PERCUMA !


Bagi yang ingin memiliki lebih dari sebuah, maka diskaun akan diberikan. Mengikut budi bicara.


Dan bagi yang berhajat untuk bersedekah, infak atau ingin menyumbangkan buku ini kepada surau, masjid, pejabat atau hendak diwakafkan kepada mana - mana pusat Tahfiz Al Quran sekitar - Klang, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Pandamaran, Bukit Tinggi, Pelabuhan Utara. Maka, sila berhubung dengan Abang Long. Abang Long akan membuat penghantaran secara PERCUMA.


Bagi Abang Long. Buku ini perlu dimiliki oleh setiap umat Islam. Begitu bernilai ilmu didalamnya. Malahan kualiti kertas buku ini begitu tinggi.


Dari kajian yang telah dibuat selama beberapa hari ini. Ramai pembeli menyatakan kekaguman dengan ISI KANDUNGAN, KUALITI PRODUK (dimana kualiti kertas dan kulitnya begitu baik dan mempunyai ciri - ciri sebuah kitab yang mewah) dan ramai yang telah tersalah dalam meneka harganya. Dimana, pembeli mengagak harganya sekitar RM50 dan keatas.


Sedangkan hakikatnya, harganya cuma RM30 SAHAJA. Mempunyai sebanyak 296 halaman. Yang pasti semua orang berupaya memilikinya.


Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jadikan Al Quran sebagai TEMAN SEJATI YANG MESRA.


Sila berhubung dengan Abang Long dengan mengirimkan emel ke -


mohamad.feroz@gmail.com



Petikan dari sumber Laman Web ALAF 21.

# Gambar foto disebelah disiarkan dengan IZIN dari pihak ALAF 21.


TERJEMAHAN MUQADDAM (Juz Amma) Secara Lafziyah (Melayu-Inggeris-Jawi) berserta tajwid merupakan sebuah buku panduan mudah untuk mempelajari cara membaca dan memahami al-Quran. Terjemahan yang dibuat di dalam buku ini merangkumi dua bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan tulisan jawi. Hukum tajwid yang dibincangkan disusun secara sistematik dan disertakan penerangan ringkas mengenainya.



Para pembaca yang ingin mendalami makna dan hukum tajwid adalah dinasihatkan untuk berguru dengan guru yang bertauliah dan menjadikan buku ini sebagai bahan rujukan bagi memudahkan proses pembelajaran. Buku ini juga telah mendapat perakuan kesahihan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).



10 comments:

silversarina said...

Semalam baru duk cari buku yang macam ni tapi tak jumpa kat kedai buku kecik kat sini. Nanti akak emel abang long ye.

maklang said...

maklang nak 2 beli buah, abang long...nanti kasi tau berapa ye.

tq

yginsaf4 said...

salamm abang long itteww..

Nek Cun said...

Salam Adinda Long... nanti nekcun e-mail ya...

xiiinam said...

Assalamualaikum...

Abang Long sihat?

ckLah baru beli buku ni dalam Bazaar Baca selama dua hari di sekolah ckLah baru-baru ini...Banyak juga buku -buku Alaf21 yang anak-anak ckLah borong....

izman said...

bagus untuk mengisian agama. nanti akan usahakan mendapatkannya.

Mak Su said...

insyallah abang long, nanti bila saya nak, saya pi cari abang long ya

OldNewCollection said...

A'kum Abglong.. Terima kasih kerana mempromosikan buku ini. Kami dr pihak penulis mengucapkan ribuan terima kasih kerana menwar-warkan tentang kelebihan buku ini. Bolehkah pihak kami copy paste komen abglong di blog kami? Abg long boleh ler mendapatkan berita terkini dr blog kami yang akan di update dr semasa ke semasa termasuk penerangan ringkas dr saudara Mohd Nazir tentang buku ini diterbitkan.

nurul said...

assalam...sy nk dapatkan buku ni terjemahan muqaddam ni untuk kawan muallaf saya mengaji..boleh sy buat tempahan dan macam mane saya nk buat pembayaran..penghantaran percume ni by hand ke..sy tinggal di pusat komersil shah alam

Abang Long said...

Kepada Nurul. Sila berikan butiran berikut:

Nama Penuh
Alamat Lengkap beserta Poskod.
No. hp.

Dan kirimkan pesanan ke alamat - novelispilihan@gmail.com

http://novelispilihan.blogspot.com