Thursday, July 23, 2009

Halwa telinga dan tekak


Klasik dan Moden.


Memang aku begitu meminati irama klasik. Ataupun lagu era tahun 60'an, 70'an dan 90'an. Khususnya lagu di era tahun 60'an. Samada dirumah mahupun dalam kenderaan. Aku pasti akan membuka saluran Klasik Nasional.


Terasa begitu tenang, indah dan mengasyikkan bila mendengar irama sebegitu. Paling aku menyampah dan meluat dan ada ketikanya aku menggeleng kepala bila aku dengar lagu zaman sekarang. Ada ketikanya, penyanyi akan menyanyi sampai tegang leher dan bagai nak terkeluar anak tekak. Paling aku tidak dapat terima ialah, ada ketikanya bunyi muzik begitu bingit, tetapi suara dan lirik lagu tidak kedengaran dengan jelas.


Itu kisah aku. Bila aku lihat keliling. Rupanya anak - anak aku bukan setakat minat dengan lagu lama, malahan mereka begitu berminat dengan kuih - muih tradisional. Hatta, anak perempuan aku begitu minat dengan kuih ketayap. Malahan, hampir setiap minggu aku akan membeli kuih ketayap barang dua atau tiga biji (gulung). Dan aku akan tersenyum melihat telatah anak perempuan aku sewaktu makan kuih ketayap. Dimana dia akan makan dengan begitu bersemangat dan dengan gaya yang paling memikat. Seolah - olah kuih yang dimakan itu begitu nikmat dan menyelerakan sekali.


Anak sulung aku pula, boleh katakan sudah melihat dan menonton semua filem lakonan Allayarham Tan Sri P.Ramlee, entah sudah berapa puluh kali. Dilihat berulang kali tanpa sedikit pun rasa jemu.


Manakala anak kedua aku pula, hampir dapat menghafal setiap lagu nyanyian Jamal Abdillah. Dia boleh mendengar lagu nyanyian Jamal Abdillah hampir setiap hari tanpa jemu. Dan paling menarik, setiap kali lagu baru sahaja dikumandangkan ataupun intro baru sahaja bermula, dia sudah dapat meneka tajuk lagu dan lirik.


Yang pasti aku tidak mengajar langsung dalam bab ini. Cuma, aku setakat berminat sahaja. Dan tidak sampai ke tahap fanatik dengan membeli album terbaru ataupun menampal poster penyanyi pujaan.


Tapi satu hakikat yang tidak dapat dielakkan ialah. Anak - anak aku memang tidak berminat dengan Mawi. Kata mereka dengan jujur ... "suara Mawi tak best." Dengan sinis mereka memberikan komen jujur "boring bila dengar Mawi nyanyi lagu Seroja."


Bagi peminat Mawi, jangan marah. Setiap orang ada citarasa tersendiri.


Cuma satu perkara sahaja yang aku belum dapat tunaikan. Anak - anak aku begitu teringin hendak mendengar Jamal Abdillah berzanji. Kerana aku pernah mendengarnya dahulu. Aku tidak ingat dimana, tetapi suara Jamal Abdillah sewaktu berzanji memang 'power!'


Esok .... kisah Santai Bersama Mantan Tok Kadhi.

6 comments:

Farah Aminuddin said...

saya sangat suke tengok filem2 allahyarham tansri pramlee. mmg tak boring lansung. ehe

silversarina said...

Akak dari muda memang dah tak minat lagu dan filem lama, anak2 langsung tak kenal sebab tak pernah didengarkan lagu dan tonton filem lama . Entahlah memang tak serasi dengan akak.

xiiinam said...

ckLah pun tak pernah beli kaset lagu ke...vcd ke...atau seumpamanya....tumpang dengar radio masa dalam kereta saja...


Anak-anak remaja ckLah..
Yang sulung, obses dengan Lagu Jepun...entah mana2 artis Jepun dimuat turunnya dari internet...kalau main piano asyik Lagu Jepun, Korea, Cina saja...meski mak mereka guru BM...

Lagu2 artis Melayu...? Errrr...minta maaf jugalah kepada para peminat artis Melayu, saudara-mara, kaum-kerabat dan ketua kampung mereka..

PuteriSatu said...

Saya pun memang suka klasik fm abang long... dalam keta pepagi mang set chanel klasik fm je.... pagi je la... time lain...husband selalu tukar...ahaks..

Neeza Shahril said...

balik kampung baru ni memang siaran ni aje yang berkumandang dalam rumah MIL neeza.. dia minat kot.. hehee..

dfario said...

Muzik adalah sesuatu yg universal. Apa yg sedap didengar oleh kita, tak semestinya sedap didengar oleh org lain. Sedap tak sedap, ianya subjektif. Tapi, tidak boleh dinafikan yg semua org pun dengar muzik. Kalau tak pop, rock, balad, jazz at least mereka masih dgr nasyid. Kalau tak beli album pun, mereka masih dgr muzik di radio, tv etc. Semasa mengaji Al-Quran pun ada lagu (melodi) juga. Pendek kata, muzik mmg tak boleh lari dari kehidupan kita.

Muzik juga adalah satu medium dakwah yg baik. Masalahnya, lebih ramai yg suka menggunakan medium ini utk melalaikan manusia drp menggunakan ia utk menegakkan syiar Islam.