Kisah Pertama: 2 JIWA BERSATU.
Pada 20hb, hari Sabtu. Akan berlangsung majlis kenduri kahwin antara adik ipar aku dan pasangannya, isterinya berasal dari Medan, Indonesia. Ini adalah majlis kenduri kahwin yang terakhir buat keluarga mertuaku. Dimana kesemua anak - anaknya telah berkahwin.
Sebenarnya novel ini sepatutnya menunggu giliran untuk dibaca. Dimana ada terdapat hampir 30 buah novel yang menunggu giliran untuk dibaca, tidak termasuk beberapa buah buku dan makalah ilmiah.
Entah kenapa, sewaktu sedang membelek - belek helaian mukasurat didalamnya. Aku tepandang begitu banyak nama yang ada kaitan dengan keluarga aku. Adakah ini satu kebetulan ?
Nama - nama anak - anak aku, anak saudara aku dan beberapa nama ahli keluarga aku tertulis didalam novel ini. Aku lantas cuba membaca permulaan cerita dari muka pertama. Hinggalah tanpa aku sedar, aku telah membaca helaian demi helaian, dan akhirnya, aku mengambil keputusan untuk meneruskan pembacaan hingga tamat.
Sejujurnya, bukan mudah untuk aku memberikan mood terbaik untuk membaca sesebuah novel tanpa henti. Andainya sesebuah novel itu agak membosankan atau atas pelbagai sebab, maka aku akan 'skip' atau melompat ke halaman seterusnya. Tetapi bagi novel Cinta Dua Jiwa ini. Pembacaan aku berterusan dan dapat menghayati seluruh kisah sepenuhnya.
Secara peribadi, aku merasakan bahawa novelis Cinta Dua Jiwa ini, satu ketika kelak akan mampu menyaingi novelis Damya Hanna yang menjadi penulis prolifik terkini. Bagi hasil karya pertama, novelis ini sudah mampu meraih minat pembaca, tidak mustahil penulis ini mampu membuat kejutan dimasa hadapan.
Disebabkan adik ipar aku berkahwin dengan 'orang seberang' maka, sebagai hadiah atas kedatangan ahli keluarga dari Medan. Aku telah memberikan 'cenderahati' kepada salah seorang ahli keluarga mereka yang berminat dengan novel. Maka, novel Cinta Dua Jiiwa telahpun dibawa 'terbang' ke Medan, Indonesia.
Kisah Ketiga: 2 Novel - NAMUN KUPUNYA HATI ~ Zalisa Maz.
Ini adalah novel hasil karya Zalisa Maz. Beliau juga adalah seorang insan yang banyak membantu aku dalam penulisan. Aku lebih cenderung untuk memanggil beliau dengan panggilan Puan Sifu.
Kenapa ada DUA novel dalam gambar foto disebelah ?
Bukan untuk aku. Kerana aku sudah mendapatkannya dahulu. Tetapi novel itu adalah untuk diberikan kepada dua orang insan istimewa. Sebuah untuk adik ipar aku, dan sebuah lagi untuk seorang tetamu yang akan tiba dari Singapura, bersempena dengan majlis kenduri kahwin adik ipar aku.
Aku sengaja hendak menjadikannya sebagai satu sejarah dalam hidup aku. Diwaktu ini, kehidupan aku memang tidak stabil. Aku termasuk didalam kategori dhaif, fakir dan miskin. Tetapi demi kasih sayang kepada orang yang istimewa ini. Maka, aku meminjam dari seorang sahabat untuk membeli novel ini.
Kenapa aku membeli novel ini, dan tidak novel novel lain ? Jawabnya kerana novel ini adalah sebuah kisah perjalanan hidup seseorang yang terpaksa menempuh pelbagai ujian dalam hidupnya. Yang penting, terlalu banyak pengajaran yang boleh dikongsi bersama.
'Ayah, walaupun aku bukan puteri di hatimu, tetapi ... akulah puterimu.'
Sangat baik untuk dijadikan koleksi.
4 comments:
nanti buat kenduri kawin cucu2 pulak...
Abg Long...tgk tajuk..ingatkan apa lah kenduri novel tu...hehehe...
Novel Namun ku Punya Hati tu macam menarik
saya dah baca...mmg sedih
akum abg long,ape khabar..?
thanks sbb abg long tolong promote novel2 yang best,senangla nak buat pilihan time nak beli nnti.. hmm,nadine nye cerita yang tengah dikarang tu tak siap2 lagi.. watak2nye pergi holiday la plak..ekekeke..
tp hope abg long terus bg sokongan la.. mane tau berkat doa semua menjadi jg novel tu 1 hr nnti.. : )
Post a Comment