Tuesday, June 16, 2009

Rempuhan TSUNAMI.


Melutut dan tersungkur jua akhirnya ...


16 bulan aku dan keluarga bertahan dengan pelbagai cara. Setelah aku tidak bekerja dan jatuh sakit, setelah itu hingga kini, ujian dari Allah telah datang berturut - turut dan tidak menunjukkan kesan atau tanda akan berhenti.


Aku dan keluarga pasrah. Aku berusaha dan mencuba pelbagai cara. Dan kesemuanya gagal. Hinggalah tiba di satu ketika, hendak membeli beras dan susu tepung pun sudah tidak mampu.


Setiap manusia yang berada diatas muka bumi ini memberikan satu nasihat yang begitu berharga - BERSABARLAH.


Aku dan isteri terus sahaja tersenyum.


Aku terus sujud menyembah Allah.


Buat pengetahuan anda. Hanya PEMBACA TERPILIH dan TERHAD sahaja yang boleh akses atau masuk kedalam blog ini. Seperti yang telah aku war - warkan bahawa Blog Abang Long akan mengalami tsunami.


Kemungkinan, pelbagai rancangan drastik telah dan akan dilaksanakan dalam jarak waktu tidak berapa lama lagi.


Buat pengetahuan pembaca sekalian. Jika ada sebarang perkara yang hendak diutarakan sila emelkan ke alamat baru iaitu - mohamad.feroz@gmail.com

16 comments:

Masy said...

abg long sakit? sakit ape?

ape2pun moga abg long n isteri ttp sabar walau apapun dugaan yg dtg daripada Allah, insyaallah..~

kuIna said...

abg long... sy sedang memahami & mendalami makna Tsunami ini...

BTW... apapn yg terjd & mendatang.. bersabarlah, itu ujian tuhan.

silversarina said...

Memang SABAR adalah sifat yang perlu ada dalam sebarang urusan. Akak pasti Abang Long dan family terus tabah menempuh ujian dariNYA InsyaAllah .

ckLah @xiiinam said...
This comment has been removed by the author.
ckLah @xiiinam said...

Terima kasih atas jemputan yang ckLah terima dari tuan blog...

Abang Long...
Dan isteri...

Harap terus kuat menghadapi dugaan...
CkLah pernah menderita sakit akibat permainan dengki khianat manusia...

Tapi syukur...kerana keyakinan dengan kifayah Yang Maha Rahman dan Rahim...lorong sembilu itu dapat juga akhirnya ckLah lalui

aNIe said...

Abg Long...biar apa pun terjadi...akak harap abang long & isteri serta anak2 akan terus berdiri teguh tanpa rasa putus asa...walau jatuh rebah tersungkur...bangun, berusaha dan terus bermohon pada ALLAH...kerana ALLAH itu tidak akan pernah menzalimi hambanya...

Nek Cun said...

Adinda Long, macam nekcun selalu kata: Berat mata memandang, berat lagi hati yang merasa... memang orang lain hanya mampu berkata 'sabarlah' tetapi hakikat sebenar hanya siapa yang merasa akan terasa kesakitannya. Nekcun faham keadaan yang adinda tanggung... Mungkin itulah salah satu caranya Allah mahu menaikkan darjat adinda di sisiNYA...

fusarium solani said...

Salam,
Lama tidak berhubung dengan abang Long. Semoga sihat hendaknya. Sibuk berfikir dan merenung diri sendiri, maka aktiviti lain saya kurangkan. Minta maaf kerana lama diam.

Saya doakan yang terbaik untuk abang Long dan keluarga. Berusahalah dan tawakal sepenuhnya.

Mengapa letak restricted access?

zara aluwi said...

Kesulitan yang kita terima adalah sebuah hadiah yang indah dan terbaik untuk kita daripada Allah SWT.

Namun apabila kita lebih cermat lagi dalam memandang sebuah ujian Allah SWT tersebut kita akan lebih mengerti bahawa sebenarnya Allah SWT sayang kepada kita dengan memberikan berbagai ujian dan dugaan agar kita lebih bijak lagi dalam menjalani kehidupan yang sangatlah singkat ini.

Kesabaran dalam menghadapi ujian hidup adalah merupakan kunci daripada sebuah kejayaan. Allah tidak akan membiarkan orang yang dalam keadaan kesusahan itu berlarutan. Insya-Allah akan muncul jua kebahagian itu.

Terima kasih kerana mengundang akak melewati blog ini.

Nor Ramli said...

Salam Abanglong
Kesusahan hari ini akan menjadi sesuatu yang akan dikenang di kemudian hari. Semoga bertambah ketaqwaan dan kesabaran menempuh hari-hari sukar. Allah maha pemberi rezeki..insyaAllah...

sue onn said...

Salam Abg LOng..
Hanya mereka yang melaluinya sahaja yang tahu akan keperitannya..apa yang mampu org lain berkata..Bersabarlah..
Semoga hari esok akan ada mentari yang menyinari hari kita.. Semoga Allah melindungi Abg Long Sekeluarga..

cikceriacorner said...

salam..
abg long..idup ni umpama roda..ape2 pon kita kena bersabar krn sabar itu xlemah,xlesu,xmudah menyerah kalah dan xputus asa..

sesungguhnya ape pon yg berlaku adalah ujian dan dugaan dr Allah..kerana Allah akan menguji sesorang mengikut kemampuan masing2..krna Allah sygkan kita..

al baqarah ayat 286...

cikgu panji said...

semoga dipermudahkan segala urusan.

dfario said...

Allah berfirman:

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).

Antara sbb Allah turunkan musibah kpd kita:

1) Allah sayang kepada kita.

2) Allah mahu menyuci dosa kita disebabkan oleh dosa kita yang banyak.

3) Allah mahu menguji seteguh mana kekuatan iman kita.

4) Allah mahu mengangkat martabat kita.

5) Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Tetapi hamba-hambaNya yang menzalimi diri sendiri.

6) Setiap kebaikan bermula dengan musibah.

7) Untuk menyedarkan diri kita yang sentiasa alpa.

8)Kita tidak mengenal diri sendiri. Perlu muhasabah diri tentang kesalahan yang telah kita lakukan.

9) Allah mahu beri yang lebih baik.

10) Sebab terlalu gopoh gapah dalam melakukan sesuatu perkara

ummu said...

abang Long..tsunami yang bertamu,bertali arus bagai menggugah kesabaran,jatuh dan tersungkur,luka berdarah,namun Allah Paling Memahami hamba-hambaNya.

Kak Long said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Hanya doa...
Semoga Abg Long tetap tabah dan dikurniai kekuatan olehNya.