Wednesday, June 03, 2009

SAYANG kerana ALLAH


PELUK AYAH.


Ini bukan entri tentang seks. Sewaktu aku hendak menulis ini pun, berbagai perkara terlintas di fikiran aku. Kalau aku hendak mencari 'jalan selamat' atau 'play safe' sewaktu menulis, maka tidak akan sampai matlamat atau tujuan asal aku membuka blog. Aku menulis ialah untuk berkongsi cerita, mungkin ada orang yang tidak bersetuju dengan apa yang aku tulis, tetapi yang pasti aku, seperti mana jutaan lagi penulis blog yang lain, kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang.


Maaf, agak lari permulaan cerita dengan tajuk.


Aku yakin dan aku pasti. Ramai orang yang akan memeluk tubuh insan yang kita sayangi, yang kita kasihi, yang kita cintai atas pelbagai sebab.


Sejak dari kecil lagi, kita diajar untuk memeluk tubuh seseorang. Ayah memeluk tubuh ibu. Ibu memeluk tubuh anak, anak memeluk tubuh ibu dan ayah.


Cuma, apa yang aku ingin perkatakan disini ialah. Tentang satu perkara yang agak lumrah. Tetapi bukan semua.


Anak lelaki aku rasa tidak ada masalah untuk memeluk tubuh ibunya dengan perasaan kasih sayang suci dan penuh penghormatan. Dari kecil hinggalah dewasa. Malahan, anak lelaki yang manja akan lebih kerap memeluk ibunya.


Cuma, aku perhatikan (bukan semua), anak perempuan memeluk ayahnya. Seolah - olah ada satu perasaan halus (mungkin malu) untuk memeluk ayahnya seerat - eratnya. Seperti mana si anak perempuan, sewaktu kecil, memeluk ayahnya dengan kuat, erat dan dengan perasaan kasih sayang dan penuh kemanjaan.


Paling ketara, aku dapat melihat sewaktu bersalaman memohon ampun dan maaf sewaktu Hari Lebaran. Si anak lelaki dengan perasaan penuh bersyukur dan terharu bersalam, mencium tangan ibu dan terus memeluk ibu dengan perasaan kasih abadi. Dan seterusnya melakukan yang sama dengan ayah. Bersalam, mencium tangan si ayah, mencium pipi ayah dan memeluk tubuh ayah yang sudah tua seerat - eratnya.


Tetapi, anak perempuan yang telah dewasa, ada yang cuma bersalam, mencium tangan ayah, mencium pipi (perbuatan inipun ada yang tidak dilakukan), itu sahaja.


Pernah aku lihat, bagaimana seorang ayah mencium pipi anak perempuannya dikhalayak ramai, dan aku lihat wajah si anak itu merah - kemerahan seolah - olah menahan malu yang teramat sangat.


Tetapi harus diingat. Bukan semua anak perempuan yang telah remaja, dewasa dan berkahwin tidak memeluk ayah.


Satu soalan dari Abang long buat pengunjung perempuan, wanita dan isteri orang. Adakah ANDA malu untuk memeluk ayah sendiri ? Jika malu ... kenapa ?

19 comments:

Nukilan ida said...

bukan malu..tapi kekok.. sebab tak dibesarkan dalam keadaan begitu kot..

cikceriacorner said...

saya selalu peluk dan cium mak dan abah bile balik kg or nak blik kl..secara x langsung adik2 pon ikut..heheh..sy teringat masa sek ustazah sy ada berkata jgn kita cium n peluk org tua kita pertama kali n terakhir..selagi mereka ada peluk n cium la mereka skrg..hehhe..terima kasih ye ustazah..hehhe

zara aluwi said...

Maaf, akak memang sejak kecil tak peluk dan cium abah akak sebab akak dibela oleh nenek dan tidak pernah bertemu dengannya.

Pertama kali mencium dan memeluknya ketika usia 16 tahun dan itu adalah pertama kali akak bersua dan mengenali dirinya. (Masa itu, peluk dan cium itu tidak ikhlas kerana akak membencinya)

Kali kedua memeluk dan menciumnya, tatkala dia menghembuskan nafas terakhir tidak lama selepas itu. (Peluk cium tatkala itu adalah ikhlas setelah ada keinsafan pada diri.)

Itu sahaja pelukan dan ciuman pipi yang mampu akak lakukan terhadap abah akak.

achik said...

x tau la kenapa.. mmg x biasa..

cendawanintim said...

saya akan peluk cium ayah bila time raya, time antor dia pi epot...

Cikja said...

Salam abang Long,
Saya tak berkesempatan untuk memeluk abah kerana dia meninggal dunia semasa saya berumur 12 tahun.

Bila saya berumahtangga, saya jadi kekok nak memeluk bapa mentua saya, tapi bapa mentua saya yang memulakan dulu (saya ingat kucupan yang pertama dari abah semasa saya melahirkan cucunya yang sulung)..setiap kali balik kampung menjadi kemestian memeluk abah & cium kedua-dua pipinya.

Abah baru meninggal dunia sebulan yang lalu.Alfatihah untuknya. Saya rindu dengan pelukannya.

chekgu Bani Hassim said...

kalau tak biase, mmg kekok...
dan maybe segan kut...
dan maybe takut org ckp yg bukan2 kut...
rasenye laa...

nurie said...

Kenape yek? Pernah saya tidur peluk ayah dan kami selalu main geletek2 sewaktu saya belum berumahtangga. Tapi ada jiran memandang serong perbuatan kami. Tetapi kenangan itulah yang buat saya terlalu rindu pada ayah setelah sy bkahwin malah setelah pemergiannya ke rahmatullah.

AyKay said...

Long,
memang anak perempuan peluk erat ayah kandung adalah asalnya bukan perkara salah, malah untuk pupuk kasih sayang perkara ini digalakkan. Malah anak lelaki peluk ayah pun sama, atau cium tangan, tanda kasih tanda hormat.

Sama juga anak murid lelaki cium tangan guru lelaki (yg ini saya buat dgn sesetengah guru i.e guru qur'an).

Tapi jika perbuatan di atas lebih mendatangkan fitnah, celaan manusia, sok-sek2, baik kita tidak dikhalayak ramai, demi menjaga keharmonian masyarakat.

Saya sebagai bapa pun merasa gembira bila pipi dicium anak2 lelaki dan dipeluk sebelum mereka ke sekolah. Dan semestinya terasa current bila di cium isteri... :-)

Neeza Shahril said...

malu sebab tak biasa... tapi akan dibiasakan nanti..
sebab tu neeza galakkan anak2 neeza cium dan peluk Abah diorang.. supaya tak jadi macam neeza yang malu ni.. ;)

aNIe said...

Abg Long...dari kecil memang akak dibesarkan sekadar mencium tangan ayah sahaja...tak pernah memeluknya...tapi bila usia meningkat dan melihat wajah tua ayah sekarang...akak ingin memeluknya selalu agar dia tau...akak menyayanginya dan sentiasa sayang padanya hingga ke akhir hayatnya....

chekdenoor said...

Sentuhan...... itulah ikatan kasih dan sayang ...luahan rasa..melalui perkataan dan sentuhan kasih dari orang-orang yang disayangi.

chekdee setakat ini...insyaallah, bila nak keluar rumah...sure akan cium anak-anak dan hubby tersayang.

Led said...

tak sumer org yg kita sayang kita boleh peluk.heh heh heh

izman said...

saya setuju.

Hjh Nik Zulina said...

Tak peluk tapi cium tangan je..Tapi memang eloklah kalau dapat peluk kerana tanda kasih dan sayang. Sekarang ayah dah tak de..peluk mertua je lah..itu pun ketika nak jalan jauuuhh..

zino said...

zino masih peluk cium mak dan ayah..bila bersalaman..

anak dara zino tu masih cium tangan dan pipi abah dia bila bersalaman tapi tak peluk dah hehe

Nek Cun said...

Adinda, memang ramai anak perempuan yang malu nak pelok ayah mereka kalau mereka dan besar panjang, terutama kalau ayah mereka masih kelihatan gagah dan bergaya!... mungkin sebab takut pengaruh ramai lelaki tua yang suka kahwin perempuan muda kot!... Takut tak manis dipandang mata...

noorlara said...

lazimnya anak perempuan yg telah dibiasakan saling berpeluk dan salam ketika mula bertemu atau hendak berpisah tidak akan merasa kekok walaupun perlakuan itu tatkala ia telah dewasa, apapun kalau dikhalayak yg asing dan tiada ahli keluarga yg lain elakkanlah berbuat demikian kerana takut akan mengundang fitnah sebab masyarakat suka bercakap dulu tanpa usul periksa...

ummu said...

entry nih menmbuatkan saya rindu pada ayah ...hmm pernah mmasa form 4 dulu,selepas solat jamaah aidilfitri kat masjed jame' daerah,jumpa ayah,saya terus salam minta maaf dan cium pipinya dan dahinya,tapi tak peluk lah,segan dah besor kununnya. punya excited saya terlupa kan tu di khalayak ramai dan kebetulan jamaah lelaki ada pula di bawah tangga masa tu.saya ingat lagi ada satu pemuda tengok kelakuan saya tu tak kelip biji mata.saya rasa segan,macam rsa bersalah pun ada.sejak tu saya takde wat camtu lagi kat ayah saya sampai ibu saya menegur pun saya tak wat lagi dah...