Monday, June 01, 2009

BERPOSING DALAM MASJID


Gambar Foto.


Andainya tersalah maklumat, terlebih dahulu aku memohon maaf. Ceritanya mudah, aku mengambil gambar dalam ruangan solat di Masjid Sultan Salahuddin atau lebih dikenali sebagai Masjid Negeri Selangor. Dan aku ditegur supaya tidak mengambil gambar dalam kawasan atau ruangan untuk bersolat.


Pihak keselamatan mengarahkan supaya aku tidak mengambil gambar didalam ruangan solat. Aku akur dengan arahan itu. Bila aku memerhatikan keadaan sekililing, barulah aku perasan, memang ada papan tanda amaran tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.


Seingat aku, tiada larangan untuk mengambil gambar didalam kawasan solat di Masjid Negara, mahupun didalam kawasan Masjid Putrajaya.


Malahan, kelihatan ramai pelancong yang bergambar dan berposing di pelbagai sudut didalam kawasan masjid tanpa sebarang sekatan. Cumanya, bagi jemaah wanita, mereka diarahkan untuk berpakaian menutup aurat.


Aku tidak pasti kenapa ada arahan dan peraturan yang berbeza dalam hal ini. Sedangkan aku pernah bertanya kepada beberapa orang ulamak, dimana mereka menyatakan bahawa tiada arahan ataupun larangan dari segi agama untuk mengambil gambar didalam masjid.


Malahan, aku merasakan bahawa alangkah bagusnya jika kita boleh bergambar dan berposing didalam masjid.


# Blog Abang Long akan mengalami tsunami tidak berapa lama lagi. Mohon maaf atas segala kekurangan. Harap maklum. 30


10 comments:

nadinezuharra said...

suka juga bergambar di perkarangan masjid..indah pemandangan,sejuk mata memandang..

tp mmg ada sesetengah masjid melarang kita untuk mengambil gambar di ruang dalaman..mungkin bg tujuan keselamatan & keselesaan org yg sedang bersolat agaknya.. : )

cikceriacorner said...

emm tula kanss abg long..nak bergambau pon xbleh kanss..xape2 kanss..abis org luau bleh plak bergambau..

farah, s. said...

tak boleh? kenapa eh

Neeza Shahril said...

masa nikah dulu, kami ambik banyak gambar dalam masjid. Okay lah pulak.. takde orang nak marah.. mungkin sebab majlis kawin.. tapi apa bezanya pun kan..

izman said...

ye ke tak boleh bergambar dlm masjid sas? tak tau pulak saya.

alangkah baiknya kalau boleh bergambar, dan kita dapat tunjukkan pada org lain betapa bertuahnya kita berada disitu.

AyKay said...

Long,

larangan berclick pic hanya dalam masjid (dewan solat), itupun utk elakkan ganggu jemaah yg dtg solat, tgh zikir etc, dan larangan valid setiap masa biarpun masa tak de org, almaklum kekadang kita cepat bend the rules.

yg kat luar i.e dikawasan masjid, u boleh nak bergolek ala-ala hindustanhey pun...malah pelancong lagi digalakkan.

ini hal2 sivik kemasyarakatan, tak perlu dirujuk alim ulama'... almaklum seorg penjaga masjid bila ditanya soklan sama

Nukilan ida said...

ish.. naper plak takboleh..

Irfa said...

tak tahu pulak ada masjid yg melarang ambik gambar..emm

ABDUL LATIP said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih atas ucapan dan doa selamat hari jadi kekanda pada hari ini.

Masih belum dapat idea lagi nak balas emel. Tetapi dikesempatan ini kekanda ingin menasihatkan adinda supaya terus bersabar menghadapi dugaan. Pasti ada hikmahnya.

arsaili said...

salam..tsunami apa tu abg long...jom mengeteh nanti abg long, InsyaAllah