Friday, June 26, 2009

Seminar tentang IBNU ARABI


Seminar Ibnu Arabi.


Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki kedalam mana - mana universiti. Dan baru - baru ini, aku tidak melepaskan peluang untuk menghadiri satu seminar mengenai tokoh pemikir Islam yang hebat, iaitu seminar yang membincangkan kehebatan ilmu dan pemikiran Ibnu Arabi.


Terlupa dan terleka sebentar dengan penderitaan hidup aku selama 15 bulan yang penuh azab dan derita ini. Apabila pemikiran aku fokus kepada kisah sejarah dan hasil pemikiran Ibnu Arabi yang dibincangkan oleh tokoh - tokoh cendekiawan terkini.


Seminar tentang Ibnu Arabi - "The Relevance Of His Thoughts In The Quest For Sustainability."


Anjuran bersama - Centre Dialogue University of Malaya (Secretariat) dan Cultural Counsellorship, Embassy of Iran, Malaysia.


Alhamdulillah, kertas kerja yang dibentangkan oleh tokoh - tokoh yang tidak asing lagi itu benar - benar menarik dalam beberapa sudut.


Yang paling menarik ialah, bilamana aku turut bertemu dengan beberapa orang sahabat yang sudah lama tidak bertemu, dan masing - masing sudah berjaya dalam bidang masing - masing.


Sesekali menadah ilmu di luar dari lingkungan surau dan masjid terasa begitu enak dan begitu besar perbezaannya. Alhamdulillah.

7 comments:

silversarina said...

Akak kurang mahir pasal Ibnu Arabi ni , siapa dia ye ???

Oklah tu abang long dapat menambah ilmu dan lupakan seketika hal kehidupan yang memang takkan lari dari masalah.

en_me said...

sonok kann jumperr kawan lamer abang long ittewww.. salammm

Masy said...

sonoknye jmpe kekawan lama

izman said...

saya pun dah lama tak pegi majlis2 ilmu di universiti. rindunya kat univ.

Kak Long said...

Seronok ya Abg Long dpt menghadiri seminar tentang tokoh Islam yang hebat tu. Dapat pula bertemu teman lama, pastilah banyak idea dan ilmu yang dibincangkan.
Saya pun rindu kat universiti.

Homeopati+Herba said...

Salam Tuan rumah. :)

Insaflah said...

Salam Tuan rumah. :)