Saturday, June 06, 2009

Dari Kubur ke Masjid.


Pagi ke kubur. Malam ke Masjid.


"Kita sudah merancang, tapi Allah juga merancang, dan yakinlah perancangan Allah adalah yang terbaik."


Beberapa hari lepas, seorang jiran aku telah dimasukkan kedalam ICU, akibat masalah jantung. Seorang lelaki yang telah lanjut usia, kalau tidak salah aku, umurnya sudah menjangkau 80 tahun.


Sewaktu si ayah dimasukkan kedalam ICU. Anggota keluarganya pula sedang dalam persiapan untuk mengadakan majllis kenduri kahwin. Memang keluarga itu berada didalam keadaan serba salah, kerana itu yang aku perhatikan dari riak wajah anggota keluarga itu.


Namun, atas nasihat dari beberapa orang yang lebih tua dalam keluarga itu. Maka persiapan itu diteruskan juga. Dan beberapa orang ahli keluarga lainnya bergilir - gilir menjaga dan menziarahi orang tua itu di hospital.


Takdir adalah penentu segalanya. Si lelaki itu akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Jumaat. Alamdulillah, persiapan urusan jenazahnya begitu cepat dilakukan.


Dan sewaktu aku pergi sekali lagi pada petangnya. Keluarga itu sedang bersiap untuk bergerak ke Selayang untuk upacara akad nikah.


Kelihatan pengantin lelaki seperti tidak bermaya. Menahan sebak, maklumlah, ayah baru sahaja 'menemui Illahi' pada waktu pagi. Dan waktu malamnya si anak akan melafazkan akad nikah.


Kelihatan begitu ramai yang memberikan perangsang kepada pengantin lelaki untuk bersabar dan tabah menghadapi ujian sebegitu.


Aku tidak dapat berkata apa - apa. Kerana kita tidak berhadapan dengan situasi itu dalam keadaan sebenar.


Aku mendengar salah seorang anggota keluarga berkata "Bagaimana si anak tidak terharu ... perkara ini akan menjadi sejarah dalam hidupnya ... hari yang sama, diwaktu pagi... ayah meninggal dunia, malamnya dia melafazkan akad nikah... akan terakam dalam diari hidupnya."


# Harap maklum. Blog ini akan mengalami tsunami tidak berapa hari lagi.

6 comments:

sally said...

Takziah pada keluarga pengantin..
ketentuan Allah tidak berganjak cepat atau lambat walau sesaat..
Semoga pengantin lelaki tabah menjalani hidup baru..

Masy said...

takziah utk pengantin lelaki. x tau patut ucap tahniah utk pernikahannya? bole kot. hhuuhuh

aNIe said...

Takziah buat keluarga yang kehilangan...dan alfatihah juga buat yang pergi...

Memang benar kata abang long...kita tidak berada dlm keadaan dia...Berat Mata Memandang...berat lagi bahu yang memikul

Neeza Shahril said...

kalau pandang dari sudut positif.. si ayah telah diambil nyawanya oleh Allah.. bermakna Allah amat sayangkan dia..

walau bagaimanapun, tak dinafikan memang setiap permergian akan diingati sebagai satu kesedihan kan.. terutama bilamana ianya melibatkan orang tersayang...

Sabiah said...

saya baru mengalami perkara yg sama.w/pun bukan diri sendiri,tapi masih berkaitan.hari ahad kakak selamat melangsungkan pernikahan, 2hari kemudian sepupu menghembuskan nafas terakhir.jodoh,ajal maut di tangan tuhan...

nurie said...

Inilah ujian & ketentuan. Redha & sabar...itulah hambaNya yg beriman.