Sunday, June 28, 2009

Mickey Mouse di Tanjung Harapan


Santai di Tanjung.


Sudah lama aku tidak membawa keluarga duduk berehat dan bersantai menenangkan fikiran ditepi benteng Tanjung Harapan atau lebih dikenali sebagai Bagan, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.


Walaupun tempat itu bukannya jauh sangat dari rumah, hanya mengambil jarak masa selama 15 minit sahaja dari rumah. Tetapi disebabkan oleh pelbagai faktor, maka kami tidak berkesempatan untuk pergi ke Bagan.


Maka malam tadi, usai bersolat Maghrib, maka kami pun berangkat menuju ke Bagan dengan empat orang anak. Yang paling jelas kelihatan seronok ialah si kecil, Adam Muhammad Behjad. Dengan memakai lampu berkelip dikepala ala - ala Mickey Mouse. Adam kelihatan begitu riang. Dan yang pasti, mulutnya begitu becok dan menghiburkan kami sekeluarga.


Air laut sedang pasang dan berombak di tepi benteng, dan bayu laut agak kuat. Ada ketikanya aku seperti terasa seram dengan keadaan itu. Masih teringat bagaimana teruknya tsunami yang melanda dan begitu banyak nyawa yang telah terkorban.


Sampai sahaja di Bagan. Kami terus membuka bungkusan nasi lemak yang dibeli di tepi jalan, berdepan dengan Flat Seri Perantau. Sebungkus nasi lemak yang dimakan berkongsi beramai - ramai begitu terasa kebahagiaan diantara keluarga. Aku hanya memerhatikan sahaja, maklumlah, aku tidak makan makanan berlemak. Aku hanya hanya makan roti buku sahaja.


Suasana sekitar amat mendamaikan. Walaupun kehadiran manusia agak ramai, kerana malam minggu. Namun tidaklah hingga penuh sesak dan merimaskan. Yang nyata, begitu ramai muda mudi yang berjalan santai sambil berpegang tangan, dan ada yang berjalan sambil memeluk pinggang si gadis.


Aku hanya tersenyum memandang gelagat manusia yang berjalan mundar - mandir disitu. Hampir semua pasangan yang berada disitu kelihatan begitu romantik. Malah, ada yang berbicara dengan begitu asyik memandang wajah pasangan masing - masing, hingga kelihatan begitu dekat wajah masing - masing kelihatan seperti hendak berkucup.


Suasana malam yang agak dingin, dihembus sang bayu, dan hanya kedengaran desiran ombak, seolah - olah membisikkan kata - kata sakti supaya setiap insan itu memahami bahasa badan pasangan masing - masing untuk melangkah lebih jauh dalam meneroka kehendak sanubari.


Isteri aku melentokkan kepalanya ke bahuku .... sambil anak - anak bermain dihadapan kami ...


Kami melepaskan lelah masing - masing ...

14 comments:

Juezura said...

bahagia rasanya..indah segalanya

AiNeRzA said...

wah...dah lm x pegi tg harapan tu...dekat jer ngan umah saya...

en_me said...

ammvoiii abang long.. romantiknyerrr

zara said...

Abang Long,
Gaya penulisan gitu, kalau Abang Long menulis novel pasti meletop... sama darjat dengan penulis prolifik yang tersohor.

silversarina said...

Macam ayat-ayat novel cinta je n3 ni... apapun memang rasa happy kalau anak2 happy dapat bersiar-siar sekali-sekala.

Anonymous said...

Mesti isteri abanglong rasa romantik sama.... sampai terlentuk!

Nukilan ida said...

melihat telatah anak2.. salah satu nikmat kehidupan.. saya pun baru pi ke sana... pi waktu malam mmg lebih romantik

pB said...

Salam Abg Long

pB tak pernah lagi bawak anak anak ke sana ....

pernah cuba ke sana sekali , mencari kedai yang menjual nasi lemak , tapi sesat entah kemana mana ....

he hi hi

maklang said...

alhamdulillah...bahagia keluarga abang long ye..maklang bersyukur...

Abang long sihat?

Masy said...

manjenye... jeles laa pulak.. huwaaa *eh apsal nanges lak ni huahahaah*

datomarsani said...

ala la la romantiknya merpati 2 sejoli~

salam bang.. jalan2 kat blog abg pulak, baca2 entry yg banyak dh terlepas... hehehe =)

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kami panggil tj harapan ni sebagat tj gila....

Aku, Dia & Rezeki. said...

Salam :)

Aku, Dia & Rezeki. said...

Salam :)