Mata Isteri, Nafsu Suami.
'Bila suami sedang berbicara, isteri perlu menundukkan atau merendahkan pandangan tanda hormat.'
Selama ini memang aku rasa janggal dengan ayat nasihat atau panduan tersebut. Aku tidak jelas dimana 'kekuatan' ayat tersebut.
Tiba - tiba seorang wanita ataupun isteri telah datang kepada aku. Sambil menahan perasaan yang bercampur baur. Si wanita itu menceritakan tentang hal rumahtangganya yang sedang bergelora. Isunya adalah. Si suami hendak berkahwin lagi.
Aku benar - benar terkesima. Aku bukannya seorang ustaz. Aku bukannya seorang perunding motivasi. Jauh lagi dari menjadi seorang Kadhi. Aku hanya seorang lelaki yang ada ketikanya turut 'menjeling' kearah wanita yang cantik. Ini kenyataan ! Isteri aku juga tahu.
Cuba tanya pada kaum lelaki. Siapa yang tidak ada niat untuk beristeri lebih ? Ini hukum kejadian tuhan. Cukup ! Aku tidak mahu berbicara lebih.
Kalau suami sudah nekad hendak berkahwin satu lagi. Tiada siapa yang mampu melarangnya. Dalam hal ini, bagaimana isteri boleh bertindak ? Hendak bertumbuk ? Hendak menangis ? Hendak ketawa sekuat hati ? Hendak menjerit sekuat hati ? Hendak minta cerai ?
Si wanita berbicara "apa kurangnya diri saya ?"
Aku lantas mengambil keputusan untuk mendengar butir bicara si wanita tersebut, tanpa mencelah atau memintas percakapannya. Yalah ... aku bukannya perunding rumahtangga.
Setelah si wanita itu habis berbicara. Akhirnya dengan senyuman aku berkata "Bila suami puan bercakap, tolong jangan melawan, 'rendahkan' pandangan mata puan, perlu diingat, kalau suami sudah nekad... tidak ada banyak perkara yang puan boleh lakukan ...tetapi, dengan merendahkan pandangan mata puan akan menyebabkan timbul perasaan belas dihati suami. "
1 - Bila suami sedang bercakap, terutamanya sewaktu nafsu amarah sedang menguasai dirinya, jangan melawan, 'rendahkan' pandangan mata, pandanglah suami dengan perasaan 'mohon belas.'
2 - Jika selama ini para isteri melayan suami dalam kategori 'kelas ekonomi,' maka selepas ini, cuba berikan 'perkhidmatan layanan kelas bisnes.'
3 - MESTI sentiasa bersiap - sedia untuk menjadi 'tanah' kepada suami.
4 - Perkara ini dipandang remeh oleh para isteri. Tetapi sebenarnya menjadi 'perhatian utama' kepada suami. Jangan malu atau cuba mengelak untuk bersalin pakaian dihadapan suami. Ada suami yang berkata "aku teringin hendak melihat isteri aku menanggalkan pakaian dalamnya dihadapan aku..."
5 - Masaklah makanan yang digemari suami. Hidangkan dengan sepenuh perasaan kasih sayang, walaupun diwaktu itu perasaan isteri sedang berkecamuk dan terasa bagaikan hendak 'berdemonstrasi.'
6 - Jadilah 'ISTERI' bila dihadapan suami, dan kurangkanlah menjadi 'IBU' dihadapan suami.
7 - Sewaktu sujud. Sewaktu dahi sedang mencecah tanah. Berdoalah, bercakaplah, merayulah dihadapan Rabb. Mohon petunjuk, mohon limpah kasih dari tuhan. Berikan yang terbaik untuk diri anda.
Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh digunakan secara spontan untuk 'menghalang kemaraan' suami untuk berkahwin lagi.
Masih ingat entri tentang - TEGANG dikendurkan ?
Suami yang hendak berkahwin lagi, salah satu puncanya ialah kerana NAFSU. Maka, tugas puan ialah untuk 'mengurangkan nafsu' suami yang sedang bergelora. Lakukan apa sahaja tindakan yang boleh supaya suami merasa terangsang dengan puan, dan penamatnya ialah suami akan 'mengalirkan gelora' keluar.
JANGAN sesekali melakukan KONFRONTASI dihadapan suami. Dengan tidak menjaga dan membelai suami. Bila wanita mengamuk, bila wanita bermasam muka, bila wanita melawan cakap suami, bila wanita memboikot suami. ANDA juga yang rugi !
Hakikatnya ialah, pada hari ini. Wanita bukan sahaja terpaksa bersaing dengan lelaki. Tetapi wanita juga terpaksa bersaing dengan wanita lain untuk 'merebut' lelaki yang bernama suami !
# Isu poligami tidak akan selesai, hinggalah HARI KIAMAT.
24 comments:
hmmmm.. salammm abang long itteww
satu peringatan...dan pandangan
terima kasih abg long..tips ni..heheh
Lelaki itu tegas apabila membuat keputusan terutamanya mahu berkahwin satu lagi. Cinta udah bertaut mana mungkin dapat dipisahkan. Menangis air mata darah sekali pun si isteri, keputusannya tetap muktamad. Rasanya belum ada lelaki yang menanam hasrat utk menikah satu lagi kecundang. Tak dapat sekarang lambat laun dapat juga...
Allah mmg sudah mgizinkan lelaki utk beristeri lebih drp 1. Siapalah kita utk mghalang. Redha & ambil peluang ini utk lebih mencintai Allah. Hanya kasih Allah kasih yg sejati.
terimakasih abg long..gud tips..
kesian gak erk... ermmm
errrr..betul ke nisbah jantina
10 orang wanita:seorang lelaki???
kalau betul...
terima je lah qadaq gadar dari tuhan.
tapi bak kata Salleh Yakub ..golongan terpilih saja yg dpt harungi khidupan spertinya.
Abg Long & family,apa khabar?
:D
terima kasih abg long.. tips yg sgt bagusss. muahhahahha
abg long... sy berpoligami & berkongsi suami tp tdk berkonfrantasi
Salam abg Long..tips yg sgt berguna bg kaum hawa untuk mengelakkan(andai boleh) suaminya berkahwin lain.Saya pernah mengizinkan suami kwen lagi tp akhirnya dia sendiri tarik diri bila rasa diri tak mampu..namun rmhtangga kami runtuh bukan disebabkan poligami tp sbb lain.
hmmm... topic kontrevesi...dan melekit
...jadikanlan diri kita istimewa di mata suami...iaitu dia tidak akan mendapat keistimewaan itu pada wanita lain...sejauh mana pun dia pergi dia pasti teringat pada keistimewaan kita itu...
salam abang long..
sungguh bermakna sekali en3 kali ini.tq
yup.. agree...
berdoa lah selalu supaya dipanjangkan jodoh kepadaNya..
Tips yg berguna untuk yg nak kawin, baru kawin jugak yg lama dah kawin macam lara hahahaha
layan suami lebih sukar dari layan baby. kena sabar je....memang betul masalah poligama takkan pernah selesai selagi lelaki gagal memperlihatkan keadilan yg tak perlu dipertikaikan dan selagi wanita masih tebal sifat tamaknya samada yg isteri tua atau isteri muda. Suami atau isteri tu hak Allah sebenonye kita tolong jaga jek kan kan kan abang long!
Abg long,
chekdee tak suka ...iklan di tv ..tentang minuman tongkat ali dan kacip fatimah..... hmmm.....
Kata seorang ustaz ....kalau kita nakkan hubungan yang baik dengan pasangan kita ..... jaga sahaja kebersihan diri dan hati .....
tq to abanglong utk entry ini
tips berguna nih! :)
Saya doa agar saya takkan dimadu .Amin.
Adinda Long, sebenarnya perkahwinan adalah ibarat satu perjudian. Maka dengan itu, samada perkahwinan itu akan kekal bahgia hingga ke akhirnya atau tidak, dan samada suami itu akan jadi hak kita seorang sehingga akhir hayat atau sebaliknya, adalah tertakluk kepada rezeki kita sebenarnya!... Kalau rezeki kita barakah... maka barakahlah ia sehingga ke akhirnya!... Nekcun selalu berdo'a agar rezeki nekcun dengan atok sentiasa barakah!...
Alhamdulillah.... setakat ini Tie dah faham benar tentang suami.. ekekeke.....
Dan harap kaum2 seangkatan pun gitu laa...
Sensasi !
Topik yg agak bagus. :)
Post a Comment