Monday, June 22, 2009

WALIMATUL URUS

Walimah.


Syukur Alhamdulillah. Selesai sudah majlis walimatul urus. Berjalan dengan jayanya seperti yang dirancangkan. Majlis yang diadakan pada waktu malam itu, telah menghimpunkan sanak saudara dari Perlis hinggalah ke Singapura.


# Cuba teka, yang mana satukah isteri Abang Long ?


Sederhana tetapi meriah. Maklumlah, ini adalah majlis perkahwinan yang terkahir bagi keluarga mertua aku. Ramai sanak saudara yang telah bertahun tidak bertemu, akhirnya berkumpul dan beramah mesra.


Yang paling seronok apabila lima generasi bertemu, dari moyang, datuk, anak, cucu dan cicit. Makanan untuk majlis dimasak sendiri oleh ibu mertua aku. Memang meletihkan. Waktu bila hendak memasak, waktu bila hendak melayan tetamu yang datang berpusu - pusu.


Pada sebelah paginya, hujan telah turun mencurah - curah selama hampir setengah jam. Dan Alhamdulillah, cuaca bertambah baik, hinggalah majlis selesai pada tengah malam.


Yang pasti. Walupun penat, tetapi AHLI keluarga telah bertambah.

16 comments:

en_me said...

meriahnyerr kannns.. salamm abang long itteww

ez said...

seronok kans abg long dpt jumpe sanak saudara..hehhe..

silversarina said...

Semuanya cantik-cantik... maknanya isteri abang long memang cantik !

kuIna LadyInRed said...

keluarga besar mestilah angkatan yg ramai... sy ada adik beradik terutama yg jrng brjmpa dah tak kenal.

AyKay said...

nanti kena tunggu giliran walimatul urus cucu-cucu lah pulok

zara said...

Memang meriah dapat bertemu saudara mara ni. Mulalah terdengar nostalgia mengusik kalbu.

Semoga berbahgia.

fusarium solani said...

Bestkan bila kenduri. Riuh rendah dengan gelak tawa keluarga!

atty's said...

seronok dpt jumpa sanak sedara

aNIe said...

Bila ada majlis walimatul urus...memang sanak saudara akan berhimpun...tu yang meriah tu...

Alhamdulillah segalanya selamat...

Akak tak dpt teka yang masa isteri abang long...yang akak tau isteri abang long cantik...:)

pB said...

Salam


hitam itu menawan

masni qisrine said...

sy teka yg 3 dr kanan sy
err..betol tak?

Kak Zue said...

Meriah bila saudara bersua muka meraikan yang dirai.

chekdenoor said...

wah...bestnyer dapat makan nasi minyak....... mudah-mudahan semakin ramailah umat islam di dunia

Jie said...

Lamanya tak ada majlis kenduri kahwin...

Mak Su said...

tak pandai saya nak teka :)

wah, semua berpakaian hitam, macam panglima :)

HappyIrfa said...

salam abg long..
alhamdulillah,majlis berjalan dgn lancar.hujan rahmat tu