Bila Ulama' tiada ...
Tahun ini, sehingga bulan Jun, telah 2 orang ulamak besar pergi meninggalkan kita buat selama - lamanya.
Bulan Mei, Ayatullah Al Uzma Muhammad Taqi Behjad telah kembali ke rahmatullah. Dan beberapa hari lepas As Syeikh Fathi Yakan telah menghembuskan nafas terakhir dan meninggalkan umat Islam.
AL FATIHAH buat mereka.
Aku tidak bijak mengulas mengenai dua ulamak besar dan hebat ini. Cuma, kedua - duanya meninggalkan kesan yang tidak sedikit dalam mencorak kehidupan aku sekeluarga.
Aku masih terkesan dengan usrah yang dipimpin oleh Syeikh Muhammad Nur Mansur Al Hafiz, Imam Besar Masjid Negeri Perak. Dimana, buku - 'Apa Erti Saya Menganut Islam' karangan Syeikh Fathi Yakan telah dijadikan teks usrah. Diwaktu itu, Syeikh Muhammad Nur masih belum menjawat jawatan sebagai Imam Besar Masjid Negeri.
Diwaktu itu juga telah berlaku apa yang disebut sebagai kebangkitan Islam. Bermula dari Revolusi Islam Iran, kemudian berlaku perubahan yang dibawa oleh Al Arqam, dan bermulalah episod dimana wanita Islam semakin ramai yang berpakaian menutup aurat, hinggalah tersebarnya fitnah dengan kemunculan 'hantu kum - kum' sebagai usaha 'puak dajjal' untuk menghalang pemakaian secara Islam yang menepati syariat.
Oh ... terlalu banyak nostalgia di tahun 80'an yang bersangkutan dengan Islam. Yang pasti dunia ini telah mengalami pelbagai jenis tsunami. Dan Blog Abang long juga akan mengalami tsunami.
6 comments:
buku 'apa erti saya menganut Islam' ada yg menarik untuk dibaca...
saya juga telah ditarbiahkan untuk tidak lagi menganggap Islam itu bukan setakat sebagai agama sahaja...tetapi adalah Ad Din...satu hijrah MEGA yg diperlukan. selamat berhijrah
dah lama tak dengaq hantu kum kum ittewww..
Salam ziarah.
Isu yg menarik..
salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com
harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian
abang long. buat muka tak malu tu tak apa... tak kisah. kalau kena dengan mintaknya. adinda nak mintak apa?
Assalamualaikum,
Saya juga ada terbitkan entri berkenaan ulamak ini. Memang beliau banyak meninggalkan jasa kepada dunia Islam sejagat. Perjuangan beliau dalam agenda Islam memang patut dikenang dan diambil contoh, insyaAllah.
Cuba baca di sini: http://buanadunia.blogspot.com/
-- Web Sutera
Post a Comment