Monday, June 08, 2009

TEWASNYA PEJUANG TULEN (1)


Pandangan dari tepi jalan ...


Pada tahun ini, aku mengambil kesempatan untuk melihat dari dekat akan perjalanan mesyuarat sebuah parti yang kini sedang mendapat perhatian dari rakyat Malaysia. Iaitu Mesyuarat Agung Parti Islam Se Malaysia – PAS. Ianya lebih dikenali sebagai Muktamar Agung. Dan pada tahun ini, suasana agak panas kerana terdapatnya pemilihan pucuk pimpinan parti tersebut.



Itupun kebetulan kerana tempat berlangsungnya Muktamar itu ialah di Shah Alam, berdekatan dengan tempat tinggal aku. Mudah untuk aku kesana dengan menaiki motor buruk aku.



Aku bukannya seorang ahli parti politik, apatah lagi pengamat politik. Jadi tidak akan ada ulasan tentang parti politik diblog ini.


Jika ada tulisan aku yang kurang memuaskan dari sudut politik, tidak ada apa yang mampu aku lakukan. Kerana sudah hampir 20 tahun aku tidak membeli sebarang akhbar arus perdana. Dan aku tidak merasa sebarang kerugian dengan perbuatan aku. Kerana itulah ada ketikanya aku merasa takjub bila ada pembaca yang taksub dan mempercayai sepenuhnya apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana, tetapi agak malang kerana mereka tidak menjadikan Al Quran sebagai ‘bahan berita utama dan WAJIB dipercayai.’



Pemilihan pucuk pimpinan parti PAS sudahpun selesai dan diketahui umum.


Semenjak usia aku meningkat remaja, Cuma beberapa nama sahaja yang aku kenal dalam PAS. Antaranya ialah Haji Hadi, Dato’ Nik Aziz dan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Abang Mat Sabu.


Sebagai orang yang hanya memerhatikan perjalanan politik PAS dari dahulu. Aku dapati Mat Sabu adalah orang yang sering menjadi sasaran dalam perjuangan politik.


Aku merasakan bahawa hampir seluruh rakyat Malaysia kenal atau pernah dengar nama Mat Sabu. Beliau adalah orang yang paling dekat dan paling hampir dengan perjuangan rakyat. Mat Sabu seperti yang aku pernah dengar dan kenal, beliau bermula dalam PAS sebagai ahli bawahan, beliau bermula dari bawah. Dengan bermula dari ceramah yang hanya dihadiri oleh beberapa orang hinggalah kini ceramahnya mampu memukau ribuan manusia. Tidak dinafikan malah aku berani menyatakan bahawa beliau adalah seorang yang bijak berpidato. Tidak ramai pimpinan PAS yang mampu melakukannya.

Mat Sabu adalah pemimpin PAS yang paling banyak kena tangkap. Hingga pernah beberapa tahun merengkok didalam tahanan ISA. Namun semua itu tidak mematahkan perjuangannya. Lihatlah, sewaktu demonstrasi walau dimana juga, wajah Mat Sabu yang akan tersiar.




Mat Sabu yang paling banyak keluar masuk lokap. Dan rasanya beliau adalah orang dalam PAS yang paling banyak mendekatkan rakyat kepada PAS itu sendiri.


Jika ada yang bertanya siapakah pemimpin pembangkang yang paling MESRA RAKYAT. Aku sebagai pemerhati luar akan menyatakan bahawa MAT SABU adalah orangnya. Aku tidak pernah melihat mana – mana pemimpin PAS yang sanggup makan, minum dan berbual mesra dengan orang ramai di ‘TEPI LONGKANG’ atau dimana – mana gerai kecil di tepi jalan selain dari Mat Sabu.



Hatta menurut beberapa orang sahabat aku yang menjadi penyokong PAS dari dahulu. Kalau berlangsung program besar anjuran PAS. Hampir semua pimpinan tertinggi PAS akan duduk semeja sesama sendiri sewaktu menjamu selera. Tetapi Mat Sabu akan berborak dan melayan rakyat marhaen ditepi dewan besar. Maaf, aku tidak pasti sejauh mana kebenarannya.


Bagi aku sebagai pemerhati luar, secara peribadi menyatakan bahawa MAT SABU adalah pejuang rakyat yang sebenar. Mat Sabu adalah PEJUANG TULEN dalam PAS.


Kepada Abang Mat Sabu. Kekalahan dalam pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden ada hikmahnya. Mungkin Abang Mat Sabu kurang memberikan masa untuk mendalami ilmu yang barakah di hauzah – hauzah ilmu.


Aku terbaca mengenai kejayaan – demi kejayaan yang dicapai oleh pejuang Hizbullah. Hasil hubungan akrab mereka dengan para ulamak dihauzah ilmu.


Terlintas dibenak fikiran aku. Akan kata – kata arwah datuk aku di awal tahun 70’an dahulu.


“Kamu jangan jadi orang politik ... nanti kamu lupa baca Al Quran...”

7 comments:

AyKay said...

saya tak pernah nampak mat sabu dari dekat tapi tahu ada beberapa pemimpin lain (dari parti sini dan sana) yg boleh makan tepi jln, jumpa org kpg, cuci kolam, cuci jalan (kekadang tanpa pemberita, dan byk masanya dgn pemberita & photographer)

Fly said...

alangkah bagusnya kalau setiap pemimpin walau dari apa parti sekalipun sikapnya begini, mesra rakyat walau dimana berada : tahniah info menarik

Nek Cun said...

Adinda... apa-apa hal pun, nekcun tetap hormat pada Tuan Guru Dato' Nik Aziz!... ulama dan ahli politik yang boleh ditauladani kerana apa tindakan dia semuanya berlandaskan ajaran Islam dan Al-Quran...

zino said...

berjuang la dengan cara yg betul..

nurie said...

siapapun boleh jadi pemimpin, yg penting niatnya mesti kerana Allah, tujuannya utk kejayaan bersama di dunia & akhirat dan caranya haruslah menurut sunnah Nabi.

Hjh Nik Zulina said...

setiap kita adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal oleh Allah swt tentang apa yang dia pimpin..kalau pemimpin tertinggi lagi banyak tanggungjawabnya...sebab itu lah Khalifah Umar bin Abdul Aziz menangis bila diberi tanggungjawab sebagai khalifah, sebab dia tahu beratnya beban yang bakal dipikulnya..

dfario said...

Saya amat bersetuju dgn pendapat Abg Long mengenai pejuang ini. Walaupun dah berkali-kali beliau dihumban ke dalam ISA, beliau masih tetap dgn perjuangannya. Bagaikan dah kebal dgn hukuman2 yg diberikan oleh pihak pemerintah terhadap dirinya. Beliau masih berjuang & terus berjuang hingga ke hari ini.

Bercakap soal perjuangan, jika kita rujuk kembali sejarah Rasulullah S.A.W., dari hari pertama Baginda menerima wahyu sehinggalah Baginda wafat, diteruskan lagi oleh para Khalifah2 selepas Baginda, dan hinggalah ke hari ini, perjuangan itu adalah satu sahaja, iaitu ISLAM. Tanggungjawab memperjuangkan ISLAM sebenarnya bukan hanya terletak dibahu para Ulama’, Ustaz2 ataupun rakyat Palestin sahaja, tetapi ianya adalah menjadi tanggungjawab semua manusia yang telah mengucap dua Kalimah Syahadah.

Sayangnya, pada hari ini ramai yg menganggap Islam ini cukup sekadar mereka melaksanakan apa yg tercatat di dalam rukun Islam sahaja. Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Mendirikan Solat, Berpuasa di Bulan Ramadhan, Mengeluarkan Zakat & Menunaikan Fardhu Haji di Mekkah bagi yg berkemampuan. Sebenarnya, rukun Islam adalah perkara asas yg perlu dilaksanakan oleh kita sebagai orang Islam. Perkara-perkara lain yg perlu kita laksanakan dlm kehidupan sbg org Islam adalah perlu berlandaskan apa yg dituntut dlm Al-Quran & Hadiths2 Rasulullah S.A.W.

Salah satu perkara yg dituntut ialah menyebarkan dakwah & menegakkan syiar Islam. Rasulullah S.A.W. pd awal2 Baginda menerima wahyu, Baginda telah menjalankan kerja2 dakwah secara perlahan-lahan seperti mana yg sedang dibuat oleh saudara2 kita dlm kumpulan Tabligh. Setelah Islam berjaya disebar dgn meluasnya, Baginda telah menubuhkan kerajaan Islam yg berlandaskan ajaran Al-Quran melalui perundingan & peperangan dgn pemerintah terdahulu.

Ketika mana berlakunya peperangan, Rasulullah S.A.W. dan para sahabat Baginda adalah antara mereka yg berada di saf hadapan dlm menghadapi musuh sehingga ada di antara mereka yg terkorban. Jelas di sini, semua umat Rasulullah S.A.W. dituntut utk memperjuangkan Islam sehingga tertubuhnya kerajaan Islam sebenar yg ditadbir berlandaskan Al-Quran & Hadiths. Kisah ini ada dinyatakan di dalam Al-Quran. Pd hari ini, politik adalah salah satu ruang usaha bagi mewujudkan kerajaan Islam yg sebenar. Pd pandangan saya, mereka yg lebih suka berkecuali adalah sama tarafnya seperti mereka2 yg lari dari pd peperangan menegakkan Islam di zaman Rasulullah S.A.W. yg mana sangat dimurkai oleh Baginda. Tak kiralah parti apa sekalipun, asas perjuangan mestilah ke arah mewujudkan negara Islam yg sebenar. Selagi mana Malaysia tidak ditadbir mengikut sistem pemerintahan yg dikehendaki oleh Allah S.W.T & Rasulullah S.A.W., maka selagi itulah umat Islam di Malaysia diwajibkan berjuang.

*Baca Al-Quran sahaja tidak memadai, perkara yg lebih penting mengenai Al-Quran adalah utk kita memahami & menjalani kehidupan berpandukan isi kandunganNya.