Showing posts with label Program Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Program Ilmu. Show all posts

Sunday, July 25, 2010

Bengkel Penulisan ALAF 21


Bagaikan Air Terjun Niagara.


Alhamdulillah, syukur dan terima kasih aku ucapkan kepada ALAF 21, yang telah berjaya menganjurkan bengkel penulisan.


Penceramah utama, Sri Diah. Aku lebih selesa dan mesra memanggilnya dengan panggilan Kak Sri. Setelah bertahun mengenalinya, kedua - dua buah keluarga mengenali antara satu sama lain. Akhirnya atas dorongan dari para sahabat, dan atas niat untuk berkongsi pengalaman, maka aku menghadiri kursus penulisan dibawah bimbingan Kak Sri.


Setiap kali bertemu dengan Kak Sri. Pasti ada sahaja ilmu yang dicurahkan. Dan pasti ada sahaja bantuan yang dihulurkan. Hingga aku terasa seperti seorang adik dengan kakak layaknya.


Kenapa aku sebutkan tentang air terjun Niagara ? Kerana pada hari kursus tersebut. Selama 4 jam kami berada didalam bilik kuliah. Aku terasa seolah - olah Kak Sri mencurahkan segala ilmu dan pengalaman beliau dalam bidang penulisan.


Segala aspek diterangkan. Setiap teknik penulisan diberikan bimbingan semaksima mungkin. Diselang - selikan dengan pengalaman mahal Kak Sri.


Yang pasti, kelas ini begitu 'kelas!'


Apa yang disyorkan oleh Kak Sri, benar - benar berlaku. "Kita jadikan kelas hari ini tidak formal, anda boleh terus mengajukan soalan pada bila - bila masa." Dan inilah yang terjadi. Sewaktu Kak Sri sedang memberikan kuliahnya. Para peserta terus berinteraksi dan berdialog secara langsung dan santai dengan beliau.


Barulah kedengaran luahan hati peserta yang memahami pahit getir untuk menjadi seorang novelis. Barulah kami memahami tugas dan peranan berat yang terpaksa dipikul oleh seorang yang bergelar EDITOR !


Untuk menjadi seorang penulis, tidak semudah yang disangka, tetapi tidaklah terlalu sukar seperti yang yang digambarkan. Yang penting, minat, usaha, banyak membaca dan komited serta konsisten.


Kepada Kak Sri - TERIMA KASIH atas segala apa yang diberikan. Minda kini sarat dengan pelbagai rencam ilmu hasil didikan Kak Sri.

Kepada ALAF 21 - TERIMA KASIH kerana berjaya menganjurkan bengkel penulisan untuk melahirkan ramai lagi penulis.

Kepada Sahabat Baru - TERIMA KASIH kerana sudi berkenalan, kita bersama membina jaringan antara kita dalam usaha untuk memartabatkan agama dan bangsa.

Friday, June 26, 2009

Seminar tentang IBNU ARABI


Seminar Ibnu Arabi.


Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki kedalam mana - mana universiti. Dan baru - baru ini, aku tidak melepaskan peluang untuk menghadiri satu seminar mengenai tokoh pemikir Islam yang hebat, iaitu seminar yang membincangkan kehebatan ilmu dan pemikiran Ibnu Arabi.


Terlupa dan terleka sebentar dengan penderitaan hidup aku selama 15 bulan yang penuh azab dan derita ini. Apabila pemikiran aku fokus kepada kisah sejarah dan hasil pemikiran Ibnu Arabi yang dibincangkan oleh tokoh - tokoh cendekiawan terkini.


Seminar tentang Ibnu Arabi - "The Relevance Of His Thoughts In The Quest For Sustainability."


Anjuran bersama - Centre Dialogue University of Malaya (Secretariat) dan Cultural Counsellorship, Embassy of Iran, Malaysia.


Alhamdulillah, kertas kerja yang dibentangkan oleh tokoh - tokoh yang tidak asing lagi itu benar - benar menarik dalam beberapa sudut.


Yang paling menarik ialah, bilamana aku turut bertemu dengan beberapa orang sahabat yang sudah lama tidak bertemu, dan masing - masing sudah berjaya dalam bidang masing - masing.


Sesekali menadah ilmu di luar dari lingkungan surau dan masjid terasa begitu enak dan begitu besar perbezaannya. Alhamdulillah.