Sunday, June 24, 2007

PEMANTAUAN



Dalam seminggu, sekali atau dua, pasti aku akan "mengarahkan" anak - anak ku supaya "mengeluarkan" segala barang dan segala "harta benda" didalam beg sekolah mereka. Ala - ala "spot check" begitu.

Aku akan meneliti setiap barang ada yang ada didalam beg mereka. Dari buku, hinggalah alatan menulis dan sebagainya. Ada ketikanya, aku akan terjumpa sesuatu yang menyebabkan mereka sendiri kelihatan seperti "terperanjat", apabila aku bertanyakan apakah barang itu kepunyaan atau hak mereka.

"Uzair, ini pen siapa ?" soal aku kepada anak kedua, sebab setahu aku, pelajar sekolah rendah tidak menggunakan pen dalam tugasan atau kerja rumah mereka. "Err ... itu pen abah ..." jawab anak aku dengan tergagap - gagap. Dan kerana takut dengan kesalahan yang dibuatnya.


Bukan tujuan aku untuk menakut - nakutkan mereka, tapi itu adalah cara, diperingkat awal. Sebagai "petunjuk" kepada anak - anak supaya tahu menjaga barang atau harta benda mereka sendiri. Kerana bukan sahaja aku tidak mahu, mereka mengambil atau "terambil" barang rakan - rakan disekolah, malah aku juga tidak mahu barang - barang atau alatan persekolahan mereka hilang.

# Bukan sekadar mengajar mereka dengan ilmu dari buku, tapi juga ilmu menjaga harta perlu disemai sejak dari kecil.

2 comments:

Latiptalib said...

Wahai adinda Feroz, bagus juga cara adinda. Tetapi lakukan dengan kasih sayang supaya anak-anak berasa hormat. Kalau buat anak-anak menjadi takut dan benci mereka tidak mahu berkongsi masalah lalu mengadu kepada orang lain. Ketika itulah mereka yang tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan.

Abang Long said...

Wahai Kekanda latiptalib, TERIMA KASIH atas nasihat itu. Saya amat menghargainya.