Wednesday, June 27, 2007

Tawaran Percuma


Beberapa hari yang lalu, seorang dari saudaraku bertanyakan samada aku mahu untuk berlanggan ASTRO. Aku katakan, tidak perlu. Cukuplah dengan saluran tv 1,2,3, tv 9 dan ntv7. Atau dengan kata mudahnya, cukuplah dengan saluran percuma yang sedia ada.


Bukan sekali aku ditawarkan dengan saluran Astro percuma, setakat ini, sudah 8 kali aku mendapat peluang itu dari beberapa orang saudara mahupun rakan - rakan.

Bukan kerana aku tidak mampu untuk membayar sewa bulanan. Tetapi apabila aku mengenangkan tentang pelbagai faktor, yang bagi segelintir masyarakat, itu adalah alasan remeh - temeh.


Sedangkan, dengan saluran tv yang sedia ada inipun. Aku dan isteri hampir - hampir tidak dapat mengawal anak - anak dalam menghadapi karenah yang pelbagai. Bayangkan jika dirumah aku ada kemudahan menonton tanpa sebarang had dan kawalan.

Dan, aku sendiri, secara peribadi telah dapat melihat dan mendengar segala kerosakan, yang berlaku disekeliling akibat dari siaran yang keterlaluan dari saluran tv yang tidak terkira jumlahnya itu.

Secara peribadi, aku sendiri sering tidak berkesempatan untuk menghadap kaca tv. Aku hanya melihat Berita Perdana ataupun Buletin Utama. Dan sesekali melihat Berita Dunia Jam 10 ataupun Nightline. Dan aku selesa dengan apa yang aku perolehi.

Perkara yang menjadi keutamaan, dimana aku terpaksa menolak dari memperolehi saluran tv tersebut adalah, selain dari kesukaran untuk memantau apa yang boleh dan tidak boleh ditonton oleh anak - anakku yang semuanya masih dibangku sekolah adalah. Pengalaman aku sendiri, dimana ramai rakan dan saudara yang mengadu dan mengeluh tentang sikap anak - anak mereka yang tidak berdisiplin dan sukar dikawal.

Alangkah baik dan jauh lebih bermanfaat, andainya masa ibu bapa lebih diberikan untuk menghadap anak - anak sewaktu menelaah pelajaran, berdamping dengan anak - anak sewaktu program membaca sekeluarga, mengajar anak - anak membaca Al - Qur'an, berbual mesra dan santai dengan anak - anak sambil menceritakan tentang sejarah Islam dan perjuangan sahabat - sahabat, dan seribu satu perkara yang boleh membina minda dan sakhsiah anak - anak.

Namun, terpulang kepada kebijaksanaan ibu bapa dalam menghadapi situasi dunia semasa yang penuh pancaroba ini. Sebagai ibu bapa muslim, sewajarnya kita tahu apa yang terbaik untuk anak - anak dan diri kita untuk menjalani kehidupan berpandukan kepada syariatnya.

2 comments:

admin said...

emm... memang ada citer2 di astro yg agak keterlaluan babak2nya. kdg biler ita tengah nengok ngan mak ngan abah, ita jadi segan, dan abah cepat2 tukar canel.....

Mardihah said...

kerana itu juga,
astro yang dipasangkan di rumah kampung, saya potong chanel yang tak berkenaan....

hmmm...agak-agaknya, inilah perang pemikiran, hiburan..masyarakat islam hari ini..

kita timbang-timbangkan..

salam perpaduan abang long!