"Apa faedah yang kamu dapat, bila membaca novel ?"
Itulah soalan yang telah lama aku tunggu, dari ketua jabatan aku sendiri. Tetapi, cara dan masa dimana soalan itu diberikan agak kurang tepat. Dimana, bos aku bertanya sewaktu mesyuarat baru sahaja selesai. Waktu itu masing - masing sedang mengemaskan fail yang menimbun diatas meja.
Sambil tersenyum dan menghela nafas, sebelum memberikan jawapan, aku telah bertanya sesuatu yang aku perlu dapatkan jawapan terlebih dahulu.
"Maaf, sebelum saya memberikan jawapan, izinkan saya untuk bertanya terlebih dahulu".
"Ok, apa dia ?" bos aku memberikan peluang untuk aku bertanya.
"Apa pandangan encik tentang budaya membaca ?" soalku.
"Erm... satu budaya yang baik, yang perlu dipupuk, dan untuk memajukan diri, bangsa dan negara", bos aku memberikan pendapatnya.
"Kalau begitu, itulah sebabnya saya membaca novel, dimana mereka yang tidak pernah atau sesekali sahaja membaca novel tidak akan mendapat faedah, atau tidak memahami apa faedah yang akan diperolehi hasil dari membaca novel" ... aku meluahkan hujah yang selama ini tersimpan.
Aku terus menyambung hujjah, "bilamana seseorang itu membaca novel, selain dari mengetahui tentang kisah masyarakat, kita juga, sekurang - kurangnya mengetahui cara untuk menyelesaikan masalah, samada masalah antara sesama manusia mahupun masalah kita dengan tuhan". Aku memerhatikan keadaan sekeliling dimana, rakan - rakan sepejabat mendengar jawapan yang aku berikan, dengan begitu tekun.
Usai sahaja aku memberikan jawapan, yang ku kira ringkas tapi padat. Akhirnya ketua pejabat aku dengan tersenyum berkata "saya berpuashati dengan jawapan yang kamu berikan !"
Dan menyambung lagi, "sebenarnya, setelah begitu lama saya memerhatikan kamu baca novel, saya rasa berminat pulak ..... hehehehehe" ulas ketua pejabat aku. Diwaktu itu rakan - rakan sepejabat aku sama - sama tertawa.
Lalu seorang rakan aku bertanya penuh minat "apa novel yang encik dah baca ?"
"Ha ... itu rahsia, tapi novel tu memang menarik, dan saya sendiri tak sangka novel berbahasa melayu dah mencapai standard yang begitu tinggi" ulas bos lagi.
Akhirnya, rakan novel aku telah bertambah dipejabat. Dan paling menggembirakan, sebab Ketua Pejabat aku sendiri menjadi - PENCINTA NOVEL.
# Impian Terindah adalah novel yang sekarang sedang ditatap oleh Ketua Pejabat aku (hanya aku yang tahu rahsia ini) itupun setelah aku mendesaknya berkali - kali.
No comments:
Post a Comment