Syukur Alhamdulillah, pada 13 hb Jun, bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Aku sekali lagi telah berpeluang untuk memenuhi jemputan dari ALAF 21. Untuk menghadiri Majlis Pelancaran Novel Nostalgia.
Teruja apabila buat pertama kalinya, aku bertemu muka, dengan beberapa orang novelis, sasterawan negara dan juga pelakon dan pengarah filem yang terkenal disamping berbual mesra dengan mereka.
Sasterawan negara yang aku maksudkan tidak lain, dan tidak bukan iaitu - Sasterawan Negara Dato' Shahnon Ahmad, serta Azizi Hj. Abdullah dan Puan Khadijah Hashim. Dan pelakon serta pengarah filem yang tidak asing lagi iaitu - Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin. Juga sempat bertanya khabar dengan Sasterawan Negara - Datuk A. Samad Said dan juga Dr. Lim Swee Tin.
Aku tiba bersama dengan rakan - rakan dari Kelab Peminat Novel ALAF 21, pada jam 2.30 petang. Sempat berehat sebentar dilobi hotel. Dan tepat jam 3 petang, kami beramai - ramai memasuki Dewan Mahligai hotel tersebut.
Aku bersama dengan saudara Roslan @ Mersik, duduk dibahagian hadapan, berada sebaris dengan A. Samad Said dan Dr. Lim Swee Tin dan Dr. Monique Zaini Lajoubert (pensyarah bahasa Perancis yang fasih berbahasa Indonesia).
Majlis yang penuh gilang gemilang itu dimulakan dengan ucapan alu - aluan oleh emcee majlis iaitu Encik Hashim Anang. Disusuli dengan ucapan dari Pengurus Besar ALAF 21 Sendirian Berhad iaitu Encik Norden.
Majlis diteruskan dengan sepatah dua kata dari Sasterawan Negara iaitu Dato' Shahnon Ahmad, diikuti dengan ucapan ringkas tapi penuh bermakna dari Azizi Hj. Abdullah. Dan diserikan dengan ucapan dan sajak yang begitu mendalam maksudnya dari Khadijah Hasim yang bertajuk - "Terlebih".
Akhirnya, ucapan perasmian telah disampaikan oleh Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin.
Dr. Lim Swee Tin, sebagai tetamu jemputan telah mendeklamasikan sajak dengan penuh perasaan dan semangat. Usai sahaja sajak dibacakan. Kesemua tetamu kehormat telah dijemput untuk mengiringi Tan Sri Jins untuk merasmikan pelancaran 4 buah novel nostalgia.
Diantara novelis ALAF 21 yang telah hadir dimajlis yang penuh gilang - gemilang itu, terdiri dari Anis Ayuni, Durrah Fatiha, Norzailina Norden, Lilly Haslina, Laila Karmila, Lynn Dayana, dan Rosse Harissa.
Aku juga telah bertemu dengan beberapa orang blogger iaitu Saudara Zaifulnizam (Naib Presiden Geng Jurnal), Cik Carrie Kirana (pengulas novel yang terkenal) dan Saudara Hizamnuddin (web sutera).
Majlis itu juga mendapat liputan dari media massa tanahair.
Inilah satu pengalaman paling indah terakam dalam sejarah hidupku. Bilamana orang yang selama ini aku dengar dan lihat dikaca tv, akhirnya dapat bertemu dan beramah mesra dengan mereka.
Bak kata dari En. Norden, "inilah diantara usaha kami (ALAF 21), dalam usaha untuk memartabatkan novel nostalgia".
Tetamu yang hadir juga telah diberikan cenderahati berbentuk novel nostalgia.
Sekali lagi aku ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada ALAF 21, khususnya kepada En. Norden yang telah sudi menjemput aku dan teman - teman dari ALAF 21 FC.
Berita sepenuhnya boleh - klik disini
1 comment:
Nampak gaya nak kena ke kedai buku di Karangkraf mencari novel novel nie...
Post a Comment