Tuesday, June 05, 2007

Macam - macam kisah (17)


Kisah 1 - Baru semalam.

Aku tiba dipejabat seawal jam 8.10 pagi. Membuka pintu bilik, dan meletakkan briefcase diatas meja kecil. Sambil berdo'a untuk memulakan tugas. Usai berdo'a, aku terus mengambil telefon bimbitku dari dalam kocek seluar.


Pada waktu itulah, baru aku tersedar, rupa-rupanya ada sms didalam peti simpanan. Sms dari rakan sepejabatku.


"Maaf encik, suami sy meninggal smlm". Usai membaca, dahiku berkerut seribu, aku langsung tidak memahami mesej itu. Kerana yang menghantarnya adalah rakan lelaki yang bertugas satu pejabat.


Lalu aku mengambil keputusan untuk menghubunginya, untuk mendapat gambaran sebenar, tentang mesej sms tersebut. Panggilan itu dijawab oleh seorang wanita. Aku terus memberikan salam "Assalamu'alaikum". Dan wanita itu menjawab salam aku dengan suara tangisan yang begitu hiba.



Tanpa dipinta atau ditanya oleh aku, si wanita itu terus berkata "Encik, suami saya accident semalam, dia ...... dia dah meninggal". Aku terkedu, tidak dapat berkata - apa apa, namun aku terus mengucapkan Innalillah ... sambil memberikan semangat buat wanita tersebut. Aku terus berkata "begini, saya harap awak bersabar ye ............... InsyaAllah, saya akan kesana, Assalamu'alaikum".


Usai berbicara, aku terus tersandar. Baru semalam aku bergurau dengan kawanku itu. Baru semalam dia berani bergurau kasar dengan aku. Sewaktu minum aku tersedak dan dia berkata "kawan aku macam tu juga... lepas tiga hari... terus jalan". Namun aku tidak mengambil hati langsung. Rupanya dia terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi.


# Al - Fatifhah.


Kisah 2 - Kubur.
.
.
Seingat aku, kali terkhir aku pergi ke kawasan kubur adalah sewaktu hari raya aidil fitri yang lalu. Itupun untuk membersihkan kawasan yang dipenuhi semak samun. Kawasan kubur yang menempatkan kaum kerabat aku yang telah meninggal dunia.
.
Kini, sekali lagi aku pergi kesana. Kali ini adalah untuk "menghantar" kawan sepejabat yang begitu banyak membantu aku dalam urusan kerja. Seorang yang tidak banyak bercakap apatah lagi bergurau senda. Cuma beliau lebih banyak tersenyum.
.
Kesedihan adalah lumrah, bilamana kita berpisah kekal. Tapi kali ini, aku tidak mampu menahan kesedihan yang teramat. Bilamana terpandangkan anak - anak arwah yang masih kecil. Seorang anak arwah yang berusia 5 tahun, telah datang untuk bersalam denganku. Tiba - tiba aku jadi hiba, lantas aku terus memeluk anak tersebut. Aku peluk dengan begitu erat, sepertimana aku sering memeluk anak - anakku. Aku terus menangis, memang aku tidak dapat menahan kesedihan. Aku terus mencium dahinya.
.
Rakan -rakan sepejabatku, melihat situasi ini. Namun semuanya berwajah muram. Yang mampu diucapkan diwaktu itu adalah - kasihan.
.
# Selama 1 jam aku didalam kereta, tidak mampu untuk menghidupkan enjin. Aku terbayang, andainya aku juga begitu. Dimanakah anak dan isteriku akan menumpang kasih.
.
.
.
Kisah 3 - Muram sepejabat.
.
.
Hari ini, suasana di pejabat memang muram. Kami kehilangan seorang rakan.
.
# Teringat kepada kata - kata Imam Ali - "berbuat baiklah kamu kepada manusia, sehingga jika kamu tiada, mereka akan menangisi kematianmu, dan jika kamu hidup, mereka akan terus mengasihimu".

5 comments:

Anonymous said...

Pagi2 lagi dah paksa saya menitiskan air mata. Alfatihah. Semoga rohnya dalam golongan orang2 pilihan Allah. Aminnn...

~zalisa maz~

pB said...

Pagi pagi lagi dah sedih ...

kenyataan nya begitulah , semua yang hidup pasti akan mati.

Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang yang memperolehi kemenangan di akhirat nanti ... amin

Moga keluarganya juga tabah menghadapi perpisahan ini .....

Puteri Ezza said...

Salam Bang Long...

Kehidupan di dunia ini hanya sementara. Itu janji Allah kepada kita semua. Semoga roh sahabat abang Long ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Abang Long said...

Wahai Puan Sifu Zalisa, itlah namanya takdir.

pb, rasa sedih yang termat bila melihat anak arwah.

puteri ezza, begitulah hakikatnya.

Anonymous said...

Salam Abg Long...

Al-Fatihah bwat arwah...semoga rohnya dirahmati ALLAH..dan ditempatkan di tempat org2 yg beriman...

sjak akhir² terlalu ramai risha dengar org meninggal....ntah laa bile dgar crite² macam ni bwat Rishha rase x selesa...