Friday, June 08, 2007

Macam - macam kisah (18)


Kisah 1 - TEPAT WAKTU.

Waktu: 19:15
Lokasi: Carrefour, Subang.

Bertahun lamanya, aku tidak melalui jalan ke Sunway Piramid. Namun disebabkan mesyuarat yang aku perlu hadiri, berlangsung dikawasan Bandar Sunway. Maka Aku telah melalui kawasan ini. Kesesakan jalanraya dihadapan Carrefour dirasakan sudah tidak terkawal. Dan aku pula bukannya seorang yang arif tentang selok – belok dikawasan itu.


Pergerakan kenderaan begitu perlahan, dan ada ketikanya langsung terhenti. Aku melihat pelbagai reaksi pemandu, ada yang berada didalam keadaan tertekan, ada yang kelihatan menyanyi dan sebagainya. Namun aku tetap tenang, kerana mesyuarat dijadualkan bermula jam 8 malam. Dan aku telahpun berada dikawasan yang dijanjikan, cuma untuk mencari kawasan parkir sahaja.

Tiba sahaja dikawasan meletakkan kereta, aku mendapat sms – “abg long d mana skrg ?”. Dan aku menjawab kembali “dah sampai dah, tunggu je”.

# Inilah BUDAYA ISLAM – MENEPATI WAKTU !.



Kisah 2 - Berani Tanya.

Waktu: 22.10
Lokasi: Pusat Dagang Setiajaya.


Begitu banyak persoalan yang telah diajukan, dan semuanya telah dijawab dan ahli berpuashati dengan program yang bakal diadakan tidak lama lagi. Masing – masing menggunakan HAK ASASI mereka dengan semaksimum mungkin. Bukan sekadar datang, dengar, minum dan tergesa – gesa hendak balik.

Menjadi kebanggaan buat diriku, bila sudah ramai yang berani bersuara, menyampaikan idea, pendapat, cadangan dan komen secara berterus – terang. Mesej aku berjaya, dimana aku kerap memberikan komen – JANGAN JADI ORANG MELAYU, YANG CUMA PANDAI BERCAKAP DIBELAKANG ! Rumah sudah siap Pahat berbunyi !.

# Yang lebih menggembirakan aku, bilamana ahli dari kaum wanita, sudah bijak menyampaikan idea dan berani untuk berhujjah dengan fakta !. Lembut tetapi TEGAS !.



Kisah 3 - MASIH DIRAHSIAKAN.

Waktu: 23:10
Lokasi: Leisure Commerce Square


Kata sepakat telah dicapai, rundingan berjalan dengan penuh keterbukaan, dan sekarang masing - masing pihak cuma menunggu jawapan rasmi dari mereka yang bertanggungjawab, dan juga personaliti yang terbabit.



Terasa indah, bilamana dapat berbincang dan masing - masing memahami akan hasrat diantara kedua belah pihak.

Yang penting adalah fokus kepada apa yang akan dilaksanakan. Maka, tunggu sahaja pengumuman rasmi mengenainya, samada didalam Blog Abang Long, ataupun didalam Blog Kelab Peminat Novel ALAF 21.


# SULIT & PERSENDIRIAN

3 comments:

Noushy Syah said...

Cakap biar terangkan Abg Long! Begitu juga bila memberi pandangan....and one more thing...I noticed that my msian friends masih tak berapa mahu mengatakan perkataan NO bila tak mau sebaliknya suka go round the bush...

Boleh jadi sebab bukan budaya mereka but to me when saying yes and No - mean it! Saying NO doesn't make you a bad person! ie, kalau x dpt dtg jgn bg alasan begitu begini, just say, I tak dapat dtg sebab malas umpamanya, habis citer..susah ke?

Anonymous said...

Selalu kita dengar ungkapan 'jam melayu'. Alasan nak ikut 'jam melayu' pun beribu. Entahlah.

Kalau semua orang sedar betapa berharganya masa, alangkah eloknya.

~aininn naufal~

Abang Long said...

noushy syah, memang benar bagai dikatan, masyarakat Mlaysia masih belum berani berkata TIDAK.

Wahai Adinda Sfu Ainin, ramai yang dah sedar, dan ramai yang sudah terkena, tapi masih belum ramai yang berusaha untuk BERTINDAK.