Thursday, June 07, 2007

Macam - macam kisah (17)


Kisah 1 - 3 dalam 1.


Hari ini, dan malam ini. Aku akan mengadakan perjumpaan dan mesyuarat yang begitu penting untuk Kelab.

Hari ini, dan malam ini juga, aku akan mengadakan pertemuan dengan beberapa orang dari seberang laut. Bagi membincangkan program dimasa hadapan.

Hari ini, dan malam ini juga, aku akan bertemu dengan seorang pemimpin dari sebuah pertubuhan yang agak besar, bagi membincangkan tentang projek kerjasama gabungan.

Andainya, aku mengambil waktu satu jam bagi satu kumpulan, bermakna aku akan meluangkan masa selama tiga jam. Biarlah, itu semua adalah bagi faedah semua.

# 3 dalam 1. Itu tidak termasuk acara minum - minum dan makan - makan.



Kisah 2 - 3 bulan.


Bagi diri aku, setiap apa yang hendak dibuat. Aku akan pastikan tentang 2 perkara. Pertama - apa yang mahu dibuat dan segala perancangannya. Kedua - ketepatan waktu, aku tidak akan berkompromi dengan mereka yang tidak menepati waktu, atau suka melengah - lengahkan waktu, atau bersikap "tidak apa" berhubung dengan waktu. Malah aku bersedia dan sanggup untuk membatalkan projek, andainya individu itu tidak menghormati pendirian aku ini.

Bukannya mudah untuk melaksanakan sesuatu projek. Dan bukan mudah juga untuk mengaturkan pertemuan seperti hari ini.

# Bak kata seorang CEO, kalau kamu sudah tahu jalan di KL ini selalu "jam", kenapa tidak keluar awal ?.



Kisah 3 - JANGAN MATIKAN TELEFON BIMBIT.


Pasti ramai yang ketawa, bila setiap emel terakhir atau sms dari aku, ayat diatas akan kuberikan. Terutamanya bila bercadang untuk mengadakan pertemuan atau mengadakan sesuatu projek.

Aku mempunyai banyak pengalaman tentang perkara ini. Ada yang tidak dapat datang dan pelbagai alasan lain, akan mematikan telefon bimbit. Supaya mereka mempunyai alasan untuk tidak menyertai sesuatu program atau "cuba lari" dari terpaksa menghadiri sesuatu program.

# Biarlah bersikap jujur, andainya tidak mampu atau ada pelbagai halangan, maklumkan dari awal.

7 comments:

Unknown said...

Jangan mare2. Saya pun suka off HP. Bukan apa. Ada masanya malas nak bercakap dengan sesiapa pun juga. Bukan sebab nak ponteng apa2 urusan ;)

Abang Long said...

Wahai Puan Sifu Zalisa. Yang dimaksudkan adalah bila mana ada program atau urusan mustahak yang telah dirancang bersama. Abang Long hanya mematikan telefon bimbit pada jam 10 malam, setiap malam Juma'at.

pB said...

Tak pernah off hp ...

Abang Long said...

pb, 1:10 orang tidak pernah mematikan telefon bimbit.

Unknown said...

Mmmm... macam ada projek besar je tu. Ooo.. mungkinkah mengenai usahasama tu?

Mardihah said...

Macam saya...tapi bila sebab malas nak layan panggilan admirer..akhiranya bukan takat off hpone...terus tukar nomb lain...

he he

abang long, nak link kan blog abang long di blog dihah ya!harap2 setuju sahaja..tambah ukhwah dan kenalan..

Abang Long said...

Wahai Adinda Sifu Ainin, memang projek besar, tercungap - cungap dibuatnya ... hehehehehehe ... tunggulah pengumuman rasmi tentangnya.

qudwah_mardihah, sampai tukar nombor ?, aduhaaiiiii .... nak link kan ...silakan ... KEBENARAN diberikan.