Entri aku pada kali ini, aku akan memberikan jawapan kepada beberapa emel yang aku terima. Dimana ada yang memberikan komen pedas dan pedih, dan tidak kurang juga yang mempertikai apa yang telah aku lakukan selama ini.
Semuanya berpunca dari beberapa entri aku tentang budaya membaca novel. Dimana, aku pasti mereka ini, tidak membaca setiap entri yang aku masukkan didalam Blog Abang Long ini.
Satu perkara yang perlu difahami adalah - Blog Abang Long, adalah Blog peribadi, jadi terpulang kepada pemiliknya untuk menyiarkan apa sahaja yang disukai. Atau menyiarkan sesuatu yang baik untuk dikongsi oleh sesiapa sahaja.
Kebanyakan entri didalam Blog ini adalah kisah peribadi dan pengalaman aku dalam menghadapi satu - satu perkara atau peristiwa. Yang mana perkara atau peristiwa itu dari satu segi agak menarik untuk diperkatakan atau untuk dijadikan bahan renungan oleh pengunjung blog.
Adakah disebabkan beberapa entri tentang novel, maka blog ini disifatkan sebagai mempelopori budaya membaca novel yang mempunyai budaya dan akhlak yang rendah ?.
Terus - terang, ada diantara entri didalam blog ini sendiri, aku telah menceritakan tentang budaya ilmu, budaya membaca bahan ilmiah dan budaya mengamalkan apa yang diperolehi dari bahan - bahan ilmiah.
Jadi kepada mereka yang cuba menghentam secara melulu, tentang blog ini, silakan mengunjungi blog ini hari - hari, supaya jelas tentang sikap aku sebagai pemilik blog ini dalam MEMBUDAYAKAN ILMU.
3 comments:
Saya petik ini dari laman blog saya sendiri http://mardihah.blogspot.com
1) Menulis blog untuk perihal peribadi. Ala-ala diari….zaman canggih ni …semua orang mahu mencuba sesuatu yang baru. Kalau hari ini kita buka laman-laman blog…memang ramai yang menulis…tetapi seperti satu kisah peribadi. Ala-ala bibliografi. Saya segan sikit menulis tentang perihal diri, melainkan ada sesikit entri peribadi untuk menjalankan kajian…terhadap diri dan memperingati diri tentang sesuatu yang menyanggah fikiran.
2) Ramai juga yang menulis tentang Ilmu, berkongsi pandangan , bertukar pendapat dalam pelbagai bidang juga perkara. Saya suka bercerita tentang buku dan pengalaman juga menulis tentang dunia dan akhirat. Sesungguhnya bidang penulisan memberikan gambaran meluas terhadap penulis. Menulis memberikan gambaran terhadap sikap seseorang. Gaya bahasa, jalan cerita dan susur ayat yang mengalir akan membuatkan ramai terpanggil untuk menjelajah ke blog. Suka saya ingatkan pada diri saya sendiri…bahawa saya sedang membina ayat-ayat dengan “membanyakkan membaca”. Banyak membaca akan memberikan ilham dan seterusnya memberikan gambaran peribadi. Satu contoh blog yang saya cemburui adalah Faisal Tehrani. Gaya bahasanya ketika dalam “Cinta Hari-hari Rusuhan” berlainan sekali dengan “Bila Tuhan Berbicara”….Beliau matang dan menceriakan pembacanya. CHHR berat dari sudut penciptaan watak ..BTB bersahaja dan membuatkan saya tidak kering gusi. Juga fokusnya terhadap pengembangan ilmu dan beberapa komentar terhadap beberapa isu. Saya ingin popular sepertinya tetapi mengambil masa.
~Hmmmm....bukan senang juga jadi abang long....popular ya...
tapi itu asakan yang bagus kerana dalam memuji adan juga yang datang menguji~
Salam Perpaduan~
blog saya adalah dairi saya ....
my blog is my handbook diary.yg x perlu diusung ke sana ke mari.bcoz it still there.
tht's one way to express what we feel and what we think..
Post a Comment