Monday, June 04, 2007

Macam - macam kisah (16)


Kisah 1 - Seluar pendek.



Sewaktu berkunjung kerumah kenalan isteriku, baru - baru ini. Aku benar - benar merasa rimas dan tak keruan. Aku bukannya terdiri dari golongan pak alim. Tetapi memang terasa kurang selesa. Rumah kenalannya itu tergantung ayat - ayat suci. Ibunya tidak bertudung, dan kedua - dua anak gadisnya hanya memakai baju t-shirt ketat dan berseluar pendek.


Hampir setengah kemudian, baru ayahnya keluar dari bilik dan menyapa kami dengan penuh hormat. "Maaflah, tadi saya bersolat", ucap pakcik tersebut yang berada didalam lingkungan 60'an. "Tidak mengapa" jawab kami ringkas dengan senyuman.


Mereka melayan kami dengan penuh hormat dan penuh kemesraan, sambil bertanya khabar. Si anak gadis itu juga menghidangkan kami dengan sedikit jamuan. Aku melihat isteriku kerap mengerling kearahku, apabila rakannya (si anak gadis) itu berbual mesra denganku.



# Maaf, aku tidak berniat untuk mempertikai cara berpakaian seseorang, tetapi dari segi budaya pun memang terasa tidak manis. Apatah lagi bila ada tetamu didalam rumah.



Kisah 2 - MATA ANAK & ANAK MATA.
.
.
Anak - anakku diam membisu seribu bahasa, sewaktu bertamu. Bukan suatu yang menjadi kelaziman kepada anak - anakku, dimana sahaja mereka berada, mereka pasti akan bermain, hatta berada dirumah sesiapa pun. Tetapi kali ini anak - anakku seperti tidak riang dan cergas. Rupanya, baru aku sedari, rumah yang dikunjungi tidak ada barang permainan dan tidak ada anak kecil didalamnya.
.
Dan yang paling utama, mungkin kerana asuhan dari ibu mereka (isteri ku), dimana beliau sering berpesan "ingat, kalau pergi rumah orang kaya, jangan main - main, jangan lari - lari, kalau jatuh barang ke, jatuh kaca ke, nantikan susah !".
.
Ini bermakna asuhan itu berjaya meninggalkan bekas. Dimana mereka telah berkelakuan yang sepatutnya. Mata seorang anak begitu tajam. Tetapi yang sukarnya adalah anak mata si ayah.
.
.
# Alahai ...
.
.
.
Kisah 3 - SINIS.
.
.
Bergerak sahaja kenderaan meninggalkan rumah kenalan tersebut. Isteriku terus bergurau "mata abang dah cerah ?". Aku diam tidak menjawab. Spontan anak ku yang pertama bertanya "Ummi, kenapa dengan mata abah ?". Aku menjawab berbasa basi "mata abah masuk habuk", sambil menjeling kearah isteriku yang kelihatan tersenyum mendengar jawapan yang paling tidak logik !.
.
.
Tiba - tiba, sewaktu dalam perjalanan, isteriku bertanya "bang, seluar pendek untuk orang perempuan murah tak ?". "Kenapa", soalku pendek. "Tak ada apa" jawabnya pendek.
.
.
# Aku terfikir, kenapa agaknya pelakon iklan dikuasai oleh oleh kaum wanita.

4 comments:

Anonymous said...

Ish... nakal sungguh mata tu kan? Nak kena ni.
Kanda belilah satu short untuk kakak tu. Ooo... kanda, kiriman tu akan dipos sehari dua lagi, insya Allah.

~ainin naufal~

Unknown said...

Kejamnya entri ini :D Apa yg pendek2 ni?

pB said...

Isteri Abg Long dah tanya tu ...

Sekarang The Store kat Shah Alam tengah sales...
Boleh lah belikan .....

Hi hi hi ...

Abang Long said...

Wahai Sifu Adinda Ainin. Lain kali nak beli spek hitam.

Wahai Puan Sif Zalisa, entri ini kejam ... alahai ... apa yang pendek ? hmmmmm

pb, dah beli dah ... hihihihi