Monday, June 11, 2007

Macam - macam kisah (19)

Kisah 1 - TIADA MOTIVASI.


Aku mendapati terdapat begitu banyak organisasi yang ditubuhkan. Namun ahlinya seolah - olah tidak diberikan motivasi secukupnya. Mereka terlalu cepat lemah, dan mudah mengalah apabila berhadapan dengan sesuatu isu. Apatah lagi jika kepimpinan tertinggi sukar untuk menerima kritikan dari ahli. Dan ada juga, ahli yang tidak langsung bersedia untuk memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada organisasi yang anggotainya.

Bak kata seorang dari guru aku, sewaktu aku aktif dalam pertubuhan pengakap. Memberikan sokongan adalah terlalu jauh berbeza dengan melibatkan diri. Memberikan sokongan ada ketikanya cukup dengan berada ditepi gelanggang. Tetapi melibatkan diri, bermakna seseorang itu akan bertindak untuk menjadikan sesuatu itu berlaku.

Inilah yang sering diucapkan oleh beberapa orang pemimpin dalam beberapa organisasi yang ku temui.

# Anak Melayu mesti dimotivasikan selalu.



Kisah 2 - SOKONGAN.


Namun tidak dapat dinafikan bahawa sokongan juga perlu. Kerana tanpa sokongan, sesebuah organisasi itu tidak akan dapat bergerak aktif. Dan apa yang aku dapati hingga kini, kebanyakan organisasi agak kurang aktif disebabkan oleh kurangnya sokongan dari segi kewangan.

Setiap sokongan dari segi kewangan dan material, sebenarnya adalah diantara asas bergeraknya sesebuah organisasi. Cuba bayangkan tanpa wang, adakah kita boleh bergerak kemana - mana ?

Sokongan moral terlalu penting dalam menghidup dan menggerakkan sesebuah pertubuhan, hatta sebuah pertubuhan haram sekalipun akan dapat berfungsi sepenuhnya dengan sokongan seperti ini.

#Tapi, janganlah menjadi seperti "sokong membawa rebah".





Kisah 3 - GANJARAN.


Aku sendiri tidak pernah mengharapkan sebarang ganjaran, tatkala memimpin mana - mana organisasi. Yang aku lakukan, adalah kerana "aku mahu melakukannya". Tiada paksaan dari mana - mana pihak. Aku lakukannya dengan penuh perasan gembira, semata - mata untuk menyatukan anak bangsa, dimana itu adalah diantara sebab aku bersedia untuk turun padang dan melakukan apa yang terdaya.

Dan seperti biasa, satu perkara yang lumrah adalah, didalam mana - mana organisasi, pasti terdapat kekurangan atau kesilapan sewaktu mentadbir. Dan aku, seperti mana - mana pemimpin, bukan sahaja perlu mendengar malah mesti menerima cadangan hatta kritikan pedas dan pedih dari sesiapa pun juga. "A good listener, is a good leader".

Bagi aku secara peribadi, mereka yang berani untuk menegur, memberikan cadangan atau apa sahaja yang boleh menyumbangkan sesuatu yang baik, seharusnya diberikan ganjaran yang sewajarnya.

# Ucapan terima kasih adalah salah satu bentuk ganjaran.



5 comments:

saridahamid said...

Assalamualaikum,

Kepelbagaian pandangan dalam sesuatu organisasi adalah sesuatu yang baik.

Bersikap berlapang dada juga satu sikap yang baik bagi seorang pemimpin. Janganlah pula, kita tidak boleh langsung menerima orang lain menegur atau mengkritik. Ada orang suka mengkritik orang lain tetapi bila kena batang hidungnya sendiri, mukanya berubah!

Itulah dia manusia penuh dengan pelbagai ragam sikap..emm, sekadar pandangan dari orang biasa...

Anonymous said...

minah sokong ja. dalam kesatuan ataupon satu organisasi tu minah lebih prefer orang lelaki yang menjadi ketua.sebab yang utama lelaki kekadang membuat keputusan bukan berdasarkan emosi. kedua bukankah lelaki menjadi nadi dalam institusi keluarga jadi sepatutnya jugak lelaki menjadi ketua dalam sebuah organisasi. dan seharusnya dlm sebuah organisasi sikap jujur dan ikhlas tu amat penting untuk memikul suatu tanggungjawab dlm rutin kerja. contoh minah sendiri.slip gaji minah dibuka oleh orang2 dalam opis.ambik2 ja slip tu dah terkoyak kat ujungnya.jadi di mana kejujuran dalam pasukan? untuk apa melihat gaji orang?padahal sama ja macam yang lain.cukuplah dari situ kita boleh menilai sesorang tu jujur atau tak!bukannya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi cukuplah sebagai pengajaran untuk semua.

pB said...

Salam ...

apa apa pun, untuk berjaya , perlu kepada kerjasama ....

Abang Long said...

saridahamid, Alaikumsalam. Kritikan adalah suatu yang lumrah dimana - mana sahaja, yang penting adalah perlu ada sikap sedia menerima teguran.

minahkampung, YA, memang betul - AMANAH adalah keutamaan dalam berorganisasi.

pb, memang betul, kerja bersama - sama, dan bukan seorang sahaja yang mesti melakukan segalanya.

Mardihah said...

Salam,

Itu adat dan lumrah manusia...
Itu adat dalam sikap segelintir kita...

salam perjuangan abang long!!