Monday, June 18, 2007

Macam - macam kisah (20)

Kisah 1 - SOLAT dalam NOVEL.

Usai membaca beberapa buah novel. Lalu anak ku bertanya "abah, kenapa tidak ada cerita tentang orang bersolat dalam novel "?.

Satu soalan mudah yang dilontarkan oleh seorang anak, yang meningkat remaja. Namun aku sendiri tidak dapat menjawabnya dengan mudah dan spontan.

Soal anak ku lagi "kalau dah berdepan dengan masalah, dan susah nak selesai, bukankah Allah dah kata, solat adalah jalan penyelesaiannya ?".

Lagi aku sukar nak menjawabnya.


# Wahai anak ku, soalan ini aku biarkan disini untuk dibaca oleh para novelis yang mengunjungi Blog Abang Long.






Kisah 2 - SOLAT BERJEMAAH.


Ya, bukan mudah sebenarnya, untuk mengerjakan solat secara berjema'ah didalam keluarga. Tetapi kita perlu, kita mesti dan kita wajib melakukannya. Terlalu ramai yang tidak pedulikan tentang amalan WAJIB ini.


MESTI dipraktikkan, sejak dari hari pertama, lelaki dan perempuan diijabkabulkan, dan SAH sebagai suami isteri. Tetapi apa yang berlaku, disebabkan kesibukan sewaktu hari perkahwinan, ramai yang terlepas dari melaksanakannya.


Sewaktu anak masih kecil. Waktu itulah yang paling sesuai untuk melatih mereka dalam program solat secara berja'maah. Bukannya setelah mereka meningkat dewasa.


# Teringat sewaktu anak pertama ikut solat berjemaah kali pertama. Sewaktu aku sedang rukuk, tiba - tiba dia berdiri disebelah aku dan berkata "abah, abang nak minum milo sekejap". Aku hampir tertawa.



Kisah 3 - SOLAT MUSAFIR.

Memang mengejutkan, dari 50 orang (ya, aku bertanya kepada 50 orang rakan dan teman sepejabat). Adakah mereka tahu bagaimana untuk melaksanakan solat sewaktu musafir. Jawapannya, TIADA SEORANG pun yang tahu samada, secara terperinci atau secara umum.


Pelbagai perkara yang tidak diketahui, samada niat solat, waktu yang dibenarkan solat, bolehkah bersolat secara berjemaah, bagaimana untuk menjadi imam atau makmum dan sebagainya.


Sedangkan buku tentang solat berjemaah ini, terlalu banyak. Dan aku dapati ada banyak buku tentang panduan solat musafir yang dijual dengan harga yang begitu murah, dan mudah untuk dipelajari.

# Dah tak tahu nak kata apa lagi ...

5 comments:

Anonymous said...

yea betul..solat ni kalau dibiasakan dari kecil seawal2nya dengan cara meniru2 tu lama2 mereka akan seronok untuk melakukannya apatah lagi kalau kedua ibu bapa sentiasa tidak abaikan nya..

...tapi kalau ibu bapa tak ambil kesah tentang bab2 solat ini anak2 memang akan jadi malas untuk bersolat..salah siapa?

p/s pendidikan awal bermula dari rumah...

Orked said...

Solat tu tiang agama....masa mula² nak merantau, nak keluar dari rumah...itulah satu yang diingat dan dipesan oleh mak ayah.

Jangan tinggal sembahyang, jangan lupa sembahyang.....

Abang Long said...

noushy syah, ibu dan ayah adalah role model kepada anak - anak, selalunya kalau ibuayah tidak memberatkan soal ini, anak - anak akan terikut - ikut.

jie, solat adalah sebagai jalan penyelesai masalah sebenarnya.

Mardihah said...

Salam,

Dalam kebanyakan novel yang pernah dibaca, (sebelum ni meminati beberapa karya mereka, namun atas dasar peribadi, saya menoleh ke genre lain) maaf tidak dapat di berikan kenapa dan mengapa di sini..

Karya yang memberikan unsur nasihat..solat...menutup aurat...muslimah...cara bercinta ditetapkan islam..syariat..pergaulan dlm batas, kurang diberikan dedahan...
Kebanyakan yang selalu keluar-keluar makan bersama...makan-makan, nangis-nangis, masalah..mcm hindustan.....
tiada kajian lontaran terhadap sesuatu perkara. Ini komen peribadi saya...

Tunggu Teduh Dulu..menepati citarasa sebagai perjuangan seorang wanita,,meski ada cinta, namun menetapkan solat, doa, istikharah dan menjadi "read and teach".....

Juga saya tampilkan.."Ayat-ayat cinta..."..Pudarnya Pesona Cleopatra...

Saya menjanjikan banyak lagi novel islamik sebegini untuk tatapan pembaca..bila dan masanya akan ada...
Semua ini kerja Tuhan..

Abang Long,

artikel ni menarik sekali...
Solat tiang agama...

sd. said...

"nk minum milo kejap?"
hehe.mmg kelakar :D.

solat for musafir.sejak belajar jauh and always travel sana sini, bende tu dh jd expert. bukan la expert, maksudnye sbb dh terbiasa.