Saturday, June 16, 2007

Macam - macam kisah (19)



Kisah 1 - LAYAK.

Kedengaran hingga kini, ramai yang bertanyakan kepada aku. Sewaktu umur berapa tahunkah seseorang itu layak atau dibenarkan untuk membaca novel ?.

Jawabku "biarlah apabila seseorang itu masuk ke sekolah menengah".

Ini bermakna, kita boleh membenarkan seorang anak itu berada diperingkat umur 12 tahun dan keatas, tetapi dengan syarat - ada pemantauan.

Samada dari segi cerita sesebuah novel, waktu yang dibenarkan, berdisiplin dan berminat.

# Anakku yang berada ditingkatan satu telah menghabiskan pembacaan sebuah novel, dalam tempoh 2 hari. Kini, hasilnya, karangan yang dibuat bertambah baik.



Kisah 2 - FOBIA.

Akibat dari salah tanggapan masyarakat (juga akibat dari lambakan novel kisah cinta), maka ibu bapa melarang keras anak - anak mereka dari membaca novel, tidak kira apa novel sekalipun.

Bagiku, bukan semua novel yang membawakan cerita cinta yang mengkhayalkan. Malah banyak novel yang bertemakan kepada kisah percintaan kepada Yang Maha Esa, kisah kasih sayang kepada keluarga, ibu bapa, bangsa dan negara.

Dan kini, sekali lagi sejarah dicipta dinegara kita, dimana seorang novelis wanita, telah berjaya menggarap sebuah kisah percintaan dibulan. Aneh ya ?. Tetapi itulah hakikatnya, novel yang bertajuk - Impian Terindah. Hasil karya Norzailina Nordin, telah berjaya membuka ruang minda pembaca novel. Dimana intipatinya adalah tentang usaha manusia untuk meneroka alam angkasa raya yang terbentang luas, disamping berusaha untuk menyelamatkan bumi dan planet bulan.

# Anakku kini bertambah minat untuk mengetahui tentang aero angkasa.



Kisah 3 - TEBAL.


Secara terus - terang, aku juga mengambil masa untuk membenarkan anakku, untuk membaca novel. Tetapi akhirnya, aku mengambil sikap yang jelas. Lebih baik membenarkan anakku membaca novel (yang aku sendiri sudah mengetahui jalan ceritanya), dari dia membaca secara sembunyi - sembunyi (novel yang tidak wajar dibaca diperingkat umur sebegitu).


Usai membaca, beliau kini lebih banyak bertanya. Khususnya tentang perkara yang tidak difahami. Dan sebagai seorang ayah, aku kini "terjebak" sama untuk "terpaksa" mendapatkan lebih banyak maklumat tentang aero angkasa.

Inilah yang dinamakan pemangkin. Namun pada mulanya, aku tidak berapa yakin, anakku mampu membaca dan menghabiskan sebuah novel yang tebal.

# Kini anak ku berbangga menceritakan kepada teman sekelasnya. "Aku baca novel tebal ni".

7 comments:

Anonymous said...

Benar, daripada melarang lebih baik memantau. Anak2 saya membaca novel tebal di sekolah rendah lagi. Sama ada novel cinta atau tidak saya tidak kisah. Sebab saya sudah membaca dan menapisnya terlebih dahulu.

Mardihah said...

Salam...

Ini hakikat...novel popular dan novel diskusi...

saya akui, makin jarang membaca novel-novel alaf 21...kenapa dan mengapa? tepuk dada tanya selera. selera saya makin bercambah dan idea menulis mesti memerlukan bahan bacaan yang tinggi dan bermanfaat.Ada kebenaran di sebalik novel alaf 21...tema kekeluargaan, tema kebahagiaan dan masyarakat amnya..namun novel popular banyak mengangkat kisah2 cinta...itu menjadi salah satu kenapa novel ini menjadi bahan cetakan sehinggan 50 ribu unit. Kerana ini adalah sogokan minda pembaca.

InsyaAllah...garapan cinta ini seharusnya dipaparkan dalam nada yang murni dan berhalus dengan mengangkat tema islam sebagai satu tema yang mampu menarik golongan remaja...yang tak solat kepada solat...yang tak menutup aurat dengan sempurna menjadi lebih sempurna dan menulis sesuatu yang hikmahnya...mendalam sekali...

Mungkin saya lari sedikit, dari topik....insyaAllah...hasil karangan saya yang akan datang, pasti memberikan sesuatu hasil.

Abang long...jika novel islamik saya ini siap...alaf 21 mahu ke?

he he he

Yang bernama Siti said...

Salam Abang Long,

Apabila membaca tulisan Abang Long kali ini saya teringat waktu saya masih di sekolah rendah dahulu. Saya mula membaca dengan fasih pada cuti penggal ketiga sebelum masuk ke darjah satu. Mulai waktu itu saya mula membaca apa sahaja tulisan yang saya jumpa. Saya baca buku, majalah, akhbar, papan tanda malah tin Milo pun saya baca juga.

Ayah saya memang memantau apa yang kami baca. Saya masih ingat bagaimana dia memarahi abang saya yang membawa roman picisan ke rumah dan saya telah membaca novel itu.

Abang Long ingat tak lagi waktu itu, novel dan majalah masih banyak tulisan yang lucah-lucah, jadi pantauan memang perlu dilakukan dengan sangat teliti oleh ibu bapa.

Ayah juga tidak benarkan kami membaca buku cerita. Yang boleh hanya hikayat sahaja. Jadi saya telah membaca hikayat seawal umur tujuh tahun. Saya amat berminat membaca buku cerita, jadi untuk mengelakkan diketahui ayah (dia akan membakar bahan bacaan yang dia larang itu tanpa mengira dari mana kami mendapatnya) saya membaca di bawah katil. :-)

Ila said...

Saya mula baca novel ketika berusia 8 tahun . Tapi novel kanak2 le seperti siri penyiasatan Nancy Drew , Hardy boys , dan Lima Sekawan . Novel dewasa pertama kali saya baca ketika dalam Darjah Lima iaitu " Jangan Ambil Nyawaku" , hasil penulis Indonesia . Penangan daripada membaca novel tu , sehari suntuk saya tak kuar bilik semata2 nak tau kesudahannya . Apalagi ibuku membebel sepjg hari krn sy tak tlg dia buat kerja rumah . Sejak hari tu sy mula menjadi 'pencinta novel'.

Abang Long said...

Wahai Puan Sifu Zalisa, cara kita sama.

~qudwah_mardihah~, rasanya tidak salah melakukan eksperimen, cuba buat yang terbaik, dan serahkan kepada ALAF 21.

yang bernama siti, sikap kita sama, abang long memang minat membaca, dan satu ketika dulu, pernah beli novel picisan, tapi akhirnya bila sedar, yang ne\ovel itu lebih banyak membawa keburukan, abang long terus berhenti, lagipun tiada faedah langsung.

ila, uikssss.... "penccinta novel" lebih baik dari "penggila novel" ....hehehehe

Orked said...

Betul AbgLong, anak ke 2 saya dapat A dalam Bahasa Malaysia selepas dia rajin membaca novel² saya. Satu perubahan yang drastik dari C. Cikgu kelas hairan dan bertanya dan dia mengaku dia membaca novel.

Satu karangan dia dapat 37/40! 3 markah hanya untuk kesalahan kecuaian seperti kesilapan ejaan dan tanda bacaan.

Abang Long said...

jie, ada baik dan buruk membaca novel, tetapi yang baik adalah pemantauan.