Friday, June 22, 2007

KENDURI ARWAH

Hari ini aku menerima emel dari isteri arwah rakanku. Menjemput semua staff yang beragama Islam untuk datang kerumahnya. Dimana kenduri arwah akan diadakan. Lalu aku memajukan emel itu kepada semua staff yang beragama Islam.


Usai solat asar, tiba - tiba sahaja aku agak berat hati untuk memenuhi undangan tersebut. Setelah memikirkan atas beberapa sebab, dimana aku percaya keputusan yang aku buat adalah betul dan tepat. Namun, aku tetap perlu bertanya kepada yang arif dalam hal ini.

Setelah menghubungi seorang rakan, yang menjalankan tugas sebagai pendakwah bebas. Lalu aku menceritakan segala - galanya, dan setelah aku mendapat jawapan dan penjelasan yang memuaskan hati, maka aku berpuashati dengan keputusan yang aku buat.


Sebenarnya, isteri arwah rakanku itu, baru mendapat kerja, setelah arwah meninggal dunia. Dan pekerjaannya pula setakat mampu untuk menyara kehidupan sekeluarga. Beliau mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Isterinya adalah seorang anak yatim piatu. Arwah tidak meninggalkan harta selain dari sebuah kereta, dimana rumah yang diduduki adalah rumah sewa. Jadi, apabila aku mengenangkan semua perkara yang tersebut. Maka aku terkenangkan tentang satu hal yang begitu besar.


Dimana Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda "janganlah kamu memakan harta, atau mengambil harta anak yatim, neraka adalah tempat untuk mu".


Lebih kurang begitulah hadith yang aku pelajari. Jadi, memikirkan situasi itulah yang menyebabkan aku terpaksa mengambil keputusan yang agak tidak popular.

5 comments:

uMIe MieSYa said...

ehh abang long.. mmg betul kata abg long tu.. makan harta anak yatim mmg berdosa. tapi ape salahnya kalo abang long pergi kenduri arwah tu. kenduri tu isteri arwah buat untuk arwah jugak kan?

kenduri arwah biasanya ada tahlil sume tu kan?

Abang Long said...

umie, memang betul kenduri itu dibuat oleh isteri arwah, dan kerana itulah abang long ambil keputusan untuk tidak pergi, tetapi kalau kenduri itu dimana makan minumnya dibuat atau diberikan oleh jiran atau sahabat, maksudnya bukan HASIL dari titik peluh isteri atau peninggalanm arwah, maka diwaktu itu tidak menjadi masalah dari segi hukum. Wallahuaklam.

Anonymous said...

Oohh.. Macam tuh ya? Bagus juga abang long kongsikan disini.. Seringkali kita tak perasan kan perkara ni.. Sepatutnya memang kenduri arwah dibuat oleh jiran2 kan..

Tapi, biasanya kalau kenduri arwah, nanti kita akan beri/ sedekah wang kan? Takkah itu boleh dikira sebagai ganti kepada pemberian makanan/ minuman yang diberi masa majlis tersebut?

Anonymous said...

menarik n3 ni...
sy pernah lalui situasi begini...mmg serba-salah...tp akhirnya sy pergi juga...bukan utk makan/minum, tp utk sama2 bertahlil dan memeriahkan majlis. seusai majlis tahlil dan berdoa, sy hulurkan sedikit hadiah berupa sejumlah wang dan pulang tanpa menjamah apa2...lihat balu dan anak2 yg msh kesedihan pun kita tak akan lalu nak menjamu selera.
sy rs tak slh klu penuhi undangan utk sama2 memberi hadiah kepada arwah, asal kita tidak sentuh harta anak yatim dan balu.

Yang bernama Siti said...

Salam Abang Long,

Saya setuju dengan tindakan Abang Long. Namun apabila mengambil keputusan begitu, maklumkanlah kepada yang menjemput yang kita tidak akan hadir. Memakan harta anak yatim berdosa, membazirkan makanan juga berdosa. Jika dia tahu siapa yang akan datang, dia boleh merancang sebanyak mana makanan yang perlu disediakan.

Satu hal lagi. Jika tidak menghadiri kenduri, boleh juga jika dijenguk keluarga arwah dan dihulurkan serba sedikit bantuan yang perlu. Bukan wang sahaja bantuan yang boleh diberikan. Bertanya khabar dan bercerita tentang arwah dengan keluarganya juga sesuatu yang boleh membantu. Mereka yang baru ditimpa kemalangan begitu perlukan sokongan emosi juga.

Tetapi berpada-pada Abang Long. Bawa isterinya bersama setiap kali dan maklumkan semua interaksi kepada isteri jika melalui media komunikasi lain. :-)