Sunday, June 03, 2007

KAUM KERABAT BERKUMPUL

(Gambar ini tidak ada kena - mengena dengan rumah kampung ku)

(Gambar rumah kampung ini adalah milik Pokcik Mersik).
Satu kisah sahaja - BALIK KAMPUNG.
Aku membawa keluarga ku pulang ke kampung, untuk menghadiri beberapa jemputan kenduri kahwin.


Begitu terasa kemeriahannya, bermula dari hari Juma'at. Pada sebelah petangnya, sewaktu menghampiri waktu maghrib. Hampir keseluruhan kaum kerabat telahpun berkumpul dirumah pusaka, milik arwah datuk dan opah. Yang kini hanya didiami oleh Pak Long dan Mak Long.


Usai solat Isyak, aku terus bangun dan memberi salam. Sedangkan ini bukannya program yang diatur. Masing - masing terpinga - pinga namun mereka menjawab kembali salam yang kuberikan.

Aku terus sahaja melontarkan idea ataupun cadangan "Assalamu'alaikum buat semua, mulanya saya memohon maaf, kerana saya mempunyai cadangan yang telah sekian lama tidak diberitahu kepada sesiapa. Begini, pada hari ini, hampir kesemua ahli keluarga dan kaum kerabat telah pun berada dirumah Pak Lang. Seperti yang kita semua sedia maklum, kita hanya akan bertemu, bersua muka dan bertegur sapa serta beramah mesra, hanya sekali sekala, itupun bila hari raya, itupun tidak secara serentak".

(Gambar foto disebelah adalah rumah kampong kepada Sifu Ainin Naufal)



Aku terus menyambung, "dan maaf cakap, ataupun kita akan bertemu diwaktu ada sesiapa diantara ahli keluarga atau kaum kerabat yang meninggal dunia, itupun ada ketikanya kita hanya bersalam, dan kita tidak mesra rakyat (waktu ini semua orang ketawa), jadi terus terang, bertahun lamanya, ya ... maaf ya, ada diantara kita yang tertanya - tanya didalam hati, yang muda tertanya - tanya, siapakah dia "manusia" yang berbual mesra dengan ayah dan emak saya, manakala yang tua pula asyik merenung wajah yang muda, dan terfikir "anak siapa dia nni ?".


Aku terus bercakap "jadi saya mohon dan saya minta kerjasama dari semua, saya ulang (sambil ketawa), saya mohon supaya kita semuanya ... disaat ini, jangan ada sesiapa yang keluar dari rumah ini, semuanya diminta duduk, hinggalah saya menyebut nama orang tua, diwaktu itu semua ahli keluarga orang yang paling tua itu hendaklah bangun dan perkenalkan diri... rasanya mudah bukan ?".


Tiba - tiba Pak Long menyampuk "Aku sokong ... sebab aku sendiri tak berapa cam, mana satu anak Iqbal, mana satu anak Lina, dan mana satu ahli keluarga hang..." (soalan terakhir secara sinis ditujukkan kepada aku ... dan masing - masing ketawa).

Dan aku terus menyambung "dan sebagai menghormati turutan .... atau "ranking", maka ahli keluarga yang paling tua, akan memulakan acara memperkenalkan diri, ingat, sebut nama penuh dan umur berapa serta anak siapa".

Hampir dua jam majlis berlangsung dengan penuh kemesaraan dan keceriaan. Barulah masing - masing jelas "ini anak siapa dan ini ayah siapa, mak siapa, berapa orang anak dan sebagainya".

Majlis ini berlangsung penuh keceriaan, namun akhirnya, baru masing - masing tersedar, rupanya kaum kerabat kita sudah terlalu ramai, dan ini terbukti bilamana Pak Lang telah bersetuju untuk mengorbankan seekor kerbau miliknya "baiklah, pak lang rasa ... entahlah susah nak cakap (aku melihat air matanya menitis dek kegembiraan). .... Kalau hangpa rasa boleh tunggu barang sehari lagi, pak lang rasa nak tumbangkan kerbau pak lang esok, kita buat ramai - ramai, memang nampak macam tergesa - gesa, tapi kalau semua sepakat, rasanya tak jadi masalah kot ".


Kali ini, abang Kamal (sepupuku) terus menjawab, "Pak Lang, saya rasa kita buat esok, kita turun padang ramai - ramai, saya yakin, ahli keluarga kita saja dah cukup nak buat benda tu, dan seperkara lagi, tak payah masak hak yang leceh - leceh, kita makan daging kerbau ja, kita buat stail barbeque".

Begitulah program spontan yang teleh berlangsung, dan menjadi kenyataan. Dan paling menggembirakan aku, bilamana seluruh ahli keluarga "turun padang" hingga orang kampung tertanya - tanya dan terpinga- pinga dengan "projek segera" ahli keluarga serta kaum kerabat yang berasal dari "sepasang suami isteri" yang telah membentuk sebuah keluarga besar.


Syukur Alhamdulillah.

Bilangan yang menyertai dan ada dimajlis itu:

Sepupu: 36 orang

Anak saudara: 71 orang.

Bilangan tidak termasuk ipar duai dan ayah saudara dan ibu saudara.

4 comments:

Unknown said...

Salam tuan rumah,

Pengalaman yang menarik. Boleh buat modal tulis novel ni :D

Abang Long said...

Wahai Puan Sifu Zalisa, ada yang tertanya - tanya, kenapa Pak Long depa asyik mencatit sesuatu ... rupanya ... nak tulih dalam blog. Tapi rasanya, kalau dimasukkan dialog agaknya 90 % memenuhi novel.

Anonymous said...

Kanda Long,
Memang kita selalu tak perasan yang keluarga kita dh makin bertambah. Kami pun begitu juga. Bila hari raya, mereka datang seibu seayah saja dh penuh satu runang tamu. MAcam buat kenduri. Itu baru seibu seayah, belum lagi beribu-ibu dan berayah-ayah datang serentak. Tapi memang seronok melayan sanak saudara, lebih-lebih lagi cuma bertemu setahun sekali kecuali ada kenduri. hehhe...

p/s: glemer betul rumah pusaka tinggalan arwah datuk dinda tu. hehehe...

~ainin naufal~

Abang Long said...

Wahai Adinda Sifu Ainin. Yang buat ramai sebab ada yang berkahwin dua dan tiga sekali.