Sunday, February 11, 2007

Macam - macam kisah (6)

Kisah 1 - Rally.

Pelabuhan Klang – Sentral Kuala Lumpur – Taiping – Sentral Kuala Lumpur.

Sekali lagi, nama lokasi diatas bukanlah rally “balik kampong”. Tetapi itulah lokasi, dimana aku membaca novel terbaru Ramlee Awang Murshid yang bertajuk – Cinta Sang Ratu. Ya, novel fiksyen @ thriller @ pengembaraan @ cinta yang terhebat bagiku, sebuah novel terbitan ALAF 21, dimana aku membacanya sewaktu pulang untuk menziarahi ayahbondaku dikampong.

Aku membaca dengan penuh perasaan khusyuk, penuh debaran, penuh keterujaaan, dan penuh kebimbangan.

# Aku bimbang kerana sepanjang aku membaca novel tersebut, setiap kali aku mengangkat muka, pasti ramai yang memandang kearahku, terutamanya para gadis.


Kisah 2 - 8 JAM.

Sepanjang 8 jam, aku berada didalam keretapi dari Sentral Kuala Lumpur hingga ke Taiping, aku telah mendapat beberapa orang kenalan secara tidak langsung, sememangnya aku “kaki bual”, tetapi dengan sikapku yang terlalu asyik membaca novel – Cinta Sang Ratu, menyebabkan ada topik khusus untuk dijadikan bahan perbualan.

“Maaf ya encik, itu novel Cinta Sang Ratu kan ?”. Sapa seorang gadis yang berada didalam koc keretapi yang sama denganku.

Aku menggangguk sambil tersenyum. “Best tak ceritanya ?”, soal si gadis itu lagi.

Aku menjawab “memang best”. “Er … kalau best berapa bintang nak bagi pada novel tu ?”, Tanya si gadis lagi sambil tersenyum.

Aku menjawab “enam bintang”. Si gadis itu lalu tergelak sambil berkata “eh, bukan ke setakat lima bintang, kalau bagus ?”.

Aku menjawab “kalau best, memang lima bintang, tapi kalau terlalu best, kena tambah lagi satu bintang tambahan, jadi enam bintang lah”.

# Ya, bukan susah nak cari teman berbual, jadi selepas ini, kalau ada mana – mana lelaki yang masih bujang, jadikan membaca novel satu hobi.

# Sekadar nota tambahan – aku mempunyai seorang sahaja isteri …. cukuplah.


Kisah 3 - Siapakah Sang Ratu ?

Sekembalinya aku dari kampong. Sewaktu berehat dirumah sambil menghirup kopi tongkat ali yang masih panas. Isteriku lalu bertanya “Abang dah habis baca novel – Cinta Sang Ratu ?”. “dah”, aku menjawab sepatah.

Isteriku bertanya lagi “best tak ceritanya bang?”.

“Memang best, tapi abang tak nak bagitau ceritanya, sayang kena baca sendiri”, saranku kepada isteriku.

“Cantik ye, wajah Sang Ratu ni “ ujar isteriku, sambil membelek kulit hadapan novel – Cinta Sang Ratu.

Aku dengan bersahaja menjawab “cantik lagi wajah Sang Ratu dihadapan abang”, sambil tersenyum dan menggenggam erat jari – jemari isteriku.

# Bagaikan Puteri – Cinta Sang Ratu – Ramlee kelihatan termenung sejenak. “Insya-Allah…ada”. Beliau menjawab ringkas. “Apakah anda suka … Ungu Karmila “ Hati – hati apabila bertemu dengan … Ungu Karmila”.

Wednesday, February 07, 2007

SELAMAT HARI JADI - ANAK KE 5 - 1 TAHUN


SYUKUR ALHAMDULILLAH, pada 3hb Februari yang lalu, aku telah selamat mengadakan Majlis Hari Jadi anakku yang ke 5, genap usianya 1 tahun.

Happy Birthday to you my baby boy ~ ADAM MUHAMMAD BEHJAD.

Majlis yang diadakan begitu sederhana, namun meriah, ini kerana pada permulaanya, aku dan isteri hanya merancang untuk mengadakan birthday party tu dalam lingkungan keluarga terdekat sahaja, namun si nenek dan datuknya, mahu mengadakan majlis kesyukuran dan do'a selamat, maka majlis itu digabungkan sekali, Alhamdulillah, segala perancangan yang diatur, berjalan dengan lancar.


Cuaca pada hari itu begitu redup sejak dari pagi hingga petang, usai kumpulan bacaan Yaasin, menghabiskan bacaan, dan sewaktu bacaan do'a, hujan gerimis pun turun, masing - masing mengucapkan kesyukuran yang teramat sangat kehadrat Illahi.

Kelihatan gambar disebelah, anakku dipegang oleh isteriku.

Wajahnya kelihatan seperti hendak menangis, dek kerana suasana riuh rendah dan begitu gamat, oleh kanak - kanak yang datang, menyanyikan lagu "Happy Birthday to you".

ADAM juga "terpaksa" dikawal dan dipegang tangannya, kerana dikhuatiri, jika dia begitu teruja dengan kek besar dihadapannya ...

Walau apapun, Syukur Alhamdulillah, semuanya sudah selesai.

Monday, February 05, 2007

Macam - macam kisah (5)

Kisah 1 - Memandu 30 jam.

Pelabuhan Klang – Kuala Lumpur – KLIA – Taiping – Jelutong – Guar Cempedak – Bukit Mertajam – Nilai – Kuala Lumpur – Pelabuhan Klang.

Bukan “rally” tapi itulah lokasi perjalananku, dari satu destinasi ke satu destinasi, atas urusan yang pelbagai.

Terlalu penat, hingga aku tak mampu untuk berdiri.

Fakta ngeri:

1- Membantu dan melihat 8 kemalangan ngeri sepanjang perjalanan.
2- Hujan lebat didaerah Sungai Petani, hingga aku terpaksa memberhentikan kenderaan, akibat tidak berupaya melihat jalan atau laluan dihadapan.
3- RM400 dihabiskan untuk petrol.
4- Terpaksa mengikut “bontot” kenderaan “pancaragam rasmi kematian” kaum Tionghua, sepanjang 2 kilometer didaerah Kulim.
5- Lupa nak rekod, jarak KM perjalanan !

# Aku sentiasa membawa buku 555 dan sebatang pen didalam kocek baju.


Kisah 2 - “masa itulah …”

Dalam perjalananku yang begitu penting, dalam perjalanan itulah, tiba – tiba sahaja telefon bimbit tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Walaupun bateri penuh dan ada bateri kedua, namun kalau telefon bimbit tidak berfungsi dengan baik, seumpama tidak ada telefon bimbit.

Ya, waktu kita dalam keadaan terdesak dan kecemasan, waktu itulah, telefon bimbit tidak dapat digunakan.

# Agaknya, macam manalah manusia zaman dahulu yang tidak ada alat perhubungan seperti sekarang ?


Kisah 3 - Telefon Awam.

Akibat “kerosakan” kepada telefon bimbit, dan kerana tempoh perjalananku yang panjang dan jauh, dan tidak sempat untuk melakukan apa yang terdaya dan boleh, menyebabkan aku terpaksa menggunakan kemudahan telefon awam.

Kalau tidak salah ingatanku, aku terpaksa menggunakan telefon awam lebih kurang 50 buah dilebih 20 buah lokasi yang berbeza.

Dari 50 buah pondok telefon awan, hanya lebih kurang 10 buah sahaja yang berfungsi sepenuhnya.

Dan hanya sebuah sahaja yang aku terpaksa “lepaskan geram”, kerana sewaktu aku menghubungi saudaraku (aku berada dilokasi Sungai Petani, dan saudaraku berada di Guar Chempedak, dimana jaraknya tidak sampai 20 km), aku terpaksa “membuang” wang sebanyak RM10.00 (syiling).

Usai bercakap, aku terus menghempas gagang telefon, ya, aku terlalu penat, terlalu letih, dan setelah gagang telefon diletakkan ditempatnya, tiba – tiba sahaja wang syiling terus keluar dari kotak wang, ya, keluar tanpa henti, menyebabkan aku tidak keruan.

# Anda berhak untuk membuat tafsiran sendiri tentang perbuatanku.


Kisah 4 - Bimbang.

Setiap kali, aku menghubungi isteriku yang berada dirumah, aku sedar yang beliau sentiasa bimbang jika berlaku sesuatu kepadaku dalam tempoh perjalananku.

“Bang … bawa kereta baik – baik tau”.

Ya, aku bukanlah tergolong dalam golongan pemandu F1, tetapi isteriku tetap resah.

Maklumlah, aku “out station”.

# “orang lain buat hal, aku juga terasa tempiasnya”.


Kisah 5 - Macam Adnan Kashoggi.

Sewaktu perjalanan, sudah pasti aku terpaksa menjamu selera dilokasi yang berlainan dan berjauhan.

Sarapan pagi di Pelabuhan Klang, makan tengahari di Hentian Gunung Semanggol (Perak), minum petang di Pengkalan Sultan Abdul Halim (Pulau Pinang), makan malam di Guar Chempedak (Kedah).

Isteriku menegurku: “abang ni macam Adnan Kashoggi, makan ditempat yang berlainan, jauh – jauh pulak tu, cuma tidak bersarapan di London dan makan malam di Paris”.

Mudah – mudahan “masin mulut isteriku”.

# Ada sesiapa yang masih ingat Saudagar Adnan Kashoggi ?

SAYANGILAH IBU

SAYANGILAH IBU KITA ...


Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita, tapi kita hanya membalasnya dengan menangis sepanjang malam..

Usia 3 tahun, ibu menyediakan dan menyuapkan kita dengan makanan yang penuh lazat dan berzat, namun kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke lantai...

Usia 4 tahun, ibu membeli krayon untuk mengajar kita lukisan, tapi kita membalasnya dengan menconteng dinding di rumah..

Usia 5 tahun, ibu membeli kita baju raya yang baru di Hari Raya, namun kita mengotorkannya apabila kita jatuh ke dalam lopak..

Usia 7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, tapi kita mengatakan dan menjarit.."TAK NAK"..

10 tahun, ibu menghantar kita pergi menghadiri kelas tuisyen, bershopping, ke rumah kawan, namun, kita tidak pernah toleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih...

11 tahun, ibu membelikan kita sebiji bola sepak, tapi kita membalasnya dengan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita...

12 tahun, ibu sentiasa menasihatkan kita agar jangan menonton tv selalu, namun, kita membalasnya dengan menonton tv apabila ibu tiada di rumah..

13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan, tapi kita membalasnya dengan mengatakan "IBU NI TAKDE TASTELAH!!"

16 tahun, ibu inginkan dakapan daripada kita setelah penat dan baru balik dari kerja, namun kita membalasnya dengan mengunci diri kita di dalam bilik dan bersendirian...

17 tahun, ibu menangis kegembiraan apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang, tapi kita tidak pulang ke rumah sampai lewat malam kerana meraikan dengan kawan - kawan..

19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk kita masuk universiti dan mengangkat beg kita dengan penuh rasa kasih dan saying. Namun, kita membalasnya dengan menyalam ibu di luar dorm kerana malu nampak dek kawan-kawan..

20 tahun, ibu bertanya sama ada kita mempunyai gf/bf? Tapi kita membalasnya dengan mengatakan.."KEPOHLAH IBU NI!"..

21 tahun, ibu bertanya apa cita - cita kita? Namun kita menjawabnya.."BUKAN MACAM IBU!!"..

23 tahun, ibu membelikan kita baju baru kerana kita mendapat kerja baru. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan kepaa kawan – kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan..

25 tahun, kita berumahtangga dan ibu menangis kegembiraan dan berkata ibu sayang dan kasih kepada kamu, namun, kita membalasnya dengan berpindah dan berjauhan dengan ibu sejauh 300km..

27 tahun, ibu menelefon kita dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi, tapi kita membalasnya dengan mengatakan "ZAMAN SEKARANG LAINLAH BU!!"

40 tahun, ibu menelefon dan memberitahu ada kenduri di kampung, namun kita membalasnya dengan mengatakan.."SAYA SIBUKLAH BU SEKARANG NI!!"...

50 tahun, ibu sakit dan memerlukan penjagaan dan kasih sayang kita.. Kita balik melawatnya dengan membawa buah tangan apple dan merungut tentang kesibukan di tempat kerja..dan segera balik ke kota..


Satu hari,ibu meninggal dunia..
Sempatkah kita membalas jasa ibu?
Berbaloikah jasa ibu ke atas kita?
Sedangkan kita langsung tidak mebalas budinya..

Sayangilah ibu sebelum dia pergi meninggalkan kita
Meninggalkan dunia
Meninggalkan kenangannya bersama kita
Sedangkan dia telah pergi menemui cinta suci...
cinta hakiki..
CINTA TERAGUNG...

Q & A - BOY AND GIRL

Stupid Question With A Smart Answer...


Boy: May I hold your hand?
Girl: No thanks, it isn't heavy.

Girl: Say you love me! Say you love me!
Boy: You love me...

Girl: If we become engaged will you give me a ring??
Boy: Sure, what's your phone number??

Girl: I think the poorest people are the happiest.
Boy: Then marry me and we'll be the happiest couple.

Girl: Darling, I want to dance like this forever.
Boy: Don't you ever want to improve??

Boy: I love you and I could die for you!
Girl: How soon??

Boy I would go to the end of the world for you!
Girl: Yes, but would you stay there??

Girl: "... And are you sure you love me and no one else ?".
Boy: "Dead Sure! I checked the whole list again yesterday".

Boy: You remind me of the sea.
Girl: Because I'm wild, romantic and exciting?
Boy: NO, because you make me sick.

Girl: You tell a man something, it goes in one ear and comes out of the other.
Boy: You tell a woman something: It goes in both ears and comes out of the mouth.

Girl: John says I'm pretty. Andy says I'm ugly. What do u think?
Boy: A bit of both. I think you're pretty ugly.

Monday, January 29, 2007

Macam - macam kisah (4)

Kisah 1 - Purdah tak bercakap.

Sewaktu balik kampong tempohari, untuk melawat ayahanda yang uzur, aku duduk bersebelahan dengan seorang (gadis / wanita), yang berpurdah didalam bas ekspress. Sedari awal lagi aku cuba untuk bertegur sapa, dan memulakan ukhuwwah dengan memberi salam, dan dijawab kembali. Namun aku berasa kurang selesa, kerana perempuan itu seolah – olah cuba untuk mengelakkan diri dari berbual denganku. Lalu aku mengambil keputusan untuk membaca novel.

Dan perjalanan bas yang memakan masa selama empat jam itu, aku habiskan dengan memabaca dan kadang kala berkhayal serta melihat suasana sekeliling, pemandangan yang indah disepanjang lebuhraya.

Tiba di Perhentian Bas Kamunting, aku lalu diambil oleh adik ku, yang telahpun menunggu diperhentian bas.

Sewaktu, kereta yang dipandu oleh adik ku tiba dihadapan rumah, tiba – tiba sebuah teksi turut berhenti dihadapan rumah orang tuaku.

Lalu keluarlah seorang perempuan yang berpurdah, lalu memberi salam, dan perempuan itu bertanyakan sesuatu kepada adik ku.

Selepas itu barulah kami sekeluarga mengetahui, yang perempuan itu adalah sepupuku yang telah 30 tahun tidak berjumpa.

# Pelbagai persoalan dan perkara bermain dibenak fikiran ku dengan peristiwa ini, namun terpulang kepada anda, pengunjung Blog ini untuk membuat pentafsiran dan penilaian.


Kisah 2 - Jejak tak bertapak.

Sewaktu melangkah keluar dari komuter, tiba – tiba sahaja aku merasakan yang tubuhku tidak seimbang, sewaktu berjalan.

Kusangkakan, yang kawasan pejalan kaki di Stesen Komuter itu tidak rata, rupa – rupanya, tapak kasutku telah tertanggal.

Aku cuba bersikap selamba, dengan cuba berjalan dengan menyeimbangkan badanku, namun akhirnya aku merasa keletihan.

# Tapak kasut yang tidak tebal, namun begitu terasa “kehilangannya”.


Kisah 3 - Lampu isyarat.

Anda sedang memandu dibelakang sebuah kenderaan, tiba – tiba kenderaan dihadapan anda bergerak perlahan, dan tiba – tiba terus berhenti, dan seketika kemudian terus membelok tanpa memberikan sebarang tanda isyarat.

Anda sedang memandu agak laju, tiba – tiba sebuah kereta keluar dari satu selekoh, betul – betul dihadapan anda, anda terpaksa memperlahankan kereta, tiba – tiba kereta yang keluar itu dipandu dengan perlahan.

Anda sedang memandu dibelakang sebuah kenderaan, dan kenderaan itu diperlahankan, lampu isyarat “masuk kanan” dinyalakan, tiba – tiba, sewaktu anda mahu memotong dari sebelah kiri, pemandu kereta itu lalu membelok ke kiri.

# Adakah kita perlu mewujudkan kenderaan “TANPA LAMPU ISYARAT” ?


Kisah 4 - Tradisi.

Sewaktu menziarahi rumah seorang saudaraku, yang terkenal dengan sikap kuat membacanya itu, sewaktu pulang, beliau telah menghadiahkan aku dan anak – anakku dengan beberapa buah buku.

Lantas aku berfikir, ini pun adalah kaedah atau tradisi yang boleh diamalkan @ dipopularkan dikalangan umat Islam @ Melayu.

Dari kita memberikan duit @ wang kepada kanak – kanak atau ibubapa mereka, lebih baik memberikan buku atau bahan bacaan.

# TRADISI boleh diubah.


Kisah 5 - DUDUK Si Pemalu.

Waktu dalam bas, aku berdiri, waktu menunggu ketibaan komuter pun aku berdiri, ya, sudah hampir 3 jam aku berdiri.

Kepalaku sudah pening dek migraine, badanku terasa terlalu amat letih dan lesu, dan terasa hampir pitam, disamping terpaksa membawa barang yang agak berat.

Tiba sahaja komuter, aku terus masuk sambil berasak – asak, dan terus mengambil tempat duduk yang ada.

Tiba – tiba berdiri disisiku seorang perempuan tua.

Aku tidak dapat membuat keputusan yang terbaik diwaktu itu.

# Andainya anda adalah seorang pengunjung Blog ini, dan seorang lelaki khususnya, sila berikan pendapat anda sejujur mungkin.
# Andai anda seorang wanita, juga berikan pendapat anda.

A – Memberikan tempat duduk anda, walaupun anda sedang letih DAN sakit.
B – Terus duduk tanpa memperdulikan si wanita tua itu.

sesuatu untuk dikongsi bersama ...

10 perkara memeranjatkan di dalam suatu perkahwinan.


Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar.

Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.


1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa - apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."


2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.


3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."


4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."


5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."


6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.


7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.


8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.


9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.


10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?

Wednesday, January 24, 2007

Sekadar KATA - KATA

1 - Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2 - Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3 - Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4 - Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5 - Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6 - Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7 - Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa iaakan pecah.

8 - Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9 - Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10 - Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11 - Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12 - Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13 - Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14 - Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15 - Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16 - Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

17 - Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18 - Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19 - Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20 - Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21 - Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22 - Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23 - Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24 - Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25 - Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26 - Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27 - Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28 - Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29 - Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

30 - Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31 - Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32 - Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33 - "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia , umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa".

34 - "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup".

35 - Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36 - Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37 - "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair".

38 - "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan" .

39 - " Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan" .

40 - " Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)

41 - Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan.

42 - " Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan".

43 - " Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44 - " Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat".

45 - "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46 - "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari".

47 - " Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang".

48 - "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.." .

49 - " Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu" .

50 - "Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri" .

51 - "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52 - "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.

53 - "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

54 - "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55 - "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

56 - "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57 - "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58 - "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59 - "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60 - "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61 - "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62 - "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

Saturday, January 20, 2007

Macam - macam kisah (3)

Kisah 1 - Nombor.

Berapa banyak nombor yang perlu kita ingat, kena hafal, kena simpan, berjaga – jaga dan nombor rahsia ?

Nombor MyKad, tarikh lahir isteri dan anak – anak, tarikh pernikahan, tarikh perkahwinan, tarikh lahir ibu bapa dan adik – beradik, nombor telefon, nombor telefon bimbit, nombor rumah, nombor plat kereta, tarikh mati lesen, tarikh mati cukai jalan, nombor akaun bank, nombor telefon bimbit isteri dan segala macam nombor yang perlu kita ingat, perlu hafal dan perlu simpan.

Tapi bagaimana hari ini, aku boleh terlupa nombor laluan untuk masuk pejabat, bukannya banyak – 4 angka sahaja !

# Teringat pada orang yang selalu berjudi – “kaki nombor 4 digit”


Kisah 2 - SMS

Aku balik agak lewat, sampai dirumah jam 11.00 malam, kepulanganku disambut oleh anak sulungku. Aku lalu terus ke dapur, dan melihat isteriku sedang mengemas dapur, dia tersenyum memandangku, lalu dia terus bertanya “abang nak minum ?”. “Ok juga” jawabku, lalu aku bertanya, kerana sedari tadi dia asyik tersenyum sendirian.

“Kenapa sayang tersenyum dari tadi ?”. Lalu dia pun membuka cerita, “sebenarnya, tadi saya ada hantar sms, sepatutnya saya hantar kat abang, tapi tersalah hantar ke handphone abah”. Lalu aku bertanya “macam mana boleh jadi macam tu ?”, aku kehairanan. Oh, patutlah … senarai nama (Abah) dan nama aku (Abang), cuma berada dikedudukan atas dan bawah sahaja dalam handphone.

Lalu aku bertanya lagi “kalau macam tu kenapa sayang tersenyum ?”.

Lalu isteriku membuka sms yang mengandungi ayat yang telah tersalah hantar itu yang berbunyi:

“Sayang, mlm ni kan mlm Friday, jgnlah balik lambat”.

# Berhati – hati dan cermat sebelum menghantar SMS.


Kisah 3 - Ustaz & Lagu.

Usai menyampaikan kuliah, aku dan jawatankuasa surau, lalu menjemput ustaz untuk bersama – sama menjamu selera ala kadar, hidangan yang ada hanyalah kuih tepung talam dan air kopi.

Sewaktu sedang menjamu selera itu, tiba – tiba telefon bimbit seorang dari kami berbunyi, membawakan lagu “Kal Ho Na Ho”, aku mendiamkan diri, kerana sudah pasti itu bukan lagu dari telefon bimbitku, tiba – tiba ustaz mengeluarkan telefon bimbit dari saku bajunya dan menjawab panggilan.

Kami, jawatankuasa surau berpandangan antara satu sama lain sambil tersenyum.

Selesai bercakap melalui telefon bimbitnya itu, dengan bersahaja ustaz ini berkata:

“Ana sudah tersilap bawa handphone isteri ana”.

# Aku sekadar mengangguk.


Kisah 4 - EMEL bukan POSMEN

Aku berbual melalui telefon dengan Opah (datuk) ku, yang berada di Sungai Petani, Kedah. Opah ku itu telah berusia 85 tahun, namun masih boleh bergerak tetapi tidak berapa kuat, Opah ku menyatakan yang dia rindu sangat nak tengok wajah anak – anakku, lalu aku berkata, “nanti Cek (bahasa utara untuk - aku) poskan gambaq (gambar) anak – anak Cek , buat penghilang rindu Opah”, tapi dia membantah dengan berkata “buat apa hang nak hantaq (hantar) pakai posmen, awat, hang tak gheti (tahu), nak hantaq pakai emel ka ?”.

Aku terkedu sebentar, tapi dengan selamba aku bertanya kembali “apa opah punya alamat emel ?”.

# Oh ya, inikan zaman IT.


Kisah 5 - Kertas Paper

Sehingga kini aku tidak dapat memahami tentang satu perkara, bukan satu tapi banyak perkataan yang diucapkan oleh ramai orang termasuk aku, walaupun bunyinya asing, tetapi akhirnya diterima pakai oleh ramai orang secara tidak langsung.

Kertas A4 Paper / pintu gate / pusing roundabout / roti banjir / selamba kodok dan lain – lain lagi.

# Selepas ini, apa pula perkataan atau istilah baru yang akan muncul, dan yang pasti, “siapakah” yang mengucapkannya terlebih dahulu, ya dalam X-File barangkali.

Friday, January 12, 2007

Macam - macam kisah (2)

Terkenang semasa dulu, hatiku merasa rindu ...
(30 tahun yang lalu)


Kisah 1 – Mesin getah.

Waktu itu aku berada dalam usia belasan tahun, dikampong ku ada alat atau mesin untuk meleperkan getah, yang telah dibekukan, dimana seorang akan masukkan getah kedalam mesin penggelek dan seorang lagi akan memutar atau memusingkan mesin itu, dan getah akn dileperkan dan cuma ada satu sahaja lakaran pada getah itu, iaitu jalur berbelang.

Satu ketika, sewaktu asyik melihat pakcik dan makcik sedang menggelek getah, aku bertanya, “pakcik, kenapa mesin tu cuma ada satu je ukiran belang, kenapa tak buat ada bunga – bunga ke gambar kartun ke ?”.

Lalu pakcik itu menjawab: “pasai apa hang banyak tanya …? …. tengok sudah !”.

Macam mana lah orang dulu nak pandai, aku baru tanya satu soalan dah kena marah.



Kisah 2 – Palang basikal.

Aku percaya, ramai yang masih ingat, waktu dulu, ada basikal yang mempunyai palang atau batang besi antara tempat duduk dengan bahagian pemegang basikal. Satu hari sewaktu mendengar radio (waktu itu belum ada televisyen dikampong aku), juruhebah menyebut tentang “bantuan yang diberikan oleh Palang Merah” kepada mangsa.

Aku lalu memandang dan merenung lama kearah basikal orang tuaku yang ada palang, dengan penuh kehairanan.

Perbuatanku disedari oleh Tokwan aku, lalu dia bertanya “awat (kenapa), hang dok tengok kat beskat (basikal) tu lama sangat ?”.

Aku lalu berkata “tokwan, palang basikal tu boleh tolong orang ka kalau dicat warna merah ?”.

Bagiku tidak salah untuk bertanya.


Kisah 3 - Mengagau.

Mungkin ada yang tidak pernah mendengar perkataan “mengagau” (bukan mengigau / mimpi), perbuatan mengagau akan dilakukan pada waktu selepas padi dituai (waktu itu padi ditanam sekali setahun), selepas proses menuai, air disawah bendang akan dikeringkan, diwaktu itulah, ikan pelbagai jenis akan kelihatan atau masih terbenam didalam selut, ikan yang “terdampar” akan dikutip dengan senang, tapi bagi yang masih “bersembunyi” maka inilah masanya, semua orang menunjukkan kehandalan, untuk memasukkan tangan kedalam tanah selut bendang, atau dimana – mana kawasan lubuk atau bahagian yang berlubang, dengan perlahan dan berhati – hati, selepas badan ikan dapat dirasai, barulah tangan akan mencekup kuat ikan itu dan diangkat keluar.

Aku memang pakar dalam hal ini, selepas ditunjuk ajar oleh tokwan ku, cuma sekali sahaja, aku memasukkan tangan kedalam selut, bila “badan’ mangsa aku dapat rasa, aku terus mencekup dengan kuat, dan sewaktu ditarik keluar, aku agak tergamam, kerana badannya panjang, ah, aku terus membuang benda itu, rupa – rupanya aku “tertangkap” belut.

Alhamdulillah, semenjak itu aku tidak lagi turun ke bendang, walaupun aku pakar dalam mengagau.


Kisah 4 – Unsur seks.

Siapa yang dah lupa tentang siri televisyen kegemaran ramai seperti, High Chapparal, Six Million Dollar Man, Bionic Women, Incredible Hulk dan banyak lagi. Kesemua siri rancangan itu boleh ditonton seluruh ahli keluarga tanpa ada sedikitpun perasaan terganggu dengan adegan yang kurang wajar.

Tapi, hari ini, rancangan kartun pun ada penampilan gadis seksi, memakai baju dalam, dan ada adegan berpelukan.

Aku ada empat orang anak lelaki yang meningkat remaja, 10 tahun lagi entah bagaimana siri televisyen.


Kisah 5 – Perkataan atau istilah.

Terlalu banyak perkataan atau istilah baru yang muncul dan timbul sekarang, dan ada ketikanya sukar untuk diberikan pentafsiran yang tepat, umpamanya, “poyo”, “mat rempit”, “boh jan, boh sia, boh tua, teh boh”, “tangkap lentuk”, “rembat”, dan sebagainya.

Waktu aku kecil dahulu hanya ada satu perkataan yang cukup popular – “penampar jepun”.

Tuesday, January 09, 2007

Macam - macam kisah

Kisah 1 – Kemaskini dan melayari laman web.

Seorang sahabat yang sering masuk kedalam blog aku, tiba – tiba sahaja menegurku, katanya, “kalau engkau nak mengemaskini atau nak memasukkan entri baru, jangan buang masa dengan melayari laman web, fokus pada apa yang engkau nak buat, dan lakukan dengan tekun, buat sampai siap, lepas tu baru engkau rehat”!.

Aku terdiam dan tersenyum.



Kisah 2 – Rem-Pit.

Diawal pagi, usai menghantar anak ku kesekolah dengan motor kesayanganku, dalam perjalanan pulang, tiba – tiba terdengar bunyi dentuman, rupa – rupanya seorang penunggang motosikal (berpakaian sekolah menengah) , telah melanggar sebuah kereta dibahagian tepi, dan penunggang itu terus sahaja memecut (merempit) motornya, pemandu kereta (seorang wanita), aku rasakan juga sedang menghantar anaknya ke sekolah, tidak dapat berbuat apa – apa, kerana kejadian yang berlaku terlalu pantas, lagipun tempat itu agak sesak, malahan aku yang simpati dengan pemandu kereta itu juga tidak dapat berbuat apa – apa (sekurang – kurangnya mendapatkan nombor plat pelajar rempit yang biadap itu).

Aku terbayang, kalaulah kejadian itu berlaku kepada isteriku dan lain lain pemandu, khususnya kaum wanita.



Kisah 3 – Kurang Upaya.

Aku menaiki komuter dari Stesen Sentral Kuala Lumpur, lalu mengambil tempat duduk, berhadapan dengan dua orang gadis. Selepas sahaja melabuhkan punggung, aku terus keluarkan novel terbitan ALAF 21 – Izinkan Kubahagia (Leeya Myra), untuk kubaca, kerana sudah menjadi kelaziman, kemana sahaja aku pergi, sudah tentu aku membawa sebuah novel untuk bacaan ku dalam perjalanan. Lalu gadis yang berada dihadapanku (beliau memakai kaca mata hitam), tersenyum kearahku, dan aku membalas senyumannya, kemudian aku meneruskan pembacaanku, sesekali aku memandang kearah gadis itu, dia masih tersenyum kepadaku, aku tetap membalas senyumannya itu. Tiba sahaja di Stesen Subang Jaya, lalu gadis ini mengeluarkan tongkatnya dan bangun. Rupa – rupanya gadis itu buta.

Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah, kerana masih dapat melihat seorang gadis yang cantik



Kisah 4 – Isi minyak, Isi perut.

Seperti kebiasaan, sewaktu mengepam minyak dimana – mana stesen minyak, aku akan gunakan teknik, “pam sehabis perlahan”, kerana telah terbukti saranan dari beberapa orang yang pakar, dimana dengan cara itu, kita akan mendapat lebih minyak berbanding gas yang akan masuk kedalam tangki minyak, dan kita akan mendapat lebih kilometer, lalu kali ini perbuatanku ditegur oleh penjaga stesen “encik tolong pam kuat sikit”, aku dengan selamba menjawab “saya mahu isi minyak, bukan isi perut”.

Harga minyak dunia naik, harga minyak kita naik, harga minyak dunia turun, harga tol pula naik.



Kisah 5 – Main.

Satu hari anak ku telah mendapat luka akibat jatuh sewaktu bermain bola dipadang, lalu seperti biasa, jika tubuhnya terlalu kotor, aku yang akan memandikannya (anak ku berada di tahun satu persekolahan), kerana aku akan mencuci dan menggosok tubuhnya dengan sabun dettol, sewaktu air sabun terkena pada bahagian kakinya yang calar dan luka itu, dia menangis, sebab pedih, lalu dia berkata “abah, sakitlah…”. Aku yang memang geram waktu itu lalu bertanya “ha… masa main tadi tak sakit”. Dengan tak semena – mena di bertanya pula kepadaku dengan bersahaja “abah masa main, sakit tak ?”.

Aku terkelu, sebab tak faham dengan soalan itu, tapi bila kupandang wajah isteriku, dia cuma tersenyum.



Kisah 6 – Lembu

Sewaktu hari raya korban tempohari, anakku yang kedua (berada di tahun 4), telah bertanya “abah, kenapa orang kata bodoh macam lembu ?”.

Lalu aku menjawab “cuba tengok lembu, dahlah makan rumput, orang suruh apa pun dia buat, kena cucuk hidung lagi, kena pukul pun lembu tak marah”.

Dia terdiam sejenak, kemudia bertanya lagi “kalau macam tu, kenapa kita makan lembu, nanti kita pun jadi bodoh macam lembu”.

Aku terpana sebentar, ambil masa juga nak jawab, kepada soalan sebegini, ya lah anak zaman IT.

Wednesday, January 03, 2007

MISI seorang PADERI

Baru - baru ini aku telah bertelingkah dengan seorang rakanku, tentang mengapa misi dakwah orang Islam kelihatan begitu sukar untuk mencapai matlamat dan sasarannya.

Perbincangan kami telah berakhir tanpa noktah.

Namun Allah maha kaya, sewaktu kami sedang menuju kerumah salah seorang rakan karib kami, di Hartamas, Damansara, suatu kawasan elit, kami telah ditunjukkan dengan beberapa peristiwa yang begitu ironi.

Waktu aku dan rakan ku itu telah masuk kedalam lif, tiba - tiba pintu lif terbuka kembali, rupa - rupanya ada orang yang akan masuk, seorang yang ku kira seorang Paderi Kristian (kerana beliau memakai jubah Paderi dan rantai Salib tergantung didadanya, dengan roman wajah yang manis beliau mengucapkan "Terima Kasih".

Kemudian Paderi itu lalu menyapa kami dengan wajah yang manis dan dengan senyuman "saudara tinggal disini ?".

Aku lalu menjawab "tak, kami nak melawat kawan yang tinggal disini".

Paderi tersebut berkata "oh, bagus tu untuk menjalin persahabatan, er ... saudara datang dari mana ?".

Aku menjawab "dari Klang".

Sampai sahaja ke tingkat 15, Paderi itu lalu berkata lagi "semoga perjalanan balik saudara akan selamat, dan semoga bertemu lagi, moga tuhan memberkati anda ".

Sewaktu keluar dari lif, sekali lagi Paderi itu berkata "Terima Kasih", sambil berkata, beliau mengangkat tangan tanda hormat.

Aku melihat rakan ku, tanpa berkata apa - apa.

Tuesday, January 02, 2007

Proses yang berbeza.

Hari ini, aku telah menghabiskan masa didua buah sekolah. Satu disekolah rendah dan satu disekolah menengah.

Pelbagai pengalaman yang aku kutip dan timba, bila aku berurusan didua buah sekolah yang berlainan. Anakku yang pertama, bersekolah di Sekolah Menengah ACS Klang, ditingkatan satu. Manakala yang anakku yang kedua dan ketiga, aku daftarkan disebuah sekolah agama rakyat, sessi pagi.
Aku tiba kesekolah ACS Klang, pada jam 8.00 pagi, kedatangan aku dan anakku disambut mesra dari depan pagar sekolah oleh para Pengawas yang bertugas, dengan penuh mesra mereka menyapa setiap ibubapa yang hadir, dan mereka memberi panduan serta tunjuk arah, bagaimana untuk mendaftar dan menghadiri sessi taklimat.

Setiap ibubapa kelihatan dibantu dengan penuh disiplin, penuh keceriaan, harmoni dan berhemah tinggi oleh Pengawas sekolah.

Aku telah ditunjukkan dengan senarai nama pelajar (untuk melihat nama bilik bagi setiap murid baru), usai mendapat pengesahan nama dan bilik darjah, aku telah diberikan nombor giliran (satu perkara yang aku suka), selepas menerima nombor giliran ibubapa telah ditunjukkan dewan sekolah, dimana terdapat sessi motivasi dan kaunseling, usai sessi tersebut, maka para ibubapa telah pergi ke bilik darjah yang telah tersenarai nama anak masing - masing, dimana setiap ibubapa akan dipanggil mengikut nombor giliran, proses itu hanya memakan masa selama kurang dari 10 minit. Selesai proses pendaftaran dan taklimat serta penyerahan borang, ibubapa boleh pulang.

Sampai sahaja dirumah, isteriku telah memaklumkan yang beliau tidak dapat berbuat apa - apa, untuk menyelesaikan proses disekolah agama, kerana katanya orang terlalu ramai berkumpul, timbul kehairanan kepadaku, bagaimana beliau tidak dapat menyelesaikan proses tersebut.

Lalu aku terus ke sekolah agama tersebut, telahan ku memang betul dan tepat, kerana selama ini, aku telah mengetahui yang setiap apa sahaja urusan jika melibatkan pihak berkuasa agama, pasti timbul kerumitan dan keresahan kepada umat Islam.

Aku sendiri tidak dapat mengetahui dimana darjah anak - anakku, tiada maklumat tentang senarai murid, darjah mahupun bilik.

Memang betul, aku tahu anak - anakkuakan belajar dalam darjah 3 dan darjah 4, serta nama bilik darjah, tetapi setiap ibubapa pasti akan terpinga - pinga, kerana tidak tahu dimana bilik darjah itu, seterusnya, bila aku sampai kebilik darjah 4, aku melihat semua ibubapa berkerumun dan berkumpul didalam bilik darjah, aku tidak tahu siapa yang datang dahulu dan siapa yang datang kemudian, ini bermaksud, kalau sesiapa yang hendak habis cepat, kenalah buat muka tak malu atau bersikap BRUTAL, dengan potong Q, dan para guru yang melakukan proses pendaftaran serta bayaran yuran, tidak ambil kisah apa yang berlaku.

Bagiku, pihak sekolah @ pejabat ugama, masih tidak mahu untuk mengambil pelajaran / mengambil tahu, bagaimana untuk mempermudahkan proses pendaftaran sekolah.

Malah TIADA LANGSUNG kelibat guru atau pentadbir sekolah mahupun Pengawas, yang sudi turun padang untuk membantu, sekiranya ada ibubapa murid yang menghadapi sebarang masalah.

Kalau diwaktu pagi, sewaktu di Sekolah Menengah ACS, aku hanya mengambil masa tak sampai 10 minit untuk menyelesaikan proses pengesahan dan pendaftaran, tetapi di Sekolah Agama, aku telah menghabiskan masa selama 2 jam !

Begitulah HAKIKAT yang terpaksa dihadapi oleh kita semua sebagai Umat Islam dalam menyelesaikan sebarang permasalahan AGAMA.

Buat pengetahuan anda, Sekolah Menengah ACS (Anglo Chinesee School), adalah diasaskan oleh Mubaligh Kristian, namun telah diambil alih oleh Pihak Kerajaan hampir 50 tahun yang lalu, dimana setiap matapelajaran dan ko kurikulum adalah dibawah dasar Pelajaran Kebangsaan, dan merupakan sekolah tertua di negeri Selangor, iaitu sekolah tersebut telahpun berusia 114 tahun.

Namun apa yang kuperhatikan metod dan sikap pentadbirnya, tetap tidak berubah iaitu memberi layanan yang terbaik dan mesra kepada semua penghuninya.

Selesai sahaja proses, aku terus pulang kerumah, lalu isteriku bertanya "lama betul ya bang ?"...

Aku terus menjawab "biasalahhhhh ..... sekolah Ugama".

Baca Novel

Sebentar tadi aku sengaja memerhatikan buku - buku yang teratur dirak almari buku didalam bilik bacaan keluarga.

Selepas mengira, terdapat 500 buah buku dan novel pelbagai tajuk, itu belum dikira buku dan novel yang dihadiahkan kepada rakan, sahabat dan saudara - mara, selama ini.

Yang paling banyak adalah buku motivasi, psikologi, astronomi, agama dan novel.

Sewaktu, aku sedang menaip n3 ini, tiba - tiba sahaja anakku yang sulung masuk, dan bertanya, "abah tak tidur lagi ke" ?

Aku menjawab "belum sayang, eh .... kenapa abang (aku membahasakan diri anak ku yang sulung dengan panggilan abang) .... tak tidur lagi ?".

"aaaa..... abang tak mengantuk ...."

Lalu anak ku terus sahaja bertanya "abah, bila abang boleh baca novel abah ?".

Aku lantas menjawab "abang, abang boleh baca novel abah tu, tapi dengan syarat, abang mesti pandai membahagikan masa .... lepas abang baca buku sekolah, lepas buat kerja rumah .... bila semuanya dah selesai baru abang boleh baca novel".

Ya, tahun ini, anakku yang sulung telah berada di Tingkatan Satu.

Sekadar NOTA

Aku sering membuat kejutan kepada isteriku, dengan melakukan sesuatu yang tidak pernah terfikir olehnya.

Satu ketika, aku pernah menulis nota, dan dilekatkan dengan pin pada pakaian isteriku yang tergantung didalam almari pakaian.

"Sayang, Terima Kasih atas pengorbanan sayang selama ini".

Satu ketika yang lain, aku menghantar surat, kealamat rumahku sendiri, dengan kata - kata: "Sayang, kaulah bintang hatiku".

Setiap kali beliau mendapat nota - nota itu, setiap kali itulah beliau menjeling kearahku dengan pandangan manja penuh bermakna.
Dan aku membalas dengan pandangan penuh pengharapan.

BAIT kata - kata

Aku menghantar sms kepada isteriku: "sayang, mlm ni, kita keluar, tengok bintang Zurah".

Lalu isteriku membalas sms: "Dah 36 thn keindahan bintang ZURAH yg tercantik di cakerawala masih terlindg. Hanya org yg kasyaf saja dpt merasai nikmat itu. Adakah Abang termsk dlm golongan itu ? @mahu sma2 merasainya ? Kenalah byk BERSABAR sebagaimana kesabaran bintang ZURAH ... !!!

Emmm ... bilakah isteriku mula pandai bermadah ???

Begitu mendalam kata - katanya.

Ya, nama isteriku ZURAH.

Tahun Dua Ribu Tujuh

Tahun Dua Ribu Tujuh, diharap menjadi tahun yang lebih baik dari Tahun Dua Ribu Enam. Bagi masyarakat China, tahun ini adalah Tahun BABI, Tahun Khinzir atau PIG dalam bahasa Inggeris.

Babi atau Khinzir adalah salah satu haiwan yang menjadi simbol kebanggaan bagi masyarakat Tionghua.

Namun kita sebagai seorang muslim @ Melayu, babi adalah haiwan yang paling kotor, menggelikan, meloyakan, dan mesti dijauhi.

Malah tubuh badan haiwan itu adalah tergolong didalam Najis Mughalazah, yang WAJIB disamak kalau disentuh.

Ya, bagi sesetengah orang, Babi @ Khinzir adalah lebih HARAM dari ARAK.

Monday, January 01, 2007

MEMORI diambang 2007

Malam ambang 2007, aku membawa keluargaku untuk membeli beberapa barangan keperluan sekolah, yang masih tinggal sedikit lagi, jalan disekitar Jalan Tengku Kelana, Klang, atau lebih dikenali dengan panggilan, atau julukan Mumbai Street, begitu sesak.

Usai membeli, aku terus meredah malam, menuju ke Shah Alam, bukan untuk menyambut malam tahun baru, tetapi lebih kepada bersiar - siar, kerana aku tahu, tiada aktiviti didataran Shah Alam, tetapi kalau ada persembahan atau konsert tahun baru, aku tidak akan kesana, bagiku tiada faedah untuk bersesak dengan orang ramai dan bercampur dengan kesesakan jalan raya, lagipun aku membawa anak - anak yang masih kecil.

Sekadar mengirup udara nyaman diwaktu malam, sambil berbual dengan anak dan isteri didalam kereta, ya, sambil makan dan minum ringan juga didalam kereta, kami berbual pelbagai perkara.

Apabila tiba di Dataran Shah Alam, orang tetap ramai, kerana masing - masing menunggu detik 12.00 malam, dari pemerhatianku, tidak ramai mereka yang berkeluarga berada disitu, yang paling ramai adalah muda - mudi, namun bila ku melalui satu kawasan yang agak gelap, satu pemandangan yang cukup jelek kelihatan.

Anak muda (aku pasti dari keturunan Melayu), sedang melakukan adegan KURANG AJAR.

Si gadis berpelukan dengan si teruna, yang lelaki duduk diatas motor, manakala si gadis berdiri, dan berada dicelah kangkang si lelaki, berpeluk erat dan BERCIUM @ BERCUMBU @ BERKUCUP bibir !

Aku yang melihat adegan itu, tiba - tiba sahaja terasa ada sesuatu bergerak didalam seluar aku !

Adakah aku berkata bahasa LUCAH ?

Isteriku bertanya "bang, tak ada ke pegawai agama buat rondaan kat sini ?".

Lalu aku menjawab acuh tak acuh ... "Pegawai agama tengah "mengendap" Rufaqa' ..."

Friday, December 29, 2006

SELAMAT HARI JADI BUAT ISTERIKU

Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran, buat MU:

Wahai Kasihku, Wahai Temanku, Wahai Penawar Rinduku, Wahai Inspirasiku, Wahai Teman Hidupku, Wahai yang sentiasa Ku Rindui, Wahai yang selalu Ku Sayangi, Wahai yang sentiasa Ku Cintai ...... buat MU, Wahai ISTERIKU.

Abang tidak pandai bermadah, Abang tidak mampu bersyair, Abang tidak arif bersajak.

Setia dan kesetiaan, Jujur dan kejujuran, Ikhlas dan keikhlasan, hanya itu yang mampu Abang berikan buatmu wahai SAYANG.

Sesungguhnya, itulah NADI CINTA KITA:

Tercipta perasaan
Dikelopak nan murni
penantianku kan berakhir

Mengharum bunga kasih
Dalam jambangan hati
Inginku beri kepadamu

Dalam dakapan sepi
Dalam dahaga kasih
Kehadiranmu ku tunggu

Cinta terjalin mesra
Indah menghias kalbu
Engkau permata yang bersinar

Degup nadi cintaku yang kerinduan ini
Bagai bara yang beralun...
Betapa pengertian terhadap impianku
Engkau kasih engkau sayangku abadi

Wednesday, December 27, 2006

AZAM dan KEAZAMAN

Gambarfoto anak ku yang ke 5, Adam.


AZAM TAHUN 2007


Ya, setiap orang mempunyai AZAM bila menjelang tahun baru, yang pasti kalendar bertukar, diari bertukar.


Walaupun mungkin ada diantara azam tahun 2006 tidak terlaksana sepenuhnya, namun tidak salah untuk kita meneruskan azam tersebut.

AZAM sebagai seorang AYAH:

Aku akan memastikan anak - anak mendapat kasih - sayang sepenuhnya dari diriku sebagai seorang AYAH. Aku akan memastikan anak - anak mendapat pendidikan yang paling maksimum dan cuba sedaya upaya untuk memberikan masa berharga buat mereka, berusaha untuk memberikan asas - asas agama yang mencukupi, sayang dan bertegas bila perlu.

AZAM sebagai seorang SUAMI:

Memastikan yang isteriku sentiasa senang hidup bersamaku, senyum bersama, tangis juga bersama, cuba sedaya upaya untuk memberikan kebahagiaan buat isteri tercinta, kalau dia telah "menyabung nyawa" untuk memberikan aku anak, maka aku juga perlu berkorban untuk sama - sama merasai kemanisan dalam kehidupan berumahtangga.

AZAM sebagai seorang ANAK:

Ibu dan bapa adalah insan yang bertanggungjawab "melahirkan" aku kedunia yang indah ini, perngorbanan mereka tidak akan dapat dihitung, sedaya upaya aku akan berusaha untuk membahagiakan mereka.

AZAM sebagai seorang PEKERJA:
Berusaha untuk menjadi pekerja yang baik, malah lebih baik dari semalam.


AZAM sebagai seorang MUSLIM:
Berusaha sedaya upaya untuk menjalankan apa sahaja TITAH PERINTAH dari ALLAH.


SASARAN Kewangan.
Aku akan berusaha dengan apa cara sekalipun, asalkan tidak lari dari Syari'at dan tidak melanggar undang - undang negara, untuk mengumpulkan sebanyak mungkin harta yang boleh.


Tahun 2007, aku akan berusaha untuk membawa keluargaku bercuti dan berhari raya di Singapura, tanah tempat kelahiranku.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, aku memohon petunjuk dari MU, semoga aku sentiasa berada dilandasan yang benar, hanya kepada MU aku memohon perlindungan, dan hanya kepada MU akun mengharapkan KEJAYAAN. AMIN.

Tuesday, December 26, 2006

KALENDAR 2007

Kalendar 2007 telah mula terpasang dimana - mana, samada diletakkan diatas meja, atau digantung ditempat yang bersesuaian.
Tahun ini, ada dua kalendar terletak diruangan tempat kerja ku, satu kalendar dibeli, iaitu kalendar kuda, satu lagi diberi oleh ALAF 21 Sendirian Berhad.
Kedua - duanya begitu berharga, namun Kalendar pemberian ALAF 21, begitu bermakna buat diriku dan Kelab Peminat Novel ALAF 21.
Apa - apapun kalendar hanyalah "penunjuk tarikh", yang terpenting adalah "pengisian" didalam tarikh itu.

Thursday, December 21, 2006

Just a JOKE

Can Study continue STUDY
Can't Study go to work FACTORY
Cannot rely on CHARITY

Earn a little SALARY
Just enough having for daily ROTI
Go to work no wira but taken LRT

Colleagues formerly like FRIENDLY
Daily treated to drink KOPI
Now gradually get CRAZY
Behind me say i'm LAZY.

Boss has no SYMPATHY
Working always must HURRY
Saying i not enough BUSY
Often asking me do OT
Midnight going back by TAXI
Taxi surcharge KILLING ME
Now i pokai and NO MORE MONEY

Borrow from chettia kena EXTRA FEE
Coz money is never FREE

Boy/girl friend go STEADY
Serious and then get MARRY
Ceremony and PARTY
joker friends give PANTY
No money sure no HONEY
10 months later be DADDY
Wife at General Hospital birth a BABY

Monthly pay back RHB
Earn not enough FEEL GUILTY
Jump down suicide and MATI
No money 4 funeral how to BURY
Because MALAYSIA BOLEH semua JADI

3 THINGS & FAILURE

3 THINGS

Three things of life once gone never comes back
-* Time, words & opportunity

Three things of life must not be lost
-* Peace, hope & honesty.

Three things of life are most valuable
-* Love, self-confidence & friends

Three things of life are never sure
-* Dreams, success & fortune

Three things make a Man/Woman
-* Hard work, sincerity & success

Three things of life that destroy a Man/Woman
-* Wine, pride & anger



FAILURE

Failure doesn't mean - You are a failure, It means - You have not succeeded.

Failure doesn't mean - You accomplished nothing, It means - You have learned something.

Failure doesn't mean - That you have been a fool, It means -You had a lot of faith.

Failure doesn't mean - You've been disgraced., It means - You were willing to try.

Failure doesn't mean - You don't have it., It means - You have to do something in a different way.

Failure doesn't mean - You are inferior. It means - You are not perfect.

Failure doesn't mean - You've wasted your life., It means - You have a reason to start afresh.

Failure doesn't mean - You should give up., It means - You must try harder.

Failure doesn't mean - You'll never make it., It means - It will take a little longer.

Failure doesn't mean - God has abandoned you., It means - God has a better way for you.

MAKLUMAT atau FAKTA

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang kita pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankansedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasadari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiaptahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang palingbanyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk - penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita

Wednesday, December 20, 2006

INTERNET

Hari Ini Dalam Sejarah.

10 JAM, HIDUP TANPA INTERNET.

DUNIA MEMANG ADA SEMPADAN !

Saturday, December 16, 2006

SELAMAT HARI JADI buat SAHABATKU

Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi, bila aku mendengar telefon bimbitku berbunyi, ...... ah, mintak-mintaklah bukan panggilan dari pejabat. Bila kulihat pada skrin, oh .... rupa-rupanya sahabatku, yang membuat panggilan, lalu panggilan itu kujawab, maka sewaktu berbual itu, berderailah ketawaku, manakan tidak, sahabatku itu sedang menghadiri kursus penulisan anjuran ALAF 21, bertempat di INTEKMA - Shah Alam, yang menjadi topik perbualan atau isu, bukanlah isu sebenarnya, sebetulnya, sahabatku itu adalah satu - satunya peserta dari Kaum Adam, aduhhhh ....dan lebih dari 30 peserta lain adalah terdiri dari Kaum Hawa.

Lalu ku bertanya, "eh ....engko boleh "handle" ke ....", "aku takut engko yang akan "dikerjakan" oleh mereka" ?.... maklumlah engko seorang je lelaki" ....

Sahabatku hanya ketawa ....."entahlah" jawabnya spontan.

Aku menyakat lagi .... "eh ...sebelum ke sana, engko minum tak kopi Tongkat Ali" ? ....

Lalu sahabatku berkata ...."aku bukan minum satu gelas, tapi satu jag ....hahahahaha "....

Ya, itulah sahabatku baik ku, yang mana, bila kami duduk "ngeteh" berdua, dan selalunya "berdua sahaja" .... ada sahaja yang kami bualkan, dari sekecil - kecil perkara hinggalah ke isu - isu besar.

Namun, bila berkumpul beramai - ramai, sahabatku itu, seperti seorang pendiam, tak banyak bercakap, ada ketikanya seperti seorang lelaki pemalu (memang peribadinya, beliau seorang yang pemalu). Sebab, kali pertama aku mengenalinya, beliau agak kaku bila berbincang, seorang yang tidak banyak bercakap, dan lebih banyak mendengar, tetapi apabila sudah lama, bersahabat dan mengenalinya, aku dapati bahawa, sebenarnya, sahabatku itu memang "satu kepala" dan begitu serasi denganku.

Kelab Peminat Novel ALAF 21 atau kata ringkasnya - ALAF21 FC, adalah Kelab yang mempertemukan aku dan sahabatku ini, beliau adalah seorang yang begitu tekun, fokus dalam melakukan sesuatu tugasan, seorang yang ceria (bila kami berdua sahaja, ada sahaja yang dibualkan), seorang yang tidak pernah jemu dalam menjalankan apa sahaja aktiviti Kelab, seorang yang boleh pada bila - bila masa sahaja, bersedia turun padang untuk menjayakan aktiviti Kelab, seorang yang tidak pernah berkira dalam urusan kewangan, dimana beliau sanggup dan bersedia untuk mengeluarkan wangnya sendiri untuk menggerakkan aktiviti Kelab, beliau juga boleh diharapkan untuk mendapatkan berita untuk Blog Kelab, dan ulasannya dalam Blog Kelab, kelihatan begitu bersahaja dan ceria, malah dari tinjauan rambang kami, mendapati bahawa sahabatku ini lebih dikenali dialam siber dari diriku sendiri sebagai Pentadbir Kelab.

Dan buat pengetahuan anda, Blog ini juga dibina, dibangunkan, dimeriahkan, diceriakan dan diubahsuai oleh sahabat ku itu, ya .... TERLALU BANYAK JASA yang dicurahkannya untuk Kelab dan kepadaku sendiri secara peribadi.

Selain dari membangunkan Blog ini, sahabatku itu juga, menjadi Pentadbir Blog ALAF 21 FC, dan dalam masa yang sama, beliau juga mempunyai Blognya yang tersendiri dan peribadi, dimana Blog Peribadinya itu begitu dikenali ramai, ceria, glamour, dan menjadi Blog yang mempunyai rating pengunjung yang tinggi setiap hari, dan dalam dunia siber, sahabatku ini lebih dikenali sebagai Mersik (didalam Blog Kelab), dan dikenali - Pokcik Mersik (didalam Blog Peribadinya).

N3, pada kali ini sengaja kupesembahkan sebegini rupa, dalam kesempatan untuk memberi PENGHARGAAN yang sewajarnya kepada sorang SAHABAT yang banyak, begitu banyak dan terlalu banyak jasanya membantu diriku dan KELAB.

TERIMA KASIH buat SAHABATKU yang bernama ROSLAN @ Mersik @ Pokcik Mersik, dan dikesempatan ini, aku mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KELAHIRAN @ SELAMAT HARI JADI @ HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY BEST FRIEND - Oh Saibah Saudara Roslan, dimana HARI JADI nya adalah pada 18 HB DISEMBER.

Friday, December 15, 2006

BUKU hasil tulisan BLOGGERS

Mamat - mamat dan minah - minah pengendali weblog ingin mempersembahkan:
JIWA KACAU

Penyelenggara: BASRI NOR MOHD.

JIWA KACAU yang satu lagi

masuk barisan

Penyelenggara: BASRI; JIGO; ATTOKZ

Tak sabar rasanya dan teruja sangat, nak dapatkan kedua - dua buku diatas !!!

Thursday, December 14, 2006

NOVEL - SRI DIAH - Nilai Sentimental

Diatas adalah muka hadapan (cover), untuk semua Novel, hasil garapan Sri Diah yang kumiliki.

MAHLIGAI CINTA adalah hasil garapan beliau yang terkini bersama rakan - rakan, sebuah novel yang bagiku, lari dari kebiasaan, atau trade mark Sri Diah sendiri.

Ya, kalau sebelum ini, hasil karya beliau banyak yang berkisar kepada kehidupan korporat dan persengketaan dalaman, kali ini, garapan beliau lebih berkisar kepada keharmonian dalam sebuah keluarga.


Kesemua novel itu masih berada didalam keadaan baik didalam simpananku, walaupun ada yang berhajat untuk meminjam, tetapi terus - terang kukatakan, bahawa aku memang keberatan untuk memberi izin, kerana bagiku, setiap buku atau novel yang kubeli, hasil dari keringatku sendiri, adalah terlalu bererti dan begitu berharga, namun aku tidak keberatan jika ada yang berhajat untuk memilikinya, maka aku tidak keberatan untuk berusaha membelikannya.

Cuba bayangkan, suatu ketika kelak, katakan ditahun 2020, buku atau novel yang kumiliki, akan menjadi begitu berharga, akan ada suatu perasaan sentimental terhadapnya.

Prinsip ini kupegang kuat, kerana aku pernah mengalami suatu peristiwa yang tidak akan dapat kulupakan, dimana, sebuah novel - HARRY POTTER, yang pertama kali diterbitkan ditahun 70'an, novel itu dihadiahkan oleh ayahanda tersayang, dibeli di Changi Airport, itulah novel berbahasa Inggeris yang pertama ku baca, cuma berada didalam simpananku selama 2 minggu, selepas itu novel itu dipinjam oleh rakan sekelasku, selepas itu terus "ghaib", peristiwa itu benar - benar melukakan hatiku, semenjak dari itu akau "bersumpah", tidak akan meminjamkan buku atau novel kepada sesiapa pun akan "harta" yang kumiliki.

InsyaAllah, selepas ini, aku akan membuat ulasan tentang novel, tetapi berpandukan kepada pemahaman dan pandanganku sendiri.


Buat pengetahuan anda, kesemua novel diatas adalah terbitan ALAF 21.

MyKad untuk anak (suatu pengalaman)

Pagi tadi aku telah pergi Pejabat Pendaftaran Negara, untuk membuat MyKad untuk anakku yang pertama, dah sampai umur dia kena buat Kad Pengenalan, dan terasa diri aku sendiri dah ada anak yang bakal remaja, yang mempunyai ayah yang sudah meningkat umur.

Jam menunjukkan pukul 7.45 pagi, aku dan anak ku telah berdiri terpacak didepan pintu masuk, namun telah ada 4 orang yang telah sedia menanti sebelum aku.

Pukul 8.00 pagi tepat, pintu dibuka, diwaktu itu adalah didalam anggaran 20 orang yang menyerbu masuk, semata - mata untuk mendapatkan nombor giliran yang terawal.

Bila sahaja aku tiba dikaunter nombor 2, seperti yang diarahkan dan tertulis dibanner , aku dan beberapa orang pelanggan menjadi keliru, kerana pegawai yang bertugas dikaunter nombor 2, menyatakan bahawa, sesiapa yang hendak memproses atau mendaftar untuk MyKad bagi anak yang berumur 12 tahun, perlu mengisi borang terlebih dahulu, setelah diisi, tunjukkan kepada pegawai bertugas, barulah nombor giliran diberikan.

Waktu itu telah kedengaran suara tidak puas hati, namun tidak diucapkan secara terbuka, maklumlah, kita berurusan dengan PEJABAT KERAJAAN.

Dan aku juga terasa kelam kabut, kerana dimana nak diisi borang, dimeja tulis, orang dah ramai berkumpul, pen yang disediakan pun cuma SEBATANG.

Selepas siap mengisi borang, aku menghulurkan borang itu kepada Pegawai dikaunter, barulah nombor giliranaku diperolehi, ya, sewaktu menunggu diluar, aku adalah orang yang keenam, tapi bila nombor giliran diperolehi, nombor giliran aku adalah - 8.

Kasihan pada seorang wanita India, yang membawa bersama anaknya, juga untuk MyKad anaknya yang berumur 12 tahun, disebabkan dia tidak tahu menulis, atau tidak tahu membaca, ataupun tidak tahu bagaimana nak isi borang, maka wanita India itu mendapat nombor 12, sedangkan, dia adalah manusia PERTAMA yang berdiri didepan pintu masuk, sejak awal pagi.

Namun, kekecewaan ku terubat juga, dengan kepantasan dan kecekapan Pegawai yang bertugas, dimana aku cuma "meluangkan masa" dalam satu jam sahaja.

Moral of the STORY:

1 - Rakyat MALAYSIA, MESTI PANDAI MEMBACA BORANG.

2 - Bagi sesiapa yang mempunyai urusan di PEJABAT KERAJAAN, PASTIKAN anda membawa PEN.

3 - Kita MEST BELAJAR bagaimana untuk menulis dengan PANTAS, supaya mendapat nombor yang terawal.

4 - Seharusnya PIHAK KERAJAAN, meletakkan syarat atau peraturan atau apa sahaja maklumandengan JELAS, contohnya, mengapa ada dua peraturan yang berbeza untuk membuat MyKad, bagi orang dewasa yang membuat MyKad baru atau atas alasan yang pelbagai, segala - galanya dilakukan oleh Pegawai bertugas dikaunter, tetapi bagi yang membuat MyKad untuk anak, maka ibu/bapa/penjaga,perlu mengisi borang ?, dan selepas borang diisi barulah nombor giliran diperolehi ?

Wednesday, December 13, 2006

NOVEL POPULAR - Seminar di DBP

Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan satu seminar tentang NOVEL POPULAR:

Tema: Novel Popular - Antara Komersialisme dengan Intelektualisme.
Tarikh: 14hb Disember 2006 (Khamis), & 15hb Disember 2006 (Jumaat).
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang (Khamis).
Masa: 8.00 pagi - 12.30 tengah hari (Jumaat).

Tempat: Dewan Seminar, Tingkat 2, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.

Perkara yang mahu diabsahkan:

. Wajarkah Kategori Novel Popular diwujudkan dalam Penilaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ?
. Wajarkah sumbangan Penulis Novel Popular diberikan Pengiktirafan dalam Penilaian tersebut? .
. Bagaimanakah tentang visi dan mutu karya genre tersebut?
Novel yang akan diperkatakan adalah:
Terbitan ALAF 21

· Tak Seindah Mimpi (Sharifah Abu Salem)
· Bagaikan Puteri (Ramlee Awang Murshid)
· Gemersik Kalbu (Anis Ayuni)
· Original (H.M. Tuah Iskandar)
· Getaran Rindu (Norzailina Nordin)
· Jendela Hati (Aisya Sofea)
· Mahligai Cinta (Sri Diah)
· Pasrah Kasih (Mazla Harris)


Lain – lain penerbitan:

Lagenda Budak Setan (Ahadiat Akashah)
Bukan Puteri Lindungan Bulan (Liana Afiera Malik)
Cemburu seorang Perempuan (Siti Hasneza Abdul Hamid)
Maafkanlah Aku (Zaharah Muhammad)
Mencintaimu (Nass Alina Noah)
Nyanyian Tanjung Sepi (Noor Suraya)
Secebis Kasih (Syamimi Aminolah)
Tunjukkan Aku Satu Bintang (John Norafizan)
Panel Pembentang

· Prof. Madya Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan (UM)
· Prof. Madya Dr. Hashim Ismail (UM)
· Mohamad Saleeh Rahamad (UM)
· Dr. Hajah Amida @ Hamidah Abdulhamid (UM)
· Prof. Dr. Sahlan Mohd Saman (UKM)
· Prof. Madya Dr. Rosnah Baharudin (UKM)
· Dr. Misran Rokimin (UKM)
· Prof. Madya Dr. Ruzy Suliza Hashim (UKM)
· Dr. Kamariah Kamaruddin (UPM)
· Dr. Haji Talib Samat (UPSI)
· Haji A. Rahim Abdullah (ASWARA)
· Hajah Zalila Sharif (DBP)
· Haji Hamzah Hamdani (GAPENA)
MASUK adalah PERCUMA.

Friday, December 08, 2006

BERKONGSI

BLOG IMAH CUMEL
Sewaktu aku berjalan - jalan @ merayau - rayau, kedalam hampir 30 buah blog, untuk mencari idea, tiba - tiba sahaja aku terjumpa dengan sebuah blog yang cukup menarik perhatianku, bukan sebuah blog seorang dewasa, tetapi sebuah blog seorang anak kecil, ya, masih dibangku sekolah, dimana si kecil ini memberikan ulasan tentang buku dan pengalamannya.

Bagiku, usaha sebegini perlu diteruskan, untuk faedah si kecil ini dimasa hadapan, dan sewajarnya diberikan perhatian, sokongan dan galakan berterusan, supaya menjadi insan yang berguna dimasa hadapan.


Bagi anda, sila layari imah cumel library, dan anda pasti teruja.

------------------------------------------------------------------------------------------------

365 hari @ Setahun / 24 jam

Sekadar terfikir, sudah lama, dalam sehari berapa lama masa yang kita berikan untuk menatap wajah ibu, ayah, isteri dan anak - anak.

Ya, dalam tempoh 365, dalam tempoh setahun, dalam tempoh 24 jam, berapa lama masa yang kita berikan untuk menatap, berbual mesra, bergurau senda, dan memberikan masa untuk ibu, ayah, isteri dan anak - anak.

Lapan jam sehari dipejabat, 3,4,5 jam, kita menghadap komputer, dirumah pula, 3,4 jam untuk tidur, dan bakinya, adakah kita benar - benar memberikan masa berkualiti untuk insan yang kita sayangi ?

Dan adakah kita "mendengar" dan "tekun dan teliti" pada setiap kata - kata yang diluahkan oleh ibu, ayah, isteri dan anak - anak, sepertimana kita "mendengar", "tekun dan teliti", kepada setiap kata - kata yang diucapkan oleh ketua dipejabat, dan mengambil berat akan kata - kata itu dan dilaksanakan segera ?

------------------------------------------------------------------------------------------------

DIARI MASA HADAPAN

Kurang dari 30 hari lagi, kita akan melangkah ke tahun baru 2007, dan sekali lagi negara akan menyambut kehadiran tetamu dan pelancong, sempena dengan tahun melawat Malaysia 2007. Setahun juga umur kita meningkat.

Diwaktu ini, dimana - mana kedai buku khususnya, DIARI telah mula dijual, juga Planner.

Adakah kita telah berjaya mencapai setiap impian kita, adakah kita telah berjaya mencapai apa yang kita hajatkan, dan apakah setiap perancangan kita berjaya mengikut apa yang disusun atur.

Ya, aku baru membeli sebuah DIARI ISLAM, dan telah kucoretkan apa yang aku MAHU untuk dilaksanakan ditahun 2007, semoga apa yang kucatatkan, akan sekurang - kurangnya menjadi panduan buat diriku, bagaimana untuk mencapai kecemerlangan, dan DIARI bukan sekadar sehelai kertas untuk ditulis dan menjadi sejarah.

------------------------------------------------------------------------------------------------

KALENDAR 2007

Setiap tahun inilah yang akan diperolehi, samada secara percuma ataupun dibeli, terlalu penting bagi setiap manusia.

Namun dalam begitu banyak kalendar, aku paling berminat dengan kalendar kuda.

Ya, bagiku inilah kalendar yang paling banyak informasi, cuti negeri, cuti kebangsaan, cuti sekolah, tarikh berpandukan hijrah dan lain - lain lagi.

Anda bagaimana ?

Tuesday, December 05, 2006

PLAZA TOL (nak komplen kat siapa ?)

Inilah adalah gambar yang aku rakamkan sewaktu melalui kawasan Plaza Tol Batu 9 (Lebuhraya Cheras Kajang).

Terdapat beberapa kelemahan dipihak Pengurusan Plaza Tol dan orang ramai, namun bagiku, kelemahan ketara adalah dipihak Pengurusan Plaza, dimana aku sempat keluar dari kenderaan, dan memerhati aliran masuk kenderaan, serta kawasan sekitarnya.

1 - Garisan PUTIH, terdapat hanya 10 meter dari tempat pembayaran, ini menyebabkan kenderaan yang akan masuk ke kawasan Plaza, tidak akan dapat memastikan dilaluan mana mereka akan atau perlu masuk.

2 - Tiada langsung kelibat Pengawal Keselamatan Plaza untuk bertugas disitu, untuk mengawal kesesakan lalulintas, ini menyebabkan semua pengguna, mengambil kesempatan untuk masuk ke mana - mana laluan sesuka hati.

3 - Sikap pengguna juga begitu mengecewakan, dimana pemandu lori 1 tan khususnya, begitu sombong, bongkak, dimana mereka langsung tidak mempedulikan kenderaan lain, khususnya kereta, kerana pada fikiran mereka, mereka adalah raja dijalanan, mereka datang dengan laju, dan terus menghimpit lain - lain kenderaan yang telah terlebih dahulu beratur panjang.

Wang rakyat dibayar kepada Peniaga Lebuhraya, tapi inilah yang kita dapat.

Monday, December 04, 2006

PENSIL

Sessi persekolahan 2007 akan dibuka kembali, begitu banyak keperluan sekolah akan dibeli @ diborong.


Salah satu peralatan yang perlu @ wajib diadakan adalah pensil.

Ya, siapakah yang tidak akan menggunakan pensil, ada ketikanya, kita lebih banyak memberi masa kepada pensil, dari kepada insan yang kita sayang, ada ketikanya kita tidak menggunakan pensil, tapi kita tetap memegang pensil.

Ops .... pensil tumpul lagi ..... meraut pensil lagi .... erm ... mana lebih tajam, antara pensil yang diraut atau tulisan yang ditulis menggunakan pensil ?

Ermmm .... zaman ini kita gunakan "keyboard (papan kekunci) la bang" .

Saturday, December 02, 2006

KATALOG TERBARU

Setiap syarikat penerbitan mempunyai rangka strategi untuk mempromosikan bahan terbitan keluaran masing - masing, tidak terkecuali ALAF 21 Sendirian Berhad.



Inilah KATALOG terbaru, yang diterbitkan oleh ALAF 21, yang telah kumiliki, penuh dengan informasi, dari latar belakang syarikat, konsep logo ALAF 21, syarikat Kumpulan, Novel, Kitab Agama, Buku Resepi, kraf dan aneka gubahan, Fesyen dan jahitan, buku - buku motivasi dan buku - buku umum dan ilmiah.

Juga bagi mereka yang sentiasa sibuk, maka diberikan cara - cara bagaimana untuk menggunakan sistem pesanan melalui pos melalui Sistem U @ Lang, dan disenaraikan juga kedai - kedai buku yang menjual bahan terbitan ALAF 21.

Bagi anda yang ingin memiliki KATALOG (secara PERCUMA) ini ataupun memesan BUKU atau NOVEL, sila pastikan maklumat yang anda berikan adalah BETUL dan TEPAT, untuk mengelakkan sebarang kesukaran yang mungkin timbul.

Ya, inilah kemudahan IT yang perlu digunakan sebaik - baiknya.

Friday, December 01, 2006

CHEF BERADU MEMASAK

Gelagat chef beradu memasak
Oleh Ellyna Ali

MAHU melihat pertaruhan antara chef dengan peserta biasa dalam program berasaskan pertandingan memasak?

Sedia Mula Masak terbitan Ambang Entertainment Sdn Bhd bersama Ciku Media Sdn Bhd yang dihoskan pengacara, pelawak dan pelakon terkenal Louisa Chong memberi anda peluang untuk melihat aksi serta pertaruhan yang cukup menarik ini.

Malaysia pula menjadi negara pertama di Asia yang mengambil konsep program berkenaan selepas ia berkembang luas ke Eropah, Australia, Itali, Kanada serta beberapa negara lain sejak diperkenalkan sekitar 1994.

Jurucakap Ciku Media Sdn Bhd, Anne Mukhtar berkata, menariknya mengenai program Sedia Mula Masak ini, ia bukan saja menguji daya ketahanan mental peserta tetapi juga selebriti chef itu sendiri.

“Selalunya dalam program masakan yang sudah sedia ada, kebanyakan chef sudah mengetahui dari awal mengenai resepi masakan yang bakal disediakan.

Malah, tidak perlu risau dengan bahan yang bakal digunakan dalam resipi masakan itu kerana semuanya turut disediakan dalam program terbabit.

“Namun, dalam program ini, situasi yang dilalui chef agak berbeza. Chef sama sekali tidak tahu apakah resipi yang perlu disediakannya.

“Chef hanya akan mengetahuinya selepas wakil peserta daripada kumpulan yang bertanding membeli-belah keperluan barangan di pasar raya Tesco yang terkenal pada harga berpatutan dan berkualiti.

“Selepas itu, chef akan dikehendaki menggunakan daya kreativiti mereka untuk menyediakan apa masakan yang bersesuaian berdasarkan keperluan barangan yang disediakan itu dalam tempoh masa 20 minit,” katanya.

Menurut Anne Mukhtar lagi, banyak aksi mencuit hati peserta dan chef yang dapat ditonton dan dilihat di dalam program ini.

Antaranya ialah persaingan setiap peserta yang mewakili dua kumpulan iaitu cili merah dan tomato hijau.

“Setiap wakilnya pula hanya dibenarkan membeli bahan masakan tidak melebihi RM20.

“Selain itu, penonton juga dapat melihat aksi serta gelagat chef terkenal tanah air yang bertungkus-lumus menyediakan menu yang menyelerakan.

“Sambil bertungkus-lumus memasak, mereka juga akan memperturunkan rahsia resipi masakan kepada penonton di rumah.

“Antara chef yang diundang menjayakan program ini ialah Chef Ismail, Sobri Mat Noor, Azrah Kamala Sashi, Florence Tan, Mavin Ong dan Norzailina Nordin,” katanya.

Seperkara unik mengenai program ini, pemenang akan ditentukan oleh penonton yang berada di studio.

Bererti penonton sendiri yang akan menjadi pengadil untuk menentukan kumpulan mana yang layak memenangi pertandingan.

Seterusnya memberi peluang kepada mereka ini memenangi baucar Tesco Store Malaysia Sdn Bhd bernilai RM 100.


Bahan berita dipetik dari Akhbar Harian Metro.


# Teringat pada siri IRON CHEF di TV8.