Tuesday, January 02, 2007

Sekadar NOTA

Aku sering membuat kejutan kepada isteriku, dengan melakukan sesuatu yang tidak pernah terfikir olehnya.

Satu ketika, aku pernah menulis nota, dan dilekatkan dengan pin pada pakaian isteriku yang tergantung didalam almari pakaian.

"Sayang, Terima Kasih atas pengorbanan sayang selama ini".

Satu ketika yang lain, aku menghantar surat, kealamat rumahku sendiri, dengan kata - kata: "Sayang, kaulah bintang hatiku".

Setiap kali beliau mendapat nota - nota itu, setiap kali itulah beliau menjeling kearahku dengan pandangan manja penuh bermakna.
Dan aku membalas dengan pandangan penuh pengharapan.

1 comment:

©Nur Raina said...

Salam Abang Long... huhu.. saya juga selalu lakukan kepada suami tercinta. Saya lekatkan postage di merata-rata ceruk rumah dgn ucapan yang ringkas. Setengah org kata "Oh! How romantic" dan ada yang kata "Buang kertas je" huhu... apa pun, saya ikut hati saya yang sentiasa ceria untuk menceriakan hati orang yang saya cintai... betul tak? huhu...