Monday, January 29, 2007

Macam - macam kisah (4)

Kisah 1 - Purdah tak bercakap.

Sewaktu balik kampong tempohari, untuk melawat ayahanda yang uzur, aku duduk bersebelahan dengan seorang (gadis / wanita), yang berpurdah didalam bas ekspress. Sedari awal lagi aku cuba untuk bertegur sapa, dan memulakan ukhuwwah dengan memberi salam, dan dijawab kembali. Namun aku berasa kurang selesa, kerana perempuan itu seolah – olah cuba untuk mengelakkan diri dari berbual denganku. Lalu aku mengambil keputusan untuk membaca novel.

Dan perjalanan bas yang memakan masa selama empat jam itu, aku habiskan dengan memabaca dan kadang kala berkhayal serta melihat suasana sekeliling, pemandangan yang indah disepanjang lebuhraya.

Tiba di Perhentian Bas Kamunting, aku lalu diambil oleh adik ku, yang telahpun menunggu diperhentian bas.

Sewaktu, kereta yang dipandu oleh adik ku tiba dihadapan rumah, tiba – tiba sebuah teksi turut berhenti dihadapan rumah orang tuaku.

Lalu keluarlah seorang perempuan yang berpurdah, lalu memberi salam, dan perempuan itu bertanyakan sesuatu kepada adik ku.

Selepas itu barulah kami sekeluarga mengetahui, yang perempuan itu adalah sepupuku yang telah 30 tahun tidak berjumpa.

# Pelbagai persoalan dan perkara bermain dibenak fikiran ku dengan peristiwa ini, namun terpulang kepada anda, pengunjung Blog ini untuk membuat pentafsiran dan penilaian.


Kisah 2 - Jejak tak bertapak.

Sewaktu melangkah keluar dari komuter, tiba – tiba sahaja aku merasakan yang tubuhku tidak seimbang, sewaktu berjalan.

Kusangkakan, yang kawasan pejalan kaki di Stesen Komuter itu tidak rata, rupa – rupanya, tapak kasutku telah tertanggal.

Aku cuba bersikap selamba, dengan cuba berjalan dengan menyeimbangkan badanku, namun akhirnya aku merasa keletihan.

# Tapak kasut yang tidak tebal, namun begitu terasa “kehilangannya”.


Kisah 3 - Lampu isyarat.

Anda sedang memandu dibelakang sebuah kenderaan, tiba – tiba kenderaan dihadapan anda bergerak perlahan, dan tiba – tiba terus berhenti, dan seketika kemudian terus membelok tanpa memberikan sebarang tanda isyarat.

Anda sedang memandu agak laju, tiba – tiba sebuah kereta keluar dari satu selekoh, betul – betul dihadapan anda, anda terpaksa memperlahankan kereta, tiba – tiba kereta yang keluar itu dipandu dengan perlahan.

Anda sedang memandu dibelakang sebuah kenderaan, dan kenderaan itu diperlahankan, lampu isyarat “masuk kanan” dinyalakan, tiba – tiba, sewaktu anda mahu memotong dari sebelah kiri, pemandu kereta itu lalu membelok ke kiri.

# Adakah kita perlu mewujudkan kenderaan “TANPA LAMPU ISYARAT” ?


Kisah 4 - Tradisi.

Sewaktu menziarahi rumah seorang saudaraku, yang terkenal dengan sikap kuat membacanya itu, sewaktu pulang, beliau telah menghadiahkan aku dan anak – anakku dengan beberapa buah buku.

Lantas aku berfikir, ini pun adalah kaedah atau tradisi yang boleh diamalkan @ dipopularkan dikalangan umat Islam @ Melayu.

Dari kita memberikan duit @ wang kepada kanak – kanak atau ibubapa mereka, lebih baik memberikan buku atau bahan bacaan.

# TRADISI boleh diubah.


Kisah 5 - DUDUK Si Pemalu.

Waktu dalam bas, aku berdiri, waktu menunggu ketibaan komuter pun aku berdiri, ya, sudah hampir 3 jam aku berdiri.

Kepalaku sudah pening dek migraine, badanku terasa terlalu amat letih dan lesu, dan terasa hampir pitam, disamping terpaksa membawa barang yang agak berat.

Tiba sahaja komuter, aku terus masuk sambil berasak – asak, dan terus mengambil tempat duduk yang ada.

Tiba – tiba berdiri disisiku seorang perempuan tua.

Aku tidak dapat membuat keputusan yang terbaik diwaktu itu.

# Andainya anda adalah seorang pengunjung Blog ini, dan seorang lelaki khususnya, sila berikan pendapat anda sejujur mungkin.
# Andai anda seorang wanita, juga berikan pendapat anda.

A – Memberikan tempat duduk anda, walaupun anda sedang letih DAN sakit.
B – Terus duduk tanpa memperdulikan si wanita tua itu.

15 comments:

Anonymous said...

Goal Setting Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be successful.! http://startlivingyourdreamstoday.com/

kujie said...

Salam abgLong

1. Purdah - tindakan perempuan tu tak salah, abgLong pun tak salah..perempuan tu menjaga image peribadi dia. Sepupu..sy juga tak kenal rapat dgn sepupu² sy krn sewaktu kecil kami tidak membesar bersama....kami di Baling sekeluarga, kebanyakkan di Seberang Prai ( sebelah mak ) dah di Pahang dan ayah sy anak yatim sejak kecil. Zaman dulu perhubungan hanya melalui surat, tak der highway, tak der bas espress , tak der kenderaan dan bukan org senang utk bercuti² menyebabkan kami memang jarang bertemu....bukan semudah sekarang.

2. Tapak kasut - ye..sy percaya tapak kaki adalah asas kestabilan berdirinya kita..sy sering urut kaki anak lelaki sy dan cakap..besarnya ..lebarnya kaki along...tak pa, kuat kerja! Adik beradik sebelah suami sy semua berbadah kecil tpi memakai saiz kasut yg lebih besar dr saya..dan telah terbukti, meraka amat kuat bekerja...( org jawa sabak bernam...bertani pisang dan kelapa sawit )

3. Hadiah buku - tradisi ini telah diamalkan dlm keluarga dan adik beradik saya, kami biasanya memberi hadiah buku kpd anak² saudara yang mencapai kecemerlangan dlm pencapaian mereka..samada hari lahir atau cemerlang dlm akademik. Saya dan anak² saudara lelaki dan perempuan ( umur 18-23thn ) saling bertukar² novel!

4. Mmg rumit situasi tu...serba salah! AbgLong org baik kan..hati yang mulia tentu dilindungi Allah kalau terjatuh/ hilang kawalan kalau berdiri...hehehehe...kita memang akan diuji sewaktu kita dalam kesusahan abgLong dan itulah yg paling bermakna dr ujian sewaktu senang....

Ayu said...

setuju dgn Kujie utk bab Purdah :)

tapak kasut tertanggal yaaa hahahaha aduhai leper leeeee

saya pon suka dpt bukuuuu

alamakk.. camner ek? boleh tak kalo kite berharap org lain bg makcik tu duduk? *abih tu kite pon dah tak mampu nak berdiri.. mcm mana kann

Am said...

1. Purdah - elok juga tu bang long, kalau semua dia layan dah tak manislah kan. Biasalah bang long, Am kadang kala dalam majlis baru kenal sepupu hehehe

2. Tapak Kasut - benda ini bila dah hilang baru tahu kepentingannya hehehe

3. Buku - ok gak kalau diamalkan ya, Am pun tak pernah terfikir

4. Senang sahaja, cakap kat makcik tu yang kita tak berapa sihat dan minta maaf, silap-silap orang lain dengar dan beri makcik tu duduk. Am pernah nak pitam dalam bas dan ada saty makcik bangun dan beri Am duduk, inilah namanya bantu membantu.

zalisa maz said...

Purdah, hmm wanita berfurdah memang sudah dididik begitu. Bercakap dengan lelaki yg bukan mahram boleh tapi seelok2nya elakkan. Lagipun dia tidak tahu abang long adalah sepupunya.

Hadiah buku, wow, menarik idea ni.

Sejujurnya, saya akan terus duduk. Sehinggalah saya rasa boleh berdiri barulah saya mempelawa perempuan tua itu duduk di tempat saya.

zalisa maz said...

Purdah, hmm wanita berfurdah memang sudah dididik begitu. Bercakap dengan lelaki yg bukan mahram boleh tapi seelok2nya elakkan. Lagipun dia tidak tahu abang long adalah sepupunya.

Hadiah buku, wow, menarik idea ni.

Sejujurnya, saya akan terus duduk. Sehinggalah saya rasa boleh berdiri barulah saya mempelawa perempuan tua itu duduk di tempat saya.

Abang Long said...

kujie, ayu, am, zalisa maz - kita sependapat dalam tajuk purdah / tapak kasut / hadiah buku. Tapi dalam perkara yang terakhir, sebenarnya Abang Long telahpun pitam .....dan abang long tak sedar ...sampai ke stesen yang penghabisan sekali .....

Am said...

tertinggal pula

Lampu Insyarat:
Mereka ni sebenarnya cuai guna dan dalam keadaan hendak tak hendak aja, itulah masalahnya bang long

Abang Long said...

am, masalahnya, bila cuai dalam penggunaannya ataupun tidak digunakan langsung, ianya menyusahkan pengguna jalanraya yang lain.

kujie said...

sy pn mcm am..tertinggal bab lampu isyarat...ehehehe..sebab sy pernah lampu kuning sy terus kan, depa tu dah kena tahan...bg saya tak salah..so sy pertahankan pendapat sy..lepasssssssss....kedip2kan mata sikit..hehehe..aksi2 sikit2...hehehe..tak der la gurau je! Kalau sy salah sy bayar je saman.

Paling sy benci org yg nak masuk simpang tak bagi signal..sy dok tertungu dia nak lepas..alih² dia msk simpang kiri..dah tu kereta mewah pulak tu...adeiiihhh..mcm nk g ketuk je signal tu kalo dah tk moh nk guna.

Kesiannya AbgLong.....kalo dah memudaratkan tak apa la kalau nk duduk...rasanya kalau saya di tempat org tua tu ( erk..sy lum tua! haha) sy pun akan faham.

kiki said...

Purdah-Teringat kisah kwn kiki..dia pun mengalami kisah yg hampir sama..tp yg membezakannya org di sebelah dia tu layan gak dia..keesokkan harinya tak sangka upenya org kat sbelah tu saudara dia juga...ermm...

Lampu Isyarat-Ermm..kadang2 sakit hati gak dibuatnya dgn org mcm nie...ape2 pun kesian pdku yg bw kenderaan tanpa pintu nie..hohohohohoh..

DUDUK-ermm...kalau masa tu mmg dh tak larat sgt..kiki diamkan aje..tp klu leh larat lagi...kiki bangun je...sile2...;)

karl Firdaus said...

salam abang Long ,

Kasut - Cerita abang Long yang nombor dua tu buat Una teringat kisah Una. Masa tu kat traffic light kawasan shenton way waktu makan siang . Memang sibuk. Masa lampu dah tukar hijau dan baru berapa tapak berjalan.... habis satu tapak tanggal. Malunya tak terhingga . Una merasakan pada saat itu orang2 kat dalam kereta2 yang berhenti tu ketawakan .....

Purdah - Islam agama suci mengajar kita beramah mesra sesama umat. Asalkan tidak terkeluar dari landasan . Tidak kira saudara mara atau orang asing . Berpurdah tidak bererti yang mereka lebih dari kita. Nasib baik kat Singapore dah kurang kita lihat orang berpurdah .Una betul2 tak faham , kenapa orang yang berpurdah ni rasa mereka lebih special dari kita yang biasa biasa aje .. dan Setahu Una cuma NUN atau Rahib sahaja yang dilarang berbual ...

Lampu Isyarat - Kalau tiada lampu isyarat lagi susah .

Tradisi - Untuk kita yang rajin membaca dan kuat membaca. Sememang memangnya hadiah buku dialu alukan . Satu idea yang baik sekali . Tapi pada yang tak rajin dan tak suka membaca langsung... apa agaknya kata mereka ?

Duduk sipemalu - Una rasa bab ini serba salah kita dibuatnya ... Una tak pernah kena migraine sampai tahap nak muntah atau pengsan. Selalunya kalau ada orang tua atau pun wanita mengandung Una akan beri tempat duduk . Tapi kalau dah sampai peringakat macam abang Long... orang lain pun mesti faham yang kita benar benar sakit ...

Abang Long said...

kujie, kiki dan karl firdaus.

Kisah Purdah, abang tak mahu komen banyak, sebab selagi kita ikut perintah Allah dan Sunnah Nabi, itu dah kira baik.
Kisah Tapak Kasut, bukan sekali tapi dua kali abang long terkena ... malu@segan@geram@nak ketawa pun ada...hehehehe...
Kisah Lampu Isyarat, sebenarnya, abang long lebih menghormati UNDANG2 di Singapura dalam hal ini.
Kisah Buku, sebenarnya, abang long dah lama amalkan, dan Alhamdulillah, mendapat maklumbalas yang baik.
Kisah Duduk si pemalu, sebenarnya, ramai orang berbelah bahagi dalam hal ini, namun majoriti yang abang long tanya, menyatakan yang "lebih baik terus duduk dari menimbulkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang ramai".

cikgu azleen said...

tapak kasut - bile time ada kita macam tak kesah jer kan.. kotor lah.. pijak di tempat-tempat yang berair/ berlopak dengan sengaja.. tak hiraukan dia.. tapi bila dah takde?? ehemmm.. sendiri mau ingatlah...

Pilihan saya A- berdiri dan beri tempat duduk tuh kepada wanita tua tersebut walaupun dalam keadaan letih dan sakit.. tak tahu kenapa, tapi itulah saya pikir saya akan lakukan..

PuteriSatu said...

wanita berpurdah...selalu pendiam..dan menyendiri... kita pun segan nak tegur kan...

tapak kasut...kadangkala walu dia dok kat bawah tapak kaki..tapi bila tanggal betapa kita rasa tak selesa kan...so...walu pun kat bawah...ianya juga penting kan..?

abang long tak sihat ke..?