Tuesday, January 02, 2007

Proses yang berbeza.

Hari ini, aku telah menghabiskan masa didua buah sekolah. Satu disekolah rendah dan satu disekolah menengah.

Pelbagai pengalaman yang aku kutip dan timba, bila aku berurusan didua buah sekolah yang berlainan. Anakku yang pertama, bersekolah di Sekolah Menengah ACS Klang, ditingkatan satu. Manakala yang anakku yang kedua dan ketiga, aku daftarkan disebuah sekolah agama rakyat, sessi pagi.
Aku tiba kesekolah ACS Klang, pada jam 8.00 pagi, kedatangan aku dan anakku disambut mesra dari depan pagar sekolah oleh para Pengawas yang bertugas, dengan penuh mesra mereka menyapa setiap ibubapa yang hadir, dan mereka memberi panduan serta tunjuk arah, bagaimana untuk mendaftar dan menghadiri sessi taklimat.

Setiap ibubapa kelihatan dibantu dengan penuh disiplin, penuh keceriaan, harmoni dan berhemah tinggi oleh Pengawas sekolah.

Aku telah ditunjukkan dengan senarai nama pelajar (untuk melihat nama bilik bagi setiap murid baru), usai mendapat pengesahan nama dan bilik darjah, aku telah diberikan nombor giliran (satu perkara yang aku suka), selepas menerima nombor giliran ibubapa telah ditunjukkan dewan sekolah, dimana terdapat sessi motivasi dan kaunseling, usai sessi tersebut, maka para ibubapa telah pergi ke bilik darjah yang telah tersenarai nama anak masing - masing, dimana setiap ibubapa akan dipanggil mengikut nombor giliran, proses itu hanya memakan masa selama kurang dari 10 minit. Selesai proses pendaftaran dan taklimat serta penyerahan borang, ibubapa boleh pulang.

Sampai sahaja dirumah, isteriku telah memaklumkan yang beliau tidak dapat berbuat apa - apa, untuk menyelesaikan proses disekolah agama, kerana katanya orang terlalu ramai berkumpul, timbul kehairanan kepadaku, bagaimana beliau tidak dapat menyelesaikan proses tersebut.

Lalu aku terus ke sekolah agama tersebut, telahan ku memang betul dan tepat, kerana selama ini, aku telah mengetahui yang setiap apa sahaja urusan jika melibatkan pihak berkuasa agama, pasti timbul kerumitan dan keresahan kepada umat Islam.

Aku sendiri tidak dapat mengetahui dimana darjah anak - anakku, tiada maklumat tentang senarai murid, darjah mahupun bilik.

Memang betul, aku tahu anak - anakkuakan belajar dalam darjah 3 dan darjah 4, serta nama bilik darjah, tetapi setiap ibubapa pasti akan terpinga - pinga, kerana tidak tahu dimana bilik darjah itu, seterusnya, bila aku sampai kebilik darjah 4, aku melihat semua ibubapa berkerumun dan berkumpul didalam bilik darjah, aku tidak tahu siapa yang datang dahulu dan siapa yang datang kemudian, ini bermaksud, kalau sesiapa yang hendak habis cepat, kenalah buat muka tak malu atau bersikap BRUTAL, dengan potong Q, dan para guru yang melakukan proses pendaftaran serta bayaran yuran, tidak ambil kisah apa yang berlaku.

Bagiku, pihak sekolah @ pejabat ugama, masih tidak mahu untuk mengambil pelajaran / mengambil tahu, bagaimana untuk mempermudahkan proses pendaftaran sekolah.

Malah TIADA LANGSUNG kelibat guru atau pentadbir sekolah mahupun Pengawas, yang sudi turun padang untuk membantu, sekiranya ada ibubapa murid yang menghadapi sebarang masalah.

Kalau diwaktu pagi, sewaktu di Sekolah Menengah ACS, aku hanya mengambil masa tak sampai 10 minit untuk menyelesaikan proses pengesahan dan pendaftaran, tetapi di Sekolah Agama, aku telah menghabiskan masa selama 2 jam !

Begitulah HAKIKAT yang terpaksa dihadapi oleh kita semua sebagai Umat Islam dalam menyelesaikan sebarang permasalahan AGAMA.

Buat pengetahuan anda, Sekolah Menengah ACS (Anglo Chinesee School), adalah diasaskan oleh Mubaligh Kristian, namun telah diambil alih oleh Pihak Kerajaan hampir 50 tahun yang lalu, dimana setiap matapelajaran dan ko kurikulum adalah dibawah dasar Pelajaran Kebangsaan, dan merupakan sekolah tertua di negeri Selangor, iaitu sekolah tersebut telahpun berusia 114 tahun.

Namun apa yang kuperhatikan metod dan sikap pentadbirnya, tetap tidak berubah iaitu memberi layanan yang terbaik dan mesra kepada semua penghuninya.

Selesai sahaja proses, aku terus pulang kerumah, lalu isteriku bertanya "lama betul ya bang ?"...

Aku terus menjawab "biasalahhhhh ..... sekolah Ugama".

2 comments:

Unknown said...

Salam Abang Long...
Memang, nampaknya kita perlu lakukan sesuatu. Orang-orang kita semakin hari semakin lalai. Kucar-kacir dan porak poranda. Cara pentadbiran kita (tak payah tengok pentadbiran yang tinggi-tinggi, tengok yang bawah-bawah dulu) menjadi bahan ejekan dan jenaka bangsa lain.

Kita cepat melatah, cepat naik angin dan tidak tahu bagaimana hendak mengawal sesuatu keadaan dalam tenang. Bukankan Islam mengajar kita supaya banyak bersabar? Jadi, ke mana hilangnya ajaran itu sedangkan kita mengaku bahawa kita beragama Islam?

Sesuatu perlu dilakukan. Demi masa depan kita, anak-anak bangsa kita... demi nama bangsa kita.

Tak Melayu Hilang Di Dunia kata Hang Tuah tetapi, saya bimbang kata-katanya itu sudah tidak boleh dipakai lagi di dalam masa terdekat ini...

Unknown said...

benar lagi di benarkan