(30 tahun yang lalu)
Kisah 1 – Mesin getah.
Waktu itu aku berada dalam usia belasan tahun, dikampong ku ada alat atau mesin untuk meleperkan getah, yang telah dibekukan, dimana seorang akan masukkan getah kedalam mesin penggelek dan seorang lagi akan memutar atau memusingkan mesin itu, dan getah akn dileperkan dan cuma ada satu sahaja lakaran pada getah itu, iaitu jalur berbelang.
Satu ketika, sewaktu asyik melihat pakcik dan makcik sedang menggelek getah, aku bertanya, “pakcik, kenapa mesin tu cuma ada satu je ukiran belang, kenapa tak buat ada bunga – bunga ke gambar kartun ke ?”.
Lalu pakcik itu menjawab: “pasai apa hang banyak tanya …? …. tengok sudah !”.
Macam mana lah orang dulu nak pandai, aku baru tanya satu soalan dah kena marah.
Kisah 2 – Palang basikal.
Aku percaya, ramai yang masih ingat, waktu dulu, ada basikal yang mempunyai palang atau batang besi antara tempat duduk dengan bahagian pemegang basikal. Satu hari sewaktu mendengar radio (waktu itu belum ada televisyen dikampong aku), juruhebah menyebut tentang “bantuan yang diberikan oleh Palang Merah” kepada mangsa.
Aku lalu memandang dan merenung lama kearah basikal orang tuaku yang ada palang, dengan penuh kehairanan.
Perbuatanku disedari oleh Tokwan aku, lalu dia bertanya “awat (kenapa), hang dok tengok kat beskat (basikal) tu lama sangat ?”.
Aku lalu berkata “tokwan, palang basikal tu boleh tolong orang ka kalau dicat warna merah ?”.
Bagiku tidak salah untuk bertanya.
Kisah 3 - Mengagau.
Mungkin ada yang tidak pernah mendengar perkataan “mengagau” (bukan mengigau / mimpi), perbuatan mengagau akan dilakukan pada waktu selepas padi dituai (waktu itu padi ditanam sekali setahun), selepas proses menuai, air disawah bendang akan dikeringkan, diwaktu itulah, ikan pelbagai jenis akan kelihatan atau masih terbenam didalam selut, ikan yang “terdampar” akan dikutip dengan senang, tapi bagi yang masih “bersembunyi” maka inilah masanya, semua orang menunjukkan kehandalan, untuk memasukkan tangan kedalam tanah selut bendang, atau dimana – mana kawasan lubuk atau bahagian yang berlubang, dengan perlahan dan berhati – hati, selepas badan ikan dapat dirasai, barulah tangan akan mencekup kuat ikan itu dan diangkat keluar.
Aku memang pakar dalam hal ini, selepas ditunjuk ajar oleh tokwan ku, cuma sekali sahaja, aku memasukkan tangan kedalam selut, bila “badan’ mangsa aku dapat rasa, aku terus mencekup dengan kuat, dan sewaktu ditarik keluar, aku agak tergamam, kerana badannya panjang, ah, aku terus membuang benda itu, rupa – rupanya aku “tertangkap” belut.
Alhamdulillah, semenjak itu aku tidak lagi turun ke bendang, walaupun aku pakar dalam mengagau.
Kisah 4 – Unsur seks.
Siapa yang dah lupa tentang siri televisyen kegemaran ramai seperti, High Chapparal, Six Million Dollar Man, Bionic Women, Incredible Hulk dan banyak lagi. Kesemua siri rancangan itu boleh ditonton seluruh ahli keluarga tanpa ada sedikitpun perasaan terganggu dengan adegan yang kurang wajar.
Tapi, hari ini, rancangan kartun pun ada penampilan gadis seksi, memakai baju dalam, dan ada adegan berpelukan.
Aku ada empat orang anak lelaki yang meningkat remaja, 10 tahun lagi entah bagaimana siri televisyen.
Kisah 5 – Perkataan atau istilah.
Terlalu banyak perkataan atau istilah baru yang muncul dan timbul sekarang, dan ada ketikanya sukar untuk diberikan pentafsiran yang tepat, umpamanya, “poyo”, “mat rempit”, “boh jan, boh sia, boh tua, teh boh”, “tangkap lentuk”, “rembat”, dan sebagainya.
Waktu aku kecil dahulu hanya ada satu perkataan yang cukup popular – “penampar jepun”.
12 comments:
mengajar anak zaman dulu tak macam anak zaman sekarang.. anak zaman dulu, bolehlah di suruh diam, jgn banyak tanya.. anak zaman sekrang?? makin di suruh diam, makin banyak soklan.. lagi haru kalau dia mula ambil tindakan sendiri.. iskkkkkk..
Abg Long - rasanya ada lagi satu perkataan yg baru sahaja termaktub dalam kamus ngeteh kite iaitu
"menyandal-nyandal"
kekekeke
aku masih tidak faham erti sebenar poyo.
adakah bermakna macam "ya-ya jer"????
Terkenang semasa dulu...
Hatiku terasa rindu...
Mungkinkah dapat bertemu...
Padamu pujaan kalbu...(err..entah betul entah tidak)
Eh! Eh! Tangkap syahdu pula. Dulu, di belakang rumah atuk saya di KK didirikan tempat memesin getah. Ramai orang kampung yang datang ke situ kerana tidak perlu membayar apa-apa utk perkhidmatan iu. Malah, bila cuti sekolah kami sanak saudara turut membantu menjemur getah keping di luar dan di dalam bilik getah. Baunya masih bermain di depan lubang hidung hingga kini..huhu..
Di situ juga ada seorang tua bernama Tok J. Dia ada sebuah basikal berpalang dan tempat duduk penumpangnya empat segi dan besar. Sakit duduk di belakang. Dia selalu bawa saya dengan maksu saya ke rumahnya di tepi sawah utk mandi di sungai dan mengagau ikan di sawah. Pernah sekali, semasa kami meniti titi yang kecil dan rendah, basikal tiba-tiba terputus rantai di tengah-tengah titi itu. Tok J hilang kawalan lalu basikal terbalik dan kami bertiga terhumban ke dalam sungai.. ha ha ha..sabo je aku. Nasib baik titi tu rendah dan ketinggian air sungai tu sesuai dijadikan tempat menahan momentum jatuh. Kalau tidak, sakit ooo... huhu...
winterbride, memang betul tu, yang penting, ibubapa hari ini kena lebih bersedia dan perlu berilmu.
mersik, emmm.... tengah cari perkataan itu dalam kamus dewan.
elhakim, yang bercakap pun tak tau apa maksud sebenar ...heheheh
Nur Raina .... lirik lagu tu dah betul ... hehehehe ...ingat lagi nooooo .... teringat kes kita sama, jatuh dari titi kedalam parit, bukannya menangis .... ketawa pulak tu ....sabo je lah ..(ops ...pinjam kata2 Opah De).
Salam Abang Long,
Hee Hee............ dah lama tak dengar perkataan Penampar Jepun. Sangka Karl cuma orang Singapore aje yang gunakan ....
Sampai sekarang Karl tercari cari akan perkataan POYO ........apa maksudnya tu ?
Hari ini Karl baca surat khabar kat blog abang Long lagi ...... Dan seperti biasa Seronok... :)))))
patutlah anaknya banyak tanya soalan yang tak boleh nak jawab, bapanya masa kecik pun sama heheheh
Banyak cerita tv sekarang terpaksa temankan anak tengok walaupun cerita kartun.
adinda karl - buka sj orang singapore dan malaysia gunakan perkataan tu, orang jepun pun guna juga.
am - nasib baik kat rumah tak ada astro, yang ada rtm dan tv3 je ...
Anak zaman dolo2 lebih takut utk bersuara. Sebab?? sebab ibupada dolo2 lebih pentingkan disiplin dan amat lah garang pada anak2nya. Sampai anak2 jadi takut.
Anak2 zaman skarang, sepatah ibubapa ckp sepuluh patah dijawapnya. sebab?? Ibupada tak tegas, malah suka lepas tangan. Tau kije kije kije. Anak bg org lain jaga.
* Tak semua org mcm tu...heh
* Poyo arrr...maknenya?? erk..
* Menyandal - nyandal tu ape?
* bila nak lawan ni?? dah cukup lentik dah jari jemari ni..
Kisah2 lucu zaman kecil2 memang menarik, bukan? Boleh kita jadikan pengajaran bagi mendidik anak2 kita.
Abg LOng suka baca entry abg Long yang pendek tapi padat penuh berisi..Noushy dpt tmabah pengalaman bila baca tentang kisah2 lama2 abg long tuh..:)
abg long,
banyak nyer kisah...bagus la abg long ni, rajin update web. saya je yg asyik dok sibuk...sibuk...sibuk...
Post a Comment