Berapa banyak nombor yang perlu kita ingat, kena hafal, kena simpan, berjaga – jaga dan nombor rahsia ?
Nombor MyKad, tarikh lahir isteri dan anak – anak, tarikh pernikahan, tarikh perkahwinan, tarikh lahir ibu bapa dan adik – beradik, nombor telefon, nombor telefon bimbit, nombor rumah, nombor plat kereta, tarikh mati lesen, tarikh mati cukai jalan, nombor akaun bank, nombor telefon bimbit isteri dan segala macam nombor yang perlu kita ingat, perlu hafal dan perlu simpan.
Tapi bagaimana hari ini, aku boleh terlupa nombor laluan untuk masuk pejabat, bukannya banyak – 4 angka sahaja !
# Teringat pada orang yang selalu berjudi – “kaki nombor 4 digit”
Kisah 2 - SMS
Aku balik agak lewat, sampai dirumah jam 11.00 malam, kepulanganku disambut oleh anak sulungku. Aku lalu terus ke dapur, dan melihat isteriku sedang mengemas dapur, dia tersenyum memandangku, lalu dia terus bertanya “abang nak minum ?”. “Ok juga” jawabku, lalu aku bertanya, kerana sedari tadi dia asyik tersenyum sendirian.
“Kenapa sayang tersenyum dari tadi ?”. Lalu dia pun membuka cerita, “sebenarnya, tadi saya ada hantar sms, sepatutnya saya hantar kat abang, tapi tersalah hantar ke handphone abah”. Lalu aku bertanya “macam mana boleh jadi macam tu ?”, aku kehairanan. Oh, patutlah … senarai nama (Abah) dan nama aku (Abang), cuma berada dikedudukan atas dan bawah sahaja dalam handphone.
Lalu aku bertanya lagi “kalau macam tu kenapa sayang tersenyum ?”.
Lalu isteriku membuka sms yang mengandungi ayat yang telah tersalah hantar itu yang berbunyi:
“Sayang, mlm ni kan mlm Friday, jgnlah balik lambat”.
# Berhati – hati dan cermat sebelum menghantar SMS.
Kisah 3 - Ustaz & Lagu.
Usai menyampaikan kuliah, aku dan jawatankuasa surau, lalu menjemput ustaz untuk bersama – sama menjamu selera ala kadar, hidangan yang ada hanyalah kuih tepung talam dan air kopi.
Sewaktu sedang menjamu selera itu, tiba – tiba telefon bimbit seorang dari kami berbunyi, membawakan lagu “Kal Ho Na Ho”, aku mendiamkan diri, kerana sudah pasti itu bukan lagu dari telefon bimbitku, tiba – tiba ustaz mengeluarkan telefon bimbit dari saku bajunya dan menjawab panggilan.
Kami, jawatankuasa surau berpandangan antara satu sama lain sambil tersenyum.
Selesai bercakap melalui telefon bimbitnya itu, dengan bersahaja ustaz ini berkata:
“Ana sudah tersilap bawa handphone isteri ana”.
# Aku sekadar mengangguk.
Kisah 4 - EMEL bukan POSMEN
Aku berbual melalui telefon dengan Opah (datuk) ku, yang berada di Sungai Petani, Kedah. Opah ku itu telah berusia 85 tahun, namun masih boleh bergerak tetapi tidak berapa kuat, Opah ku menyatakan yang dia rindu sangat nak tengok wajah anak – anakku, lalu aku berkata, “nanti Cek (bahasa utara untuk - aku) poskan gambaq (gambar) anak – anak Cek , buat penghilang rindu Opah”, tapi dia membantah dengan berkata “buat apa hang nak hantaq (hantar) pakai posmen, awat, hang tak gheti (tahu), nak hantaq pakai emel ka ?”.
Aku terkedu sebentar, tapi dengan selamba aku bertanya kembali “apa opah punya alamat emel ?”.
# Oh ya, inikan zaman IT.
Kisah 5 - Kertas Paper
Sehingga kini aku tidak dapat memahami tentang satu perkara, bukan satu tapi banyak perkataan yang diucapkan oleh ramai orang termasuk aku, walaupun bunyinya asing, tetapi akhirnya diterima pakai oleh ramai orang secara tidak langsung.
Kertas A4 Paper / pintu gate / pusing roundabout / roti banjir / selamba kodok dan lain – lain lagi.
# Selepas ini, apa pula perkataan atau istilah baru yang akan muncul, dan yang pasti, “siapakah” yang mengucapkannya terlebih dahulu, ya dalam X-File barangkali.
7 comments:
Kisah ustaz dan lagu itu, buat saya teringat kepada ustaz saya. Ketika dia sedang mengajar kami akidah, tiba-tiba HPnya, krok, krok, krok.
Satu kelas tersengih-sengih.
~zalisa maz~
Salam abang Long ,
Kat Singapore ada Ustaz menyanyi lagu Rap Hip Hop dan Berlakon demi untuk mengajak anak muda berjinak jinak dengan masjid, usaha murni ini pun kritikan umum. Meluas pulak tuu.....
Karl kagum dengan atuk Abang Long ... heh heh ... canggih ..
~zalisa maz~ - sekarang dah jadi perkara yang normal.
karl firdaus, sebenarnya medan dan medium dakwah perlu diperluaskan, cuma yang pasti, janganlah dicampuradukkan yang hak dan yang batil.
Assalamualaikum wbh Abang Long...
SMS - too much information lerr.. huhu...
Lagu Kal Ho Na Ho - slange hindi yang bermaksud 'apa yang terjadi hari ini mungkin tidak akan terjadi esok'. Dalam kan maksudnya.. hmm... betul ke hp tu isteri dia yang punya.. ahakz..sabo je la...
aduh saya plak yg tersengih2 baca entry abg long ni hehehehehe :)
Nur, alaikumsalam. Abang Long rasa, h/p tu miliknya.
Ayu, ketawa pun tak pa ....
Besh besh entry abg Long..memang kelas!!!..hahhahaha noushy pun ade tercilap anta sms suppossed to be kat Syah tapi tertekan kat Abah dia..muahhahahaha, imagine!!! Blushing gilerr pastu tengok abah asyik senyum senyum....muahahhahaha..
2/ustadz kantoi...wakakkakak, cepat2 nak cover arr tuh kata mobile wifey dia!!!
3/grandma zaman IT...meshti abang Long terkedu tak? Orang tua pun ikut edaran masa wooo...:p
4/emm just curious...nape dengan Friday nite abg Long?ngeh..takut antu ke?ahakss...
Post a Comment