Baru - baru ini aku telah bertelingkah dengan seorang rakanku, tentang mengapa misi dakwah orang Islam kelihatan begitu sukar untuk mencapai matlamat dan sasarannya.
Perbincangan kami telah berakhir tanpa noktah.
Namun Allah maha kaya, sewaktu kami sedang menuju kerumah salah seorang rakan karib kami, di Hartamas, Damansara, suatu kawasan elit, kami telah ditunjukkan dengan beberapa peristiwa yang begitu ironi.
Waktu aku dan rakan ku itu telah masuk kedalam lif, tiba - tiba pintu lif terbuka kembali, rupa - rupanya ada orang yang akan masuk, seorang yang ku kira seorang Paderi Kristian (kerana beliau memakai jubah Paderi dan rantai Salib tergantung didadanya, dengan roman wajah yang manis beliau mengucapkan "Terima Kasih".
Kemudian Paderi itu lalu menyapa kami dengan wajah yang manis dan dengan senyuman "saudara tinggal disini ?".
Aku lalu menjawab "tak, kami nak melawat kawan yang tinggal disini".
Paderi tersebut berkata "oh, bagus tu untuk menjalin persahabatan, er ... saudara datang dari mana ?".
Aku menjawab "dari Klang".
Sampai sahaja ke tingkat 15, Paderi itu lalu berkata lagi "semoga perjalanan balik saudara akan selamat, dan semoga bertemu lagi, moga tuhan memberkati anda ".
Sewaktu keluar dari lif, sekali lagi Paderi itu berkata "Terima Kasih", sambil berkata, beliau mengangkat tangan tanda hormat.
Aku melihat rakan ku, tanpa berkata apa - apa.
5 comments:
Salam Abang Long... peristiwa yang Abang Long alami itu sudah biasa di sini. Saya berkata begitu tidak ada kena mengena langsung dengan tempat atau negara yang saya duduki.
Di sini Abang Long, orang-orang dari gereja akan pergi dari rumah ke rumah, tidak kira rumah siapa. Mereka akan mengetuk pintu dan meminta izin untuk berbual selama lima minit dengan kita. Mereka tidak kisah kalau kita tidak menjemput mereka masuk ke dalam rumah, asalkan, kita sanggup meluangkan masa untuk berbual dengan mereka.
Roman muka mereka sentiasa manis walau pun setelah kita memperkenalkan diri sebagai orang Islam. Mereka berkata, "That's great" dan kata-kata seperti itulah membuat kita berasa diri kita dan agama kita tidak diadili secara berat sebelah. Padahal, kata-kata sebegitu manis sebenarnya adalah umpan mereka supaya kita terus berbual-bual dengan mereka.
Kali pertama, saya menolak. Mereka beri risalah dan saya baca, lepas itu saya buang. Tidak ada keistimewaan di dalam risalah itu tetapi kata-kata perangsang dan dorongan untuk menjadi seorang Kristian yang mulia.
Kali kedua, mereka datang lagi. Saya tolak lagi. Risalah yang diberi saya buang lagi.
Kali ketiga, mereka terus datang dan kali ini, saya sudah bersedia untuk berbual dengan mereka. Saya sudah membaca beberapa buah artikel dan buku yang saya cari tentang MISI mereka ini di Afrika, Indonesia dan Filipina. Jadi, bila mereka sampai saya luangkan waktu lima minit untuk mereka. Saya ingin tahu, apakah rahsia mereka sehingga mereka berjaya menukar agama sebegitu ramai manusia di dunia ini. Kebanyakannya orang yang beragama Islam yang miskin.
Mula-mula, mereka bertanyakan tentang diri saya. Saya dapati, mereka ini 'selective listener', sudah diajar untuk membaca gerak geri kita dan menangkap perkara-perkara yang amat sensitif kepada kita. Dari situlah mereka mula menanam jarum.
Saya beritahu saya tidak bekerja dan mereka kata, mereka sanggup tolong saya untuk mendapatkan kerja. Malah, mereka sanggup memberikan kepada saya wang untuk pergi ke tempat kerja yang mahu mereka bantu itu.
Di dalam hati, saya benar-benar kagum. Begini rupanya cara mereka menakluk hati orang. Pasti orang yang lemah imannya tidak akan berfikir panjang lagi apabila bantuan asas seperti ini disediakan oleh pihak gereja.
Jadi, soalan saya, kenapa orang-orang dari Majlis Agama Islam atau masjid tidak melakukan perkara yang serupa? Tidak adakah orang-orang kaya yang beragama Islam yang mahu menghulur bantuan supaya pihak Pejabat Agama boleh membantu saudara mara yang memerlukan? Saya bukan bercakap tentang duit sahaja tetapi peluang pekerjaan dan macam-macam lagi.
Sudah nyata, kita sesama Islam tidak memperdulikan saudara mara kita yang susah. Dan bila keluar di dalam akhbar tentang si polan si polan yang murtad, kita jadi marah. Betullah kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati...
Maaf, agak panjang komen saya kali ini...
abang long, nuraina,
tabligh sudah memulakan langkah. malangnya hanya langkah. kerana msalah wang.
org2 kaya (tak semua) lebih suka cari perempuan tambah bini atau berpelesaran. tak ada kesedaran dalam hati.
sayang seribu kali sayang....
Suami saya dan rakan2 lain pun pernah bincang topik ni, kenapa ramai sangat yg murtad, kenapa org kristian berjaya tarik ramai orang, namun sama mcm abg long takde kesudahan.Bila baca komen dari nur raina dan zalisa maz, saya setuju, ada kebenarannya. Seperti yg zaliza kata, tabligh sudah memulakan langkah, tapi kenapa tak berjaya menarik ramai orang. Kat sini pun ada tabligh dtg ke rumah ajak ke masjid, tp mereka tak berjaya tarik ramai orang utk menyertai.Pendekatan mereka salah. Ada seorang kakak di sini pernah berkata pada saya, masa dia undergrad dulu, dia belajar di UK juga, pernah sekali mengikut usrah anjuran tabligh ni, baru pertama kali datang, dah di tengking di depan yg lain kenapa tak pakai tudung...terus dia tak ikut lagi lepas tu.Jadi, mcm manalah golongan muda ni nak ikut, kalau macam tu cara menegurnya.Itu tahun 80-an dulu, skrg ni zaman dah berubah. Remaja skrg lagi susah nak di tegur, tp kalau kena cara dan gayanya, mcm yg paderi tu buat,mereka mmg mudah terpengaruh.
hmm..saya pun tak berani nak ckp panjang, saya pun tumpang sedih, bila dengar cerita2 ramai yg murtad, ada pulak yg ibubapa mereka pun tak tahu. Nauzubillah....mungkin inilah tanda akhir zaman.
sedikit pengalaman sy mengenai tabligh...org tabligh tidak semuanya begitu(:bersikap kasar). sewaktu dahulu,sepanjang sy mengikuti tabligh kami tidak pernah bersikap begitu. mungkin sbhgnnya shj yg belum lg memahami method dakwah, begitu juga dgn paderi, tidak semua yg baik ada juga yg homoseksual.
tetapi secara keseluruhan perwatakan org agama baik islam,kristian,yahudi dan buddha adalah baik. mungkin segelintir shj yg kurang...
namun sy suka menyentuh lebih kpd yg bersifat manusiawi. setiap manusia sepatutnya menunjukkan moral/ketrampilan/akhlak yg baik. akhlak ini sebenarnya adalah buah hasil kpd prinsip atau kepercayaan seseorg itu.
dan apa yg lebihnya dlm islam adalah setiap org islam adalah da'ie Allah.maka kewajipan setiap org islam adalah menyampaikan perkara2 baik dan secara selanjar wajib menunjukkan sifat akhlak yg baik.
p/s: dan tidak sepatutnya kita meletakkan tugas dakwah ini keatas para tabligh secara total. manusia diciptakan utk saling menyempurnakan, begitu juga dgn maksud pergerakan. persatuan atau organisasi lain boleh membantu mana yg kurang. maka gerakan islam akan terserlah secara kolektif. dan dgn ini tidak timbul isu jemaah centric atau ummah centric.
Maaf, abang long masih bercuti, sekarang di CC, InsyaAllah abang akan beri ulasan, tak lama lagi.
Terima Kasih atas komen dari anda, teman bloggers yang dihormati.
Post a Comment