Wednesday, February 07, 2007

SELAMAT HARI JADI - ANAK KE 5 - 1 TAHUN


SYUKUR ALHAMDULILLAH, pada 3hb Februari yang lalu, aku telah selamat mengadakan Majlis Hari Jadi anakku yang ke 5, genap usianya 1 tahun.

Happy Birthday to you my baby boy ~ ADAM MUHAMMAD BEHJAD.

Majlis yang diadakan begitu sederhana, namun meriah, ini kerana pada permulaanya, aku dan isteri hanya merancang untuk mengadakan birthday party tu dalam lingkungan keluarga terdekat sahaja, namun si nenek dan datuknya, mahu mengadakan majlis kesyukuran dan do'a selamat, maka majlis itu digabungkan sekali, Alhamdulillah, segala perancangan yang diatur, berjalan dengan lancar.


Cuaca pada hari itu begitu redup sejak dari pagi hingga petang, usai kumpulan bacaan Yaasin, menghabiskan bacaan, dan sewaktu bacaan do'a, hujan gerimis pun turun, masing - masing mengucapkan kesyukuran yang teramat sangat kehadrat Illahi.

Kelihatan gambar disebelah, anakku dipegang oleh isteriku.

Wajahnya kelihatan seperti hendak menangis, dek kerana suasana riuh rendah dan begitu gamat, oleh kanak - kanak yang datang, menyanyikan lagu "Happy Birthday to you".

ADAM juga "terpaksa" dikawal dan dipegang tangannya, kerana dikhuatiri, jika dia begitu teruja dengan kek besar dihadapannya ...

Walau apapun, Syukur Alhamdulillah, semuanya sudah selesai.

7 comments:

Unknown said...

Selamat Hari Jadi, Adam. Semoga ALLAH sentiasa memberkatimu, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi nur hidayah, diberi kesihatan, kebahagiaan dan kasih sayang. Amin...

Err.. Abang Long, anak rambut blond lerr.. huhu..sabar je aku... ni yang jeles nih.

iRa said...

huhu abg long...macam anak org puteh ler anak abg long...cute sangat...ade kacukan ke?? huhu...eii geramnye..kalau ngan risha....dah kene cubit pipi budak tuh huhu

Anonymous said...

Selamat Hari Lahir buat Adam. Handsome la dia.

karl Firdaus said...

Happy birthday Adam ....... Cutenya anak abang Long ...

Anonymous said...

Abg long, amboi2 buat besday tak ajak pokcik ka?

Erkss? kekekek alahaiii

Anonymous said...

Abg long, jgn kata anak abg long je yg teruja..saya tgk pun teruja! huhuhu,penuh dengan buah! Tergudaaa..slurp!

Selamat hari lahir buat Adam. Moga sentiasa dirahmati olehNYA.

Unknown said...

selamat hari lahir Adam. semoga menjadi anak yang soleh seperti ayah dan bondanya.